Wednesday, October 31, 2018

Drama Isteri Bukan Untuk Disewa

Drama Isteri Bukan Untuk Disewa | Assalamualaikum..Hai semua, cerita baru yang bakal mengantikan drama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek 
ni bakal menemui penonton pada 5 November 2018.


Drama Isteri Untuk Disewa ini merupakan karya daripada Syamnuriezmil. Drama terbitan syarikat produksi Nuasa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Bakal memepertemukan gandingan pelakon Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. 

Antara wata-watak perlakon ialah Tiz Zaqyah (Nur Adreiana), Fattah Amin (Noah Ryzal),Halim Radzi (Suffi Naufal), Zaki Azeman( Imtiyaz Irdad), Harris Annuar (Putera Raiyan) dan ramai lagi. 


Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa 
Kisah drama ini mengisahkan Nur Adreiana seorang gadis yang sangat sukakan warna merah jambu dan minat kepada pelakon Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Manakala Noah Ryzal pulak pelanggan pertamanya yang ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran yang lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur. 

Malah bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur berkerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut menaruh hati pada Nur. 

Antara keempat-empat mereka siapa yang melamar Nur, Siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur? Kalau tahu kisah kena tengok drama ni la nanti kan.

Ok la korang semua Cik Ash itu jer nak kongsi Drama Isteri Untuk Disewa kalau yang ingin membaca novel drama ini boleh baca dekat Watppad.

Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah

Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah | Assalamualaikum.. Hai semua, alahai lamanya Cik Ash tak kongsi pasal masakan daripada #dapurcikash dekat blog ni.. Nak buat macam mana sekarang keadaan tak mengizinkan nak menaip lama-lama tangan Cik Ash sakit nak pergi klinik tak sempat jer suami cuti jumaat klinik tutup. hihihi..



Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah Cik Ash buat petang semalam suami buat permintaan nak makan, siap beli barang nak buat lagi hihihi, tapi masa nak buat roti sardin gulung memang memcabar sebab buat dalam keadaan tak ada air semalam dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam baru air ada. 

Cik Ash buat agak-agak jer resepi Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah secara spontan buat. Mujur sedap suami kata makan kenyang hihihihi.. Cara nak buat pun kalau orang yang jenis tak sabar memang tak boleh buat roti sardin gulung ni,sebab dia kena ada step-step nak buat hihihi.. Jom usha resepi dekat bawah ni. 

Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah
Oleh : Cik Ash
 
Bahan-bahan 
Roti Gardenia (Cik Ash guna dalam 20 keping)
1 tin sardin Ayam Brand ( jenama lain pun tak pe)
1/2 biji bawang besar ( dihiris dadu)
2 biji cili padi (dihiris halus)
secubit garam
secubit secukup rasa
1 sudu kfc serbuk LIME 
1 biji telur
sedikit tepung gandum- bancuh dengan sedikit air. 


Cara Membuatnya :
1. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu. 
2. Tumis bawang merah hingga garing. Masukkan ikan sardin dihancur tumis bersama dengan sehingga kering. 
3. Selepas itu masukkan garam, secukup rasa dan serbuk LIME.
4. Gelek-gelek roti hingga leper. 
5. Letak inti lepas itu gulung dengan ketat nak bagi melekat kat hunjung letak tepung gandum yang di bancuh tu.
6. Celup roti yang telah digulung ke dalam telur..
7. Bila roti dah sekata di celup masukkan dalam minyak dah panas.
8. Goreng hingga masak kekuningan.
9. Angkat dan toskan minyak. 

Makan panas-panas diwaktu petang memang sedap, yang tengah diet boleh tak ingat makan banyak hahaha, Cik Ash la tu. Tengok timbang naik sekilo terus insaf..

Kalau nak tengok versi cara Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah  boleh jer tengok blogger yang lain ada share, mungkin cara masak berbeza hihihi.. OK la jumpa lagi nanti di entri yang lain ya.

Monday, October 29, 2018

Maggi Sup Tulang Berempah

Maggi Sup Tulang | Assalamualaikum, Hai semua,  malam  baru berpeluang nak update blog,  3 hari tak tulis sory ya..  Sebenarnya Cik Ash dah tak dapat menulis entri dekat blog ni disebabkan kesihatan tangan yang tak berapa baik pulak..



Kalau ikut dah lama Cik Ash kongsi Maggi Sup Tulang dekat facebook hihihi..  Dekat blog ni baru nak kongsi. Dah basi pun Maggi Sup Tulang ni hahaha, sampai suami pun terliur masa Cik Ash kongsi gambar ni dekat facebook. Balik esok siap bangun tidur buat permintaan nak makan. hihihi..


Bagi Cik Ash mengenai Maggi Sup Tulang,  terasa makan sup tulang yang sebenar sedangkan Cik Ash makan maggi sup tulang jer pun, tapi Cik Ash ni suka tambah bahan-bahan lain dalam maggi sup tulang letak sayur sikit, carrot,letak bawang putih goreng dan daun sup,  sedap makan. Kalau makan maggi saja Cik Ash tak boleh telan sebab sup tulang sebenar Cik Ash kurang gemar nak hirup.


Kalau korang suka sangat sup tulang boleh la cuba produk Maggi Sup Tulang ni. Alami la rasa sendiri dan buat perbandingan dengan deria rasa korang hihihi.. Bagi Cik Ash la makan berulang-ulang tak ada la, lebih suka makan kari punya lagi hihihi.Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang pasal Maggi  Sup Tulang. Jumpa lagi di entri lain nanti.

Saturday, October 27, 2018

Kuih Sema Tarik Ataupun Gula Tarik

Kuih Sema Tarik Ataupun Gula Tarik | Assalamualaikum.. Hai, hari ini Cik Ash nak kongsi dengan anda semua mengenai makanan kelantan iaitu Kuih Sema ataupun Gula Tarik.


Dah lama Cik Ash tak makan Kuih Sema Tarik Ataupun Gula Tarik, sebab teringin punya pasal balik kampung dekat kelantan baru ni boleh pergi shopping dekat pasar siti khatijah boleh shopping makanan yang ingin makan hihihi, selalu balik cuti raya kedai tutup jer. Kuih sema tarik kalau  makan cara sopan santun mesti habis habuk dia berterabur hahaha.

Kuih Gula Tarik atau lebih dikenali dengan kuih sema tarik ini merupakan makanan tradisional yang popular di negeri Kelantan. Manakala cara membuatnya yang memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan gula tarik ini.

Kerana penghasilan kuih ini akan menjadi seperti tali benang yang halus. Disertai rasa yang agak manis membuatkan ramai masyarakat menjadikan kuih sema tarik ini sebagai pemanis mulut. Kuih sema tarik boleh juga didapati di Pasar Siti Khatijah Kota Bharu Kelantan kerana di sana banyak makanan yang popular di negeri Kelantan. Macam-macam ada atas pasar tu anda nak makan apa sahaja semua ada.

Ok la anda semua,itu jer Cik Ash kongsi dengan anda pasal Kuih Sema Tarik Ataupun Gula Tarik, Cik Ash nak undur diri dulu ya, nak buat kerja rumah yang ada belum selesai hihihi. Jumpa lagi nanti.

Thursday, October 25, 2018

Sayangi Gusi, Selamatkan Gigi Anda Dengan Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance

Sayangi Gusi, Selamatkan Gigi Anda Dengan Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance 

Tahukah anda sekarang ini,penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa? Penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan dlam pakett gusi berpunca dari kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar untuk dikesan dalam tempoh lama. 

Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda genjala penyakit gusi yang ketara dan mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).

Punca utama gusi adalah plak, iaitu lapisan lembut, dan melekit serta mengandungi berbilion bakteria. Apabila plak terbentuk antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin daripada bakteria tersebut akan merosakkan tisu gusi.

Gingivitis merupakan penyakit gusi yang menyerang pada pada peringkat awal dimana gusi akan membengkak dan meradang akibat jangkitan bakteria. Sekiranya tidak dirawat, ia akan melarat dan menjadi penyakit gusi. Penyakit gusi tidak akan hanya menyebabkan kehilangan gigi, tetapi ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung. 

Lion Corporation Japan mula bertapak di dalam industri penjagaan mulut pada tahun 1896 dengan memperkenalkan serbuk gigi. Sejak itu penjagaan mulut telah terjadi perniagaan utama dan kepakaran Lion Corporation Japan yang dibuktikan melalui pengalaman lebih daripada 100 tahun berkerja bersama para profesional dalam bidang pergigian serta mempunyai pasukan pakar dan saintis mereka sendiri.

