Papan Tanda Tulisan Jawi | Assalamualaikum... Hai korang semua apa, khabar, aduh sekarang internet kat rumah slow sangat nak menulis pun malas la. Baru sempat nak publish entri dekat blog..Alhamdulilah Cik Ash dah selamat pulang ke kedah semula 4 hari balik kampung di kelantan aritu rasa sekejap jer.
Bila balik kelantan perkara utama yang Cik Ash akan buat mesti ambik gambar setiap papan tanda di kelantan, Sebabnya papan tanda dikelantan agak unik sangat rasa Cik Ash dekat negeri lain memang tak ada tulisan Jawi kan.
Keunikan di kelantan kesemua papan tanda atau premis mesti akan ada tulisan jawi, salah satu untuk tarikan pelancong luar negara datang ke sini bila ada keunikkan macam ni.
Sebenarnya sambil kita tengok tulisan jawi sambil kita boleh belajar cara ejaannya, Cik Ash sendiri masa dalam perjalanan tu siap belajar baca setiap ejaan papan tanda tu.
Antara papan tanda yang sempat Cik Ash ambik seperti di bawah ni kalau ikut banyak jer dekat kelantan tu marjoriti semua papan tanda dikelantan akan ada tulisan jawi.
Ok la korang itu jer yang Cik Ash nak kongsi dengan korang semua, hihihi, keunikkan papan tanda dikelantan ada tulisan jawi, jumpa lagi nanti entri lain bab makanan pulak.. hahahha..
Bagus sebenarnya supaya ianya tidak terhapus dimamah waktu.
ReplyDeleteJarang nampak begitu di Sabah..terbaik tuan blog
ReplyDeletethis is kota bharu..hihi
ReplyDeleteThis is kota bharu..::)
ReplyDeletethe very first time aida holiday ke pantai timur, selepas beranak tiga org... this thing aida notis sgt.
ReplyDeletememikat hati aida. bangga as a Muslim.
tulisan jawi di mana-mana, including mcD! interesting.
then, semua iklan ada gambo wanita, bertudung.
ada satu iklan tu, maya karin kot artis nyer.
hingga tanya asben, "e'eh, bila maya karin ni bertudung ekk? bagus nyer lah...".
then, baru terperasan semua artis di papan iklan bertudung hi hi hi hi...
as a Muslim, ni la yg sepatutnya. bangga if Melaka mulakan begini juga, ikin.
memartabatkan jawi.