Dapat Anak Saudara Baru | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, harap sihat la semua ya.. Hari ini nak kongsi berita gembira Cik Ash dapat anak 2 orang anak saudara .. Alhamdulilah. Tumpag kasih sayang dengan anak saudara jah.
Tahniah diucapkan buat kakak Cik Ash dan Adik lelaki Cik Ash.. dapat baby baru. Baby kakak Cik Ash dilahirkan pada 7 Julai 2018, manakala baby adik lelaki Cik Ash dilahirkan pada 28 Ogos 2018 beberapa hari nak merdeka hihihi...Kedua-dua anak saudara Cik Ash adalah perempuan nama yang diberi Raisha Azreen (Anak Kakak) dan Sharifah Adriana (Anak Adik Lelaki).
Ramai dah anak saudara Cik Ash masuk 11 orang dah, kalau balik raya meriah sekampung dengan diaorang, ingat lagi masa balik bulan Julai aritu masa aboh masuk hospital , ada diaorang kecoh satu rumah habis berselerak rumah tokku aboh dan tokma hahaha..
Rindunya kat diorang bila la dapat berjumpa lagi, time raya aritu tak dapat balik sebab diuji dengan kereta rosak last minute. Sabar jer wahai hati. Tanya khabar dekat whatsapp jer dengan diaorang.
Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya, loni Cik Ash tak boleh tengok screen laptop lama-lama mata jadi senok dan pedih mungkin power cermin kena tukar baru la kut, lagi Cik Ash,bestnya kalau ada orang sponsor cermin mata untuk Cik Ash hahaha, berangan jer Cik Ash ni blogger biasa-biasa jer. Tu la penyebab aktiviti blogwalking
Oowhhh tahniah cikash !! Masa kecil2 camni je riuh dan rumah macam tongkang pecah. Dah besar sikit masing-masing dah pandai dah. Dah mula buat hal sendiri. Nanti kita akan rindukan kenangan masa ni pula hehe
ReplyDeletetahniah cik ash! bestnya dapat baby, lama takdapat baby dalam family haha
ReplyDeleteTq sha
DeleteTahniah cik Ash dapat anak saudara baru. Ramai tu anak saudara cik ash, meriah la ada diorang.
ReplyDeleteTu la meriah kalau ada semua nanti hihihi
DeleteTahniah Cik Ash dapat 2 orang anak saudara baru..tunggu depa besaq sikit, seronok la nanti boleh gomoi depa..😊
ReplyDeletetahniah kak..dapat anak saudara baru
ReplyDelete