Bercakap pada pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE baharu, En Tatsuya Horiuchi,Pengarah Urusan Southern Lion menyatakan bahawa "Di Lion Corporation Japan,visi kami adalah untuk terus menjadi syarikat terulung dalam penjagaan kesihatan harian serta menjadi peneraju inovasi pembangunan kami. Matlamat kami penjagaan mulut adalah untuk memperkasa rakyat Malaysia mengekalkan sekurang-kurangkan 20 batang gigi sehingga menjangkau usia 80 tahun agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik;"

Sementara itu,Dr. Ahmad Sharifuddin bin Mohd Asari-Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia sambil menekankan tentang kepentingan kesihatan gusi,berkata "Penyakit gusi sangat berleluasa di Malaysia. Gusi yang sihat boleh dicapai melalui penyingkiran plak di kawasan berisiko tinggi seperti poket gusi dan garis gusi. Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan hadiri temujanji dengan doktor secara berkala. Jangan abaikan tanda-tanda awal penyakit gusi seperti gusi berdarah,gusi merah dan bengkak. Dapatkan bantuan professional jika anda mempunyai tanda-tanda masalah gusi dan dapatkan rawatan dengan segera kerana penyakit gusi boleh diatasi pada peringkat awal." 

SYSTEMA memahami isu penyakit gusi meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan yang menyeluruh, SYSTEMA kini melancarkan penemuan inovasi terbesar Lion Japan;SYSTEMA ADVANCE,ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria pertama yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak,dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti dalam poket gusi,dan GK2 untuk melegakan gusi. 

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE memberi perlindungan 24jam daripada bakteria mulut dengan mengamalkan memberus gigi dua kali sehari serta 4x perlindungan lebih baik terhadap masalah gusi berbanding ubat gigi biasa. 


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE dengan teknologi Advance Plaque Buster bertindak dalam 3 cara : 

-TDS meleraikan plak untuk memudahkan penyinkiran
-IPMP menembus masuk ke dalam lapisan bio di poket gusi dan membunuh 99.9% bakteria
-GK2 untuk mengurangkan ketidakselesaan pada gusi.

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE hadir dalam 3 variasi iaitu SYSTEMA ADVANCE Extra Gum Protection dengan perisa peppermint dan spearmint yang menyegarkan, SYSTEMA ADVANCE Deep Clean Whitening yang mempunyai rasa pudina yang lebih tahan lama dengan partikel di dalam pes dan SYSTEMA ADVANCE Extreme Clean Breath yang menyediakan rasa pudina berganda dengan teknologi penyejukan yang tahan lama untuk kesegaran nafas yang lebih.

Kini SYSTEMA berupaya menyediakan Sistem Anti-Plak SYSTEMA yang menyeluruh agar gusi dan gigi sentiasa sihat. Sistem Anti-Plak SYSTEMA menggabungkan ubat gigi Anti-Plak Systema untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria di dalam poket gusi manakala berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu berus hunjung tirus membantu menyingkirkan plak dari kawasan yang sukar dicapai terutama antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi bagi memastikan gusi dan gigi kekal sihat berpanjangan. 

Lebih penting lagi melalui Pergigian Penegahan,Systema berhasrat untuk mendidik dan melengkapkan pengguna dengan pengetahuan tentang kesihatan mulut melalui kempen penjagaan mulut yang berterusan dan mampu beberikan anjakan perubatan ke arah kesihatan mulut yang lebih baik untuk semua.

Bersempena pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance,Systema turut melancarkan kempen kesedaran kesihatan gusi seluruh negara yang diadakan dengan kerjasama Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UITM). Bertemakan "SAVE YOUR GUMS,SAVE YOUR TEETH" ataupun "SAYANG GUSI,SELAMATKAN GIGI" kempen ini telah dirasmikan oleh Dr. Normah bt Taharim, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kempen kesihatan oral ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil langkah awal ke arah mendapatkan gusi yang lebih sihat melalui pemeriksaan gusi sebagai usaha untuk mencegah penyakit gusi. 

Sepanjang kempen berlangsung,Klinik Pergigian Bergerak yang disediakan MOH dan UITM akan mengadakan lawatan ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian dan mendapatkan pemeriksaan gusi secara percuma. Kempen ini akan menjadi peneraju misi Lion Corporation Japan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik komuniti mengenai menyakit gusi serta penjagaan mulut yang baik.

Dengan semangat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki gusi dan gigi yang sihat,SYSTEMA menjanjikan 30,000 sampel Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE berserta risalah pendidikan kesihatan gusi bersempena KEMPEN "SAVE YOUR GUMS,SAVE YOUR TEETH". Ubat gigi Anti-Plak Sysytema Advance akan diedarkan kepada orang ramai melalui MSP dan UITM sewaktu aktiviti pemeriksaan gusi berlangsung bagi membolehkan pengguna mencapai gusi yang sihat berpanjangan. 
Systema Extreme Clean Breath
Systema Deep Clean Whitening

Systema Extra Gum Protection
Ubat  Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi terkemuka diseluruh negara pada harga RM12.55. Kini memiliki gusi yang sihat menjadi lebih mudah dengan SYSTEMA. Amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik bukan hanya sekadar melindungi gigi anda; ia adalah permulaan yang baik untuk gusi yang sihat yana akan membawa kepada kehidupan yang lebih sihat. 

