Ikan Budu tu Cik Ash dapat daripada Ibu saudara suami dia bagi masa balik kelantan bulan julai aritu tu pun Cik Ash balik kedah baru. hihihi... Ikan budu ni sedap di goreng dengan telur dadar baru selera nak makan bertambah-tambah nasi.
Ikan Budu tu Cik Ash dapat daripada Ibu saudara suami dia bagi masa balik kelantan bulan julai aritu tu pun Cik Ash balik kedah baru. hihihi... Ikan budu ni sedap di goreng dengan telur dadar baru selera nak makan bertambah-tambah nasi.
Resepi Telur Dadar Ikan Budu
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
2 biji telur
1 ekor ikan budu
1 biji bawang besar
3 biji cili padi
1 inci halia
Daun kesum
Cara Membuatnya :-
1. Ikan budu di goreng garing. ketepikan dan disiat-siat isi menggunakan garpu.
2. Bawang besar di hiris nipis-nipis.
3. Tumbuk cili padi dengan halia hingga lumat.
4. Hiris daun kesum halus-halus.
5. Pecahkan telur dalam bekas dan satukan semua bahan-bahan.
6. Panaskan minyak goreng telur dadar seperti.
7. Siap boleh dihidang dengan nasi yang dengan bau aroma telur dia hahahah..
Ok la korang itu jer resepi cara Cik Ash masak Telur Dadar Ikan Budu. Nak tengok koleksi resepi yang lain la usha #dapurcikash ya. Kalau korang tak faham cara nak masak Telur Dadar ni boleh tengok video di atas tu Cik Ash share dekat youtube.
This post have 11 komentar
kali pertma dgr ni ekin..hihi
Replysedap make ni musim hujan2 sejuk2 ni....
Replyikan sardin ke Ekin Ikan Budu ni ? Ermm pes time gak kak ana dengar walaupun keluarga mertua kak ana ore kelate' :)
ReplyYor ko cik nor kali pertama dengar hahaha...
ReplyTu la sedap makan hujan x kbr nasi tambah
ReplyIkan ibu saudara suami guna ikan kembung kak ana
ReplyAla..ingatkan boleh try buat rupanya nak kena buat ikan budu dulu la ye? Nak buat tu macammana pulak? Letak gambar sedap2 Cik Ash ni, benci tau..
Replybudu dengan ikan budu tak sama ke ? tau budu jee hehe..
Replyha ah kena buat ikan budu dulu hahahah... Cik Ash tak berani buat takut tak jadi
Replycara peram dia lebih kurang budu hihihi
ReplyNampak macam sedap.. first time dengar ikan budu..
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon