Sunday, September 30, 2018

Beauty Giveaway By Mrs Pip

Beauty Giveaway By Mrs Pip | Assalamualaikum.. Santai-santai malam Cik Ash join giveaway by Mrs Pip . 

 
 Beauty Giveaway By Mrs Pip


Support rakan blogger punya giveaway kan, jom la memeriahkan giveaway ni mana la taw ada rezeki menang ke. Syarat yang diberikan cukup mudah sangat.

Dalam syarat tu Mrs Pip tanya soalan apa yang korang suka mengenai blog mrs pip?

Bagi Cik Ash suka dengan blog Mrs Pip template yang simple dan suka baca entri yang menarik ada yang boleh dijadikan rujukan nanti. 

Tarikh tutup giveaway ini pada 6 Oktober 2018, sempat lagi kalau nak join tu ya. Ok la korang semua itu jer update malam ni. hihihi..

Cara Buat Link Webiste, G-Plus, Social Media Dalam Youtube Channel

Cara Buat Link Webiste, G-Plus, Social Media Dalam Youtube Channel  | Assalamualaikum.. Hai semua, dah agak lama Cik Ash tak kongsi tutorial dekat blog ni. Biasa la nak taip entri tutorial memang agak susah sikit hahaha..

 Cara Buat Link Webiste, G-Plus, Social Media Dalam Youtube Channel

Pernah tak anda terfikir macam mana nak letak link lain dalam my channel youtube kita sendiri macam dalam gambar di bawah tu hanya +google plus, sebenarnya kita boleh letak link lain lagi ya. Cik Ash sendiri dah lama terfikir last sekali godek-godek my channel tu akhirnya jumpa cara hihihi.. Hasilnya mychannel youtube Cik Ash dah ada kelainan selepas buat itu hihihi..Jom tengok tengok cara yang Cik Ash buat dekat bawah ni. Contoh dalam gambar di bawah ni sebelum dan selepas tengok la perbezaanya hihihi..


Sebelum di edit
Selepas di edit
Nampak tak gambar sebelum dan selepas tu ada perbezaan kan, ada link tambahan untuk blog,facebook dan instagram. Mesti terfikir macam mana nak buat kan, Jom tengok cara dekat bawah ni.

Memula sekali kena masuk my channel youtube korang , tengok contoh gambar di bawah ni yang Cik Ash bulatkan tu.

Youtube channel

Selepas tu anda klik dekat About  tu , tengok gambar di bawah ni


Klik About

Selepas itu anda klik icon pensil rujuk dalam gambar di bawah ni

Klik Icon Pensil

Klik Add rujuk gambar di bawah ni.



Masukkan link social media yang anda ada ya. Rujuk gambar di bawah ini. klik add lagi untuk link seterusnya. bila dah semua klik done. Ok siap.. refresh semula youtube channel tengok jadi tak.

Isi dalam kotak disediakan

Ok la korang korang itu jer cara nak buat link website G-plus dan social media yang lain dekat youtube channel, semoga berjaya kepada anda semua. Kalau masih tak faham boleh tanya di komen nanti Cik Ash balas. Cara video dalam proses nak buat tunggu ya. Kalau anda tengok tutorial lain boleh baca dekat koleksi tutorial  Dan ni la hasilnya my youtube channel. 

Saturday, September 29, 2018

Kucing Suka Dengan Kotak

Kucing Suka Dengan Kotak | Assalamualaikum... Selamat Malam entri malam saja-saja suka jah ni.  Sebenar dah lama entri tersimpan dalam draf hahaha..


kucing suka kotak

Untuk pencinta kucing, mesti sudah biasa dengan tingkah laku kucing yang suka mencakar barang-barang tak kira apa-apa yang ada dekat rumah tu.. Dekat rumah Cik Ash salah satu barang jadi mangsa cakarannya ialah Sofa aduhaiii kadang marah dekat mekcik.

Ada satu tabiat kucing Cik Ash dekat rumah suka sangat dengan kotak hahaha.. selalu kotak yang jadi mangsa kotak-kotak produk review suka sangat dan menyibuk nak masuk dalam kotak tu. Kucing Cik Ash suka bermain dalam kotak dan siap tidur dalam tu hihihi..

Buktinya pada hari kejadian tu Cik Ash sempat la ambik video rakaman kucing Cik Ash suka dengan kotak tu jom usha video dekat my channel youtube di bawah ni


Ok la korang itu jer yang Cik Ash nak kongsikan kucing kesayangan Cik Ash yang sangat suka dengan kotak hihihi... Jumpa lagi di entri yang lain ya. Nak out dah dulu.

Thursday, September 27, 2018

Gegar Vaganza 2018

Gegar Vaganza 4  2017 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar semua, Cik Ash harap semuanya sihat la ya.


Wahh Gegar Vanganza 5 kembali lagi di atsro ria, rancangan febret ibu mentua Cik Ash ni hihihihi.. lepas ni mesti terjoin sama tengok program ni.. Kebanyakannya semua artis otai lama-lama ni.. Cik Ash tak sabar nak tengok persembahan Zamani,Elite,Amelina,Maya dan ramai lagi. 

Manakala pengacara untuk rancangan Gegar Vanganza ini masih dikekalkan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse, Nak tengok celotoh jihan selepas bersalin di atas pentas tahun lepas dia mengandung.. hihihi.. Manakaa Juri tetap masih dikekalkan Datuk Ramli MS. 

Rancangan Gegar Vanganza 4 akan bersiaran di astro ria pada hari ahad jam 9.00 bermula pada 30 September 2018  nanti.. Jangan lupa tarikh ni kalau korang peminat tegar Gegar Vangaza ya.. 

Antara senarai peserta yang bakal bertanding dalam Gegar Vaganza 2018 ini ialah Elite, Forteen, Billy Zulkarnain,Maya, Safura,Amelina, Farah Wahida,Noryn Aziz, Hetty Sarlene,Dia Fardila,Syafiq Rio,

Ok la itu saja jer yang Cik Ash nak bagitaw dengan peminat tegar gegar vanganza ni.. jangan lupa kita tengok sama-sama program ni artis lama dah lama tak muncul televiesyen berentak di atas pentas nanti.

Tuesday, September 25, 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai | Assalamualaikum... Selamat Pagi, sebelum tutup laptop ni Cik Ash ambik peluang join giveaway pulak. Jom memeriahkan giveaway ini.

  

Nak join giveaway ini klik banner, ada 3 kategori yang di cari, Cik Ash ambik yang paling senang no 2 jer, nak bagi tip mengenai pregnat ni memang tak sangat sebab belum pengalaman kan. Good luck kepada yang join bagi tips tu nanti Cik Ash boleh rujuk juga. 

So yang mana ingin giveaway ini jemput la singgah ke blog Rrai ya , syarat yang diberi pun mudah jer. Jangan lupa taw korang join giveaway ini bakal tamat pada 18 Oktober 2018. 

Monday, September 24, 2018

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ,Cik Ash harap semuanya sihat la ya. Sekarang dekat kedah musim hujan internet  pun jadi siput sedut la hahaha aduhhh..

Ayam Goreng Berempah



Siapa kat sini suka makan ayam goreng berempah, selalu Cik Ash nampak goreng berempah dekat kedai restoran, tempat kenduri jumpa sebab ayam goreng berempah yang sedap ni penuh dengan serdak-serdak tu. Dekat bawah ni Cik Ash sharing resepi yang di kongsikan oleh rakan facebook Cik Ash iaitu Tengku RosElyza. Memang tengok dia punya gambar dah menyelerakan kalau makan memang sedap sangat. Jom usha resepi dekat bawah ni.

Resepi Ayam Goreng Berempah
Oleh : FB Roselyza

Bahan-bahan
1/2 - 1 ekor ayam potong (12-14)
 7-10 batang serai ( potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sudu besar Chili flake
2 sudu besar jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2 sudu besar jintan putih (sangai dan kisar  kasar)
1 sudu besar ketumbar (sangai dan kisar)
1-2 sudu besar tepung beras @ tepung jagung (mana2 sahaja)
1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kuib Pati ayam @ garam
Serbuk kunyit

Cara Membuatnya :-
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
2. Satukan semua bahan di atas dan gaulkan bersama ayam.
3. Selepas itu perapkan ayam itu dalam 1/2 jam. ( kalau nak cepat tak payah perap pun tak pe) .
4. Goreng dengan api yang kuat, minyak yang penuh.
5. Minit last perlahankan api.
6. Apabila warna ayam dah menarik boleh la diangkat.

Terima kasih kepada Cik Puan resepi bagi Cik Ash kongsikan dalam blog ni boleh jadi rujukan Cik Ash dan semua nanti. Kalau korang nak tengok resepi Cik Ash yang lain boleh terjah dekat resepi #dapurcikash dan koleksi FB Roselyza. Ok la korang semua selamat memcuba resepi yang Cik Ash kongsi ni. Jumpa lagi nanti.

Sunday, September 23, 2018

Drama Nur Di Sambung Set Ke 2

Drama Nur Di Sambung Set Ke 2 | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Hari ini Cik Ash kongsi kepada peminat drama Nur yang pernah trending sepanjang Ramadan aritu gara-gara supbunjut hahaha..


Berita baik buat anda semua drama Nur ni bakal di sambungkan sekuel kedua tidak lama lagi. Cik Ash ada terbaca dekat instagram pengarah drama ini sendiri , Shahrulezad Mohammed. Menurut beliau akur dengan permintaan penonton untuk melihat drama Nur kembali ke kaca televisyen.


"Utk para peminat drama Nur, officially abam would like to announce NUR2 akan masuk set tak lama lagi," tulisnya dan ditag nama-nama pelakon dan krew yang terlibat di dalam Nur sebelum ini seperti @aamyrarosli @syafiqkylez @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @elmymoin_ @mathnirazak7 @kunamuzani dan ramai lagi.

Shahrulezad memberitahu kru produksi dan pelakon akan mula memasuki set penggambaran dalam masa terdekat. 
"Memang betul Nur 2 akan menemui penonton tidak lama lagi.
“ Cuma pada awalnya saya berdepan dengan perasaan yang bercampur-baur sama ada mahu menyambung drama ini atau tidak kerana saya seorang yang berpegang kepada prinsip tidak akan menghasilkan naskhah sekuel untuk mana-mana karya meskipun ia mendapat rating tinggi,” katanya.

sumber : XTRA

Thursday, September 20, 2018

Ways To Calculate Your Property Investment Returns

Ways To Calculate Your Property Investment Returns


Property investment in Singapore is one of the most popular investment tools, Singaporeans could not resist the idea of generating extra income from property investment. Although there are couple of cooling measures to prevent house prices soar in Singapore but most of the regulations are applicable to buy and sell of the houses, regardless it’s a HDB flat in Jurong or Helios condominium in Orchard. As for rental, it is still lax where the idea of renting out your property and collecting income while still seeing the prices going up is what many are dreaming of. While the dream concept of income generator is there but there’s more than that, it is crucial to understanding fully the risks and costs of generating income. There are some risks attached to it just because property prices will increase over time. Let us share some of the ways and stuffs you can use to calculate your property investment returns. 

Before we go further into the calculation methods of assessing your income and risk, there are some costs you will need to consider. Firstly, the stamp dutiesspan> – Buyer’s Stamp Duty (BSD) or Additional Buyer’s Stamp Duty (ABSD). The basic BSD rate is about 3% of your property cost price or buying price while the ABSD applies when you already have multiple properties in your portfolio which can be as high as 10%.

Other transaction costs including legal fees of close up to $3,000, agent’s commission up to 2% of the  transaction price, administrative costs at about $1,000. After you’ve bought your property, you will need to consider the interest costs, the amount you have borrowed, maintenance fees, renovation costs, agent’s commission for renting out your unit, property taxes, property insurance and funds that you will need for repair, upkeep and maintenance your property. That’s not it, any income you receive from your property investment, it is subjected to tax with the exact amount varied depending on your current income. Finally, you will need to prepare the downpayment of your property which is 20%. Now, let’s recap the amount of costs you will need to prepare for investment, shocking as it seems because property investment is not cheap and easy as you think it is.

We have listed down the costs incurred for property investment, let’s look at the risks that we will need to be aware of. It doesn’t matter if you’re investing a private condominium like Helios or landed property in Bukit Timah or even overseas property, you will always need to be aware of the property market scene. The stagnant property market scene that has not been reaching to your desired market price or economic downturn that you will need to fork out more cash to leverage on your properties or even tough rental market that turns your property into a vacant one for long period. 



Also, be wary of government regulations and restrictions such as the raise of Seller Stamp Duty (SSD) up to 12% if your property is sold within a year. Total Debt Servicing Ratio (TDSR), where investors have to ensure that your total property loans and any other debt you will have to repay is within 60% of your monthly income. Lastly, the Loan-to-Value (LTV) ratio, you may be limited to as low as 20% on the amount of loan you will receive on property purchase. Include those numbers to your calculations and you’re good to go assessing your property investment calculations. 


Price appreciation 

The simplest and commonly used method to calculate your property investment returns. Due to it’s simplicity, this method is not the most accurate measure for property returns – no cashflows with both positive and negative value into consideration which includes rental income and also expenses relating to property transactions and upkeep. This method of calculation is best used to give you an overview of your homes that you are living in but also expecting prices to rise or if you are investing in the property with high chance of going en bloc.


Return on investment (ROI)
The total returns method that adds up the price appreciation method by including positive and negative cashflows in the calculation, it takes into account of the costs incurred that we have mentioned earlier.
Let’s create a scenario, assuming your property purchase is at $1million and your costs and expenses is about $100,000. 


On returns in this scenario, the property sale price assuming at $1.5million and rental income is at $4,000 a month. 


If the property is sold in one year with a gross return at $500,000 from price appreciation and $48,000 from one year or 12 months of rental income, we also realise negative cashflow of $100,000 in costs.


The formula we can use here:
((sale price + rental income) – (purchase price + other expenses)) / purchase price to work out this amount. à (($1.5 million + $48,000) – ($1 million + $100,000)) / $1 million, delivering a return of 44.8%.

This shows that the context for someone who earns $448,000 on a $1 million investment. So, you can see that this calculation method is the percentage we will receive at the end of our investment, but it does not take into consideration of the time we spent for investment and it does not take into consideration of the borrowed money that funds the investment. 


Cash-on-Cash Return


Most of us would want to get the property loan to the maximum when we are investing in it. However, if it’s a residential property, we are only be able to take up 80%  or even 50%. But, if it’s other than residential, we are able to take up the loan of up to 80% of the property value. Assuming there’s 80% loan for this scenario which means that we would only be paying up to $200,000 of the initial $1 million investment, assume that the additional $100,000 costs, $40,000 paid in mortgage and of this amount $26,000 was for principle repayment while $14,000 for interest payments.


If we sold property after one year, the loan left would be $774,000 to repay. Let’s deduct off our sale price of $1.5million we would left with $726,000 in cash. This formula can be use to calculate our cash-on-cash return: (total income) / (cash outflow). This translates to (sale price – outstanding loan + rental income – cash outflow) / (initial cash outlay + additional expenses)


($1.5 million - $774,000 + $48,000 – ($200,000 + $100,000)) / ($200,000 + $100,000), giving us a cash-on-cash return of 158%. We are able to achieve this return primarily because we were able to leverage on debt of purchase of property. It gets trickier as we move into future years as we have to consider additional rents, principle paid back to the bank during our mortgage repayment and any additional cash utilized in upkeeping the property.


With these basic calculations, you’ll be able to assess your property investment decision making and estimate your returns and costs.
 

Wednesday, September 19, 2018

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana | Assalamualaikum.. Hai, disebabkan hari rabu malas nak taip panjang, kita support giveaway daripada rakan blogger Ana Suhana.

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana


Nak join giveaway sila la klik banner di atas tu tarikh tutup lambat bulan oktober.. Mana la taw ada rezeki untuk korang yang join nanti kan.. Hadiah yang ditawarkan menarik sangat syarat untuk follow pun senang jer pun.

Wordless Wenesday #107 | Sambal Ikan Bilis Petai

Wordless Wenesday #107 | Sambal Ikan Bilis Petai, Assalamualaikum... Lama tak buat Wordless Wenesday hahaha, santai-santai malam rabu menu hari ni sambal ikan bilis petai menu kegemaran suami Cik Ash.


Ok la selamat layan gambar sambal ikan bilis petai ya.. hihihi

Tuesday, September 18, 2018

Nasi Mentah Jangan Panik Ikut Cara Ni

Nasi Mentah Jangan Panik Ikut Cara Ni | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Harap sihat la semuanya ya. 


Sebelum ni Cik Ash ada share dekat facebook masak nasi terlupa tutup periuk akibat nasi tak masak sekata bahagian atas kering. Mujur teringat cara ibu mentua Cik Ash ajar so buatkan cara itu sokmo.Pernah gak terjadi masak nasi lemak dan nasi daging pernah jadi masak tak sekata, cara ini juga Cik Ash guna alhamdulilah cara memang menjadi sangat. 


Ibu mentua Cik Ash ajar gunakan cawan berisi air letakkan di tengah nasi ,  buat lubang di tengah-tengah nasi, selepas itu tutup periuk nasi dan tekan semula button rice cooker ya. 

Selain cara di atas ibu mentua Cik Ash ada juga bagitaw boleh gunakan bawang putih satu ulas , basuh dulu bawang tu,jangan buang kulit terus masuk dalam nasi panaskan semula periuk. Cara ni Cik Ash tak pernah cuba hihihi..Ada juga cara lain letak beberapa biji cili kering dalam nasi panaskan semula periuk tu.. yang ini ibu mentua Cik Ash kata kak ipar selalu buat. 

Ok la korang semua itu cara apabila nasi mentah boleh ikut cara yang Cik Ash kongsikan tu, kalau korang ada petua lain  boleh la bagitaw dekat komen nanti Cik Ash masukkan dalam entri ni.

Monday, September 17, 2018

Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul

Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul | Assalamualaikum... Hai, sempat lagi nak join giveaway support blogger. Jom memeriahkannya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsTXsuBumXBtn_5X-_HWK9eXVWBcjZ-frltrWAdB0CsTB8BQPifS_b_6TFBUCUGxyr-U9oHg2p1znoseg0HFYQk__K0P7RidEKLQsIpD02PeMrIoAXRU3VSN2vWGgXQByTk57rKPnc4MNg/s1600/giveaway+fluer+perfume.jpg 

 Mana taw ada rezeki dapat perfume ke hihihi.. Tarikh tutup peryertaan pada 25 September 2018. Jom join giveaway ni.

Entri Terbaik Ogos 2018

Entri Terbaik Ogos 2018 | Assalamualaikum, Hai korang semua, apa khabar harap semuanya sihat hendaknya. Baru sempat nak sharing dengan korang semua entri yang terbaik untuk bulan Ogos aritu.



Bulan Ogos aritu ambik mood untuk kembali menulis seperti dulu, alhamdulilah ok dah sikit, tu masih ada lagi perasaan macam-macam rasa, buka blog jadi kosong tak taw nak tulis apa tapi gagahkan diri update gak walapun satu entri. 

Alhamdulilah Pageview dekat blog dah kembali pulih, entri sepanjang bulan ogos aritu sebanyak 28 entri jer ok la daripada tak ada kan. Antara entri yang terbaik yang terdapat dalam blog jom baca dekat bawah ni :- 

1. Drama Cinta Bukan Kristal - Drama bukan kristal ni emosi tengok sebab kisah suami curang dengan perempuan tempat kerja hahaha, geram tengok last tak follow mana dah.

2. Drama Alamatnya Cinta - Cerita ni pun best gak suka watak hana dalam tu hihihi.

3. Resepi Ikan Singgang Terung Pok Ya - resepi ni pertama kali dicuba disebabkan penangan telemovie cerita Siti Dihati Pok Ya Cong Codei.

4. Masak Guna Air Fryer Memang Terbaik - Yang ni merasa guna air fryer masa dekat rumah aboh tu boleh sharing pasal ni.

5. Lagu Ost Drama Mr. Grey - Cerita ni walaupun dah lama habis masih ramai yang cari lagu dalam drama ni.

6. Lagu Ost Drama Semerah Cinta Humairah - Drama ni pun dah lama habis gak ada lagi yang cari lagu sebab lagu dalam drama ni best semua.

7. Berikan Kekuatan Kepada Hambamu - entri peribadi nak baca hati kena kuat sebab masa taip entri Cik Ash menangis.

8. Resepi Timun Tumis Air - Masakan paling simple yang buat tak sangka ramai yang cari dekat blog.

9. Tebus Voucher Lazada Menang Contest - Rezeki menang contest lazada dapat la shopping barang lazada tanpa guna jimat la duit belanja sikit.

10. Segmen Bloglist Blog Nieyl - Puas duk saja join la segmen blogger support segmen blogger.


Ok la korang semua itu jer antara-antara entri yang terbaik di blog Cik Ash untuk bulan Ogos 2018 aritu. Selamat membaca entri terbaik Cik Ash ni ya. Jumpa lagi di entri yang lain pulak.

Sunday, September 16, 2018

Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma

Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma |  Assalamualaikum... Berita Baik!! Kepada anda yang ada selalu tengok website Tonton tu sekarang dah ditayangkan secara percuma. Tak payah dah nak login masuk email dan password nak langgan ke nak tengok cerita-cerita lain.


Yang paling best tiada lagi yuran langganan seperti sebelum ni. Nak tengok drama-drama lama berulang-ulang pun boleh secara percuma.
Ianya sejajar dengan strategi transformasi perniagaan seluruh Kumpulan Media Prima untuk meningkatkan hasil melalui pengiklanan programatik, iaitu salah satu segmen pendapatan digital yang paling pesat berkembang.

Ini berikutan pengumuman Media Prima untuk menggabungkan semua kandungan video dalam talian yang menggunakan perkhidmatan ‘YouTube’s Player for Publisher’. Untuk semua pengguna yang melanggan tonton VIP (pakej langganan berbayar tonton) pada tahun 2018 akan dibayar balik secara prorata dalam masa 90 hari.

 

Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya.  Ia juga turut membolehkan tonton  menjana pendapatan yang lebih mampan melalui pengiklanan programatik yang dilihat oleh penganalisis industri sebagai alat yang paling berkesan untuk para pengiklan menyasarkan khalayak yang tepat untuk kempen mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak, berkata Model langganan VOD belum lagi matang di Malaysia dan selepas kajian yang teliti kami memutuskan bahawa pendemokrasian kandungan tonton melalui pelbagai platform adalah strategi yang terbaik untuk mencapai potensi penuh kami.

"Ini akan memberi manfaat kepada semua dan ia membolehkan Media Prima mencapai lebih ramai khalayak. Manakala para pengguna yang sudah biasa dengan platform Youtube dan Daily Motion pula berpeluang untuk menonton rancangan kegemaran mereka sepuas-puasnya.  MPTN juga sekaligus dapat mencapai perolehan yang lebih baik hasil pengiklanan melalui kerjasama dengan YouTube. Langkah itu akan membolehkan para pengiklan memanfaatkan populariti kandungan tonton untuk menyasarkan penonton yang tepat sambil memastikan keselamatan jenama mereka sepanjang kempen." Katanya

 Diperkenalkan pada tahun 2010, tonton merupakan perkhidmatan penstriman VOD pertama di Malaysia yang menawarkan drama, aneka rancangan, filem, ‘telemovie’, program hiburan, dan acara serta program televisyen secara ‘live’ yang terbaik di Asia dan antarabangsa. Populariti platform itu meningkat kepada lebih 8.4 juta pengguna berdaftar dengan kadar pertumbuhan sebanyak 20,000 pengguna setiap minggu.

Sumber :  www.xtra.com.my

Thursday, September 13, 2018

Segmen Bloglist September - Disember 2018

Segmen Bloglist September - Disember 2018 | Assalamualaikum... Hari ini tak ada entri best-best kita support blogger punya segmen jer. Jom memeriahkan segmen blogger Syamimi. 

                           

Syarat dia pun senang dan mudah rugi la tak join.. mana la taw ada rezeki menang tersenarai dalam bloglist nanti. Tarikh tutup peryertaan pada 27 September 2018.  

 

Wednesday, September 12, 2018

Lagu Ost Drama Bahagia Bukan Bidaan

Lagu Ost Drama Bahagia Bukan Bidaan | Assalamualaikum... Hai korang semua, seperti biasa la Cik Ash puas duk saja akan sharing lagu-lagu yang terdapay dalam drama Bahagia Bukan Bidaan dekat dalam blog untuk korang yang sedang memcari.

071406rlhh1bawpqp1byvh
Bahagian Bukan Bidaan
Sebelum ni Cik Ash ada share  sinopsis drama dekat blog ni hari ini pulak Cik Ash nak share lagu-lagu yang terdapat dalam drama Bahagia Bukan