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE atau bersama menyertai KEMPEN "SAVE YOUR GUMS,SAVE YOUR TEETH" sila layari www.southernlion.com.my dan laman facebook rasmi di www.facebook.com/KeepSmilingMY

Wednesday, October 24, 2018

Aplikasi Cannis Bakal Disenaraikan Di NASDAQ Mejelang 2021

Aplikasi Cannis Bakal Disenaraikan Di NASDAQ Mejelang 2021 | Assalamualaikum... Sebelum ni Cik Ash ada kongsikan app Cannis dekat blog ni. Aplikasi ni sangat menarik sebab ianya digabungkan 7 fungsi iaitu e-dagang,belanja dalam talian,penyiaran langsung dan termasuk juga asas harian seperti makanan, minuman,hiburan,pakaian dan model perniagaan.

Malaysia yang dimiliki oleh Syarikat Cannis App akan disenaraikan di NASDAQ IN 2021


Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.

Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.


Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.


Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun.


Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.

Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis


Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.


Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.

Makanan Kucing Daripada Alleycat

Makanan Kucing Daripada Alleycat | Assalamualaikum,Hai, hari ini Cik Ash nak kongsi dengan anda semua berkenaan hadiah yang baru Cik Ash terima baru-baru ni, hadiah ni memang terkejut sangat dapat rezeki untuk kucing kesayangan dekat rumah ni hihihi...

makanan kucing

Cik Ash pun tak sangka akan dapat makanan kucing Alleycat, saja-saja jer join contest dekat facebook aritu, tertiba barang ni sampai pada 18 Oktober aritu. Barang di hantar dengan Gdex lagi, sampai adik gdex tertanya kat Cik Ash "Akak ni berniaga online ke", Cik Ash pun jawab "tak berniaga pun adik buat kerja prometo barang biasalah kerja seorang blogger". Hihihi.. akhirnya mengaku gak diri ini seorang blogger dekat orang luar.

makanan kucing alleycat

Alhamdulilah rezeki untuk Mekcik boleh makan makanan ni,Cik Ash tak bagi dekat dia stock makanan yang sedia masih banyak lagi hahaha, nak campur takut dia tak suka pulak, mekcik ni bab makanan memilih sikit. Cik Ash tengok dekat about me pasal makanan keluaran syarikat Alleycatas ni dah lama berada di pasaran, tapi tak pernah nampak pun kewujudan di pasararaya, hahaha, maybe Cik Ash terlepas pandang la kut.

Terima kasih kepada pihak Alleycat kerana memberi hadiah makanan kucing ini dekat Cik Ash..Ok la itu jer Cik Ash nak kongsi makanan kucing jer pun... hihihi...

Tuesday, October 23, 2018

Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog

Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog | Assalamualaikum.. Selamat petang... lamanya rasa tak join giveaway dekat blog ni.. Biasa la loni dah jarang dah join giveaway bagi peluang dekat orang lain gak.




 http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/10/segmen-bloglist-akhir-tahun-november-hingga-disember-2018-ciklapunyabelog.html 

So sesiapa yang join giveaway ini masih belum terlambat lagi ya, tarikh tutup pada 31 Oktober 2018, sempat lagi tu kalau nak join.. Kalau rasa join giveaway ini anda boleh klik banner di atas tu. 

Hadiah yang ditawarkan untuk bakal pemenang menarik juga, syarat yang diberikan senang sangat. Ok la itu jer bagitaw hihihi.. join la giveaway ini.

Makanan Daripada Sabah

Makanan Daripada Sabah | Lewat update blog  hari ini, Line internet tak berapa ok sangat ni, Sebenarnya  Cik Ash nak kongsi makanan daripada Sabah. hihihi..Makanan Sabah ni Cik Ash kirim dekat adik perempuan yang duduk di sabah nuh.


Jauh datang makanan ni daripada Sabah taw. Biasa la teringin nak makan punya pasal kirim dekat adik yang sedang berkerja di sabah aritu perancangan nak balik ambik raya haji , tapi nak buat macam mana terpaksa batalkan disebabkan ada Cik Ash ceritakan dekat SINI.

