Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma | Assalamualaikum... Berita Baik!! Kepada anda yang ada selalu tengok website Tonton tu sekarang dah ditayangkan secara percuma. Tak payah dah nak login masuk email dan password nak langgan ke nak tengok cerita-cerita lain.
Yang paling best tiada lagi yuran langganan seperti sebelum ni. Nak tengok drama-drama lama berulang-ulang pun boleh secara percuma.
Ianya sejajar dengan strategi transformasi perniagaan seluruh
Kumpulan Media Prima untuk meningkatkan hasil melalui pengiklanan
programatik, iaitu salah satu segmen pendapatan digital yang paling
pesat berkembang.
Ini berikutan pengumuman Media Prima untuk menggabungkan semua kandungan video dalam talian yang menggunakan perkhidmatan ‘YouTube’s Player for Publisher’. Untuk semua pengguna yang melanggan tonton VIP (pakej langganan
berbayar tonton) pada tahun 2018 akan dibayar balik secara prorata dalam
masa 90 hari.
Langkah ini sekaligus membolehkan tonton menjangkau lebih ramai
khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan
Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya. Ia juga turut
membolehkan tonton menjana pendapatan yang lebih mampan melalui
pengiklanan programatik yang dilihat oleh penganalisis industri sebagai
alat yang paling berkesan untuk para pengiklan menyasarkan khalayak yang
tepat untuk kempen mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak, berkata Model langganan
VOD belum lagi matang di Malaysia dan selepas kajian yang teliti kami
memutuskan bahawa pendemokrasian kandungan tonton melalui pelbagai
platform adalah strategi yang terbaik untuk mencapai potensi penuh kami.
"Ini akan memberi manfaat kepada semua dan ia membolehkan Media
Prima mencapai lebih ramai khalayak. Manakala para pengguna yang sudah
biasa dengan platform Youtube dan Daily Motion pula berpeluang untuk
menonton rancangan kegemaran mereka sepuas-puasnya. MPTN juga sekaligus
dapat mencapai perolehan yang lebih baik hasil pengiklanan melalui
kerjasama dengan YouTube. Langkah itu akan membolehkan para pengiklan
memanfaatkan populariti kandungan tonton untuk menyasarkan penonton yang
tepat sambil memastikan keselamatan jenama mereka sepanjang kempen." Katanya
Diperkenalkan pada tahun 2010, tonton merupakan perkhidmatan penstriman
VOD pertama di Malaysia yang menawarkan drama, aneka rancangan, filem, ‘telemovie’, program hiburan, dan acara serta program televisyen secara ‘live’
yang terbaik di Asia dan antarabangsa. Populariti platform itu
meningkat kepada lebih 8.4 juta pengguna berdaftar dengan kadar
pertumbuhan sebanyak 20,000 pengguna setiap minggu.
Sumber : www.xtra.com.my
meme best tgok tonton di mana2 skrg. free plak tu! thanks media prima. x mcm mediacops yg x benarkan kita akses stesen TV mrka.
ReplyDeleteha ah kan abam kie.. mudah loni... dulu gak susah nak tengok
Deleteyayy dah free! takpayah sha beli yang rm3 sehari tu hahaha
ReplyDeletewow baru tahu ni! boleh marathon nampaknya. thank you cik ash :D
ReplyDeleteadoi jare sangat nok buko web tonton, hii tapi apapun langkah yang bijak..
ReplyDeleteadik sdara sorang je langgan tonton dan kalo nak tengok pakai jeee acc dia. tapi usually tengok yang free je ahak ahak.. baik bayar Netflix =D
ReplyDeletehihiih aritu suami ada cakap pasal ni..bagus la dah tak yah bayar. kena log in bagai leceh
ReplyDeleteWaah.. Bgusnya.. Sy bru tau pasal tonton ini.. Sbb sy jarang juga tgok tv.. Hehe.. Nice sharing
ReplyDelete