Saturday, October 27, 2018

author photo
Kuih Sema Tarik Ataupun Gula Tarik | Assalamualaikum.. Hai, hari ini Cik Ash nak kongsi dengan anda semua mengenai makanan kelantan iaitu Kuih Sema ataupun Gula Tarik.


Dah lama Cik Ash tak makan Kuih Sema Tarik Ataupun Gula Tarik, sebab teringin punya pasal balik kampung dekat kelantan baru ni boleh pergi shopping dekat pasar siti khatijah boleh shopping makanan yang ingin makan hihihi, selalu balik cuti raya kedai tutup jer. Kuih sema tarik kalau  makan cara sopan santun mesti habis habuk dia berterabur hahaha.

Kuih Gula Tarik atau lebih dikenali dengan kuih sema tarik ini merupakan makanan tradisional yang popular di negeri Kelantan. Manakala cara membuatnya yang memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan gula tarik ini.

Kerana penghasilan kuih ini akan menjadi seperti tali benang yang halus. Disertai rasa yang agak manis membuatkan ramai masyarakat menjadikan kuih sema tarik ini sebagai pemanis mulut. Kuih sema tarik boleh juga didapati di Pasar Siti Khatijah Kota Bharu Kelantan kerana di sana banyak makanan yang popular di negeri Kelantan. Macam-macam ada atas pasar tu anda nak makan apa sahaja semua ada.

Ok la anda semua,itu jer Cik Ash kongsi dengan anda pasal Kuih Sema Tarik Ataupun Gula Tarik, Cik Ash nak undur diri dulu ya, nak buat kerja rumah yang ada belum selesai hihihi. Jumpa lagi nanti.

This post have 6 komentar

avatar
Shafyqah Azahar delete October 27, 2018 at 12:20 PM

oh kuih dari kelantan ke, patut tak pernah jumpa :D

Reply
avatar
PeRdU cINta delete October 27, 2018 at 12:43 PM

Dulu kawan-kawan ada sebut kuih ni...tapi tak pernah makan..

Reply
avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete October 27, 2018 at 12:49 PM

First time dengar nama kuih sema, ccl ingatkan kuih tradisional masyarakat sabah .

Reply
avatar
Maria Firdz delete October 27, 2018 at 11:33 PM

Serius tak pernah makan lagi kuih ni...

Reply
avatar
Shikin Razali delete October 28, 2018 at 3:40 AM

Kalau kat Terengganu, dipanggil semang sarang burung..

http://www.shikinrazali.com/2015/12/kuih-tradisional-terengganu-semang.html

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete October 28, 2018 at 7:11 AM

pernah lihat rasanya kuih ni.tapi tak pernah beli kot.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post