Antara makanan yang Cik Ash kirim dekat adik Cik Ash adalah makanan yang popular di sabah iaitu :

ampalang

ampalang

Kuih Cincin

Angry Bite


Cik Ash dah makan amplong tu bagi Cik Ash la rasa dia tak boleh diterima tekak ni, bila makan bau sotong dan ikan kuat sangat. Mungkin korang pernah makan makan mesti kena dengan selera korang hihihi. 

Manakala Angry Bite tu Cik Ash dah makan sebelum ni, lebih kurang sama rasa dengan yang pernah makan sebelum ni. Kuih cincin pun best makan best sedap tak ingat apa-apa bila makan kuih cincin ni habis sebotol Cik Ash makan. Hahaha.

Nanti boleh kirim lagi dekat adik Cik Ash lagi, kalau la teringin nak makan makanan Sabah ni. Ok la korang jumpa lagi nanti. Nak rehat penat hari ini Cik Ash berpuasa hihihi. Perut pun dah berkeroncong ni aktiviti blogwalking tak ada hari ini.

Monday, October 22, 2018

Jom Blogwalking #17

Jom Blogwalking #17 | Assalamualaikum.. Hai, malam ni Cik Ash teruskan untuk blogwaking blog lagi.. terima kasih yang memberi link dekat facebook baru-baru ni.


Jom Blogwalking #17

Jom join blogwalking ini mungkin ada blog yang belum anda singgah ke, boleh terjah mereka dekat bawah ni.

BLOG MRSFARA


BLOG MRS LIEZ


https://www.aisyaismail.com/


http://www.anasuhana.com




https://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com


https://theinfinitywords.blogspot.com


http://www.sisgee.com/


http://www.wanisukarno.com/


https://qiyabeauty.blogspot.com


Selesai dah blogwalking blog di atas... Ok la jumpa lagi dientri yang lain nanti.

Lindungi Si Manja Dengan CARRIE MOZZIBUSTER

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT


Risau Si manja anda terkena penyakit bawaan nyamuk , seperti Demam Denggi dan Chikungunya adalah penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes, Sekarang tak perlu risau sebab adanya satu produk yang boleh mencegah kesakitan tu. Sebab la tu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menekankan kepentingan mencegah penyakit sebelum ia terjadi kerana kadangkala apabila penyakit diketahui, ia sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan. Hal ini termasuklah pencegahan terhadap penyakit yang di bawa oleh nyamuk. Statistik terkini daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan sejumlah 26,209 kes Denggi termasuk 37 kes yang mengakibatkan kematian berlaku dari 31 Disember 2017 sehingga 6 Jun 2018. Kiraan purata pula menunjukkan sebanyak 5240 kes berlaku setiap bulan sepanjang tempoh tersebut. Selain Denggi, terdapat lebih daripada 67 kes penyakit Chikungunya telah dilaporkan dalam tempoh yang sama. 

Demam Denggi dan Chikungunya merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyebaran ini dapat dikurangkan sekiranya semua pihak berkerjasama dalam mencegah penyebaran dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk dan memastikan langkah pencegahan nyamuk diamalkan. Terdapat sesetengah individu mengambil ringan kerana beranggapan demam Denggi adalah penyakit yang dapat disembuhkan dan ada yang pernah terselamat. Hakikatnya penyakit ini dapat merebak menjadi Demam Denggi yang lebih parah, ataut demam Denggi berdarah yang mampu membawa kepada situasi yang mengancam nyawa pesakit yang menghadapinya! 



Ibu bapa perlu sedar bahawa Denggi tidak dapat diramalkan dan satu-satunya cara adalah dengan melindungi keluarga daripada nyamuk sepanjang masa. Selaras dengan fakta dari WHO, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit berpunca darinya. KKM juga turun menyarankan penggunaan penghalau nyamuk agar kekal terhindar dari serangan nyamuk.



Salah satu cara berkesan bagi memastikan agar nyamuk tidak mengganggu adalah dengan menggunakan penghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dan CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection, telah diuji agar dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Disamping itu, produk ini telah menjalani proses pembangunan produk yang teliti dan berdaftar dengan badan-badan pentadbiran iaitu Lembaga Racun dan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia diuji dan diperakui agar ibu bapa kekal yakin bahawa produk inii mematuhi piawaian keselamatan produk.   





CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jamina di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL. 

Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dipasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia. 

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM9.35 (Semanjung)/RM9.85 (Sabah&Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.10 (Semenanjung) RM14.75 (Sabah&Sarawak) untuk saiz 100ml. 
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent  50ml
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions 100ml 


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM9.95 (Semananjung)/RM10.40 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM14.65 (Semananjung)/RM15.40 (Sabah&Sarawak) for 100ml. 

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV
 50ml
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV 100ml