Resepi Ayam Goreng Berempah | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ,Cik Ash harap semuanya sihat la ya. Sekarang dekat kedah musim hujan internet pun jadi siput sedut la hahaha aduhhh..
Ayam Goreng Berempah |
Siapa kat sini suka makan ayam goreng berempah, selalu Cik Ash nampak goreng berempah dekat kedai restoran, tempat kenduri jumpa sebab ayam goreng berempah yang sedap ni penuh dengan serdak-serdak tu. Dekat bawah ni Cik Ash sharing resepi yang di kongsikan oleh rakan facebook Cik Ash iaitu Tengku RosElyza. Memang tengok dia punya gambar dah menyelerakan kalau makan memang sedap sangat. Jom usha resepi dekat bawah ni.
Resepi Ayam Goreng Berempah
Oleh : FB Roselyza
Bahan-bahan
1/2 - 1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 batang serai ( potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sudu besar Chili flake
2 sudu besar jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2 sudu besar jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1 sudu besar ketumbar (sangai dan kisar)
1-2 sudu besar tepung beras @ tepung jagung (mana2 sahaja)
1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kuib Pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
Cara Membuatnya :-
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
2. Satukan semua bahan di atas dan gaulkan bersama ayam.
3. Selepas itu perapkan ayam itu dalam 1/2 jam. ( kalau nak cepat tak payah perap pun tak pe) .
4. Goreng dengan api yang kuat, minyak yang penuh.
5. Minit last perlahankan api.
6. Apabila warna ayam dah menarik boleh la diangkat.
Terima kasih kepada Cik Puan resepi bagi Cik Ash kongsikan dalam blog ni boleh jadi rujukan Cik Ash dan semua nanti. Kalau korang nak tengok resepi Cik Ash yang lain boleh terjah dekat resepi #dapurcikash dan koleksi FB Roselyza. Ok la korang semua selamat memcuba resepi yang Cik Ash kongsi ni. Jumpa lagi nanti.
This post have 14 komentar
Aromanya yang kuat membuka selera sungguh...itulah ayam goreng berempah..
ReplyLama dah tak makan ayam goreng berempah
ReplySedapnya ekin..
Replysdap ni..thanks sharing
ReplyNampak sedapp, boleh buka kedai dah ni kak ikin
Replysedap nye nih!! selalu beli je, tak pernah buat. hihi
Replymemang aroma dia kuat makan nasi berselera hahaha
Replyrabia kena buat tu hihihi
Replytengok gambar pun dah sedap... buatnya belum lagi hahahha ni pun resepi daripada kawan fb cik ash
Replymemey sedap nak buat tu tak kerajinan lagi cik nor hahahha tu share resepi kat blog ni
Replytuan punya resepi tu la kalau buka memang terbaik ni
Replysama makan kat kedai sokmo nak buat tak pernah hahaha
Replypos sini seketul cik ash!!!hehe
Replyrajinnyo ekin, sini malas sikit nok goreng berempoh geram tengok ke minyakkk.. haaa lekat kerok2
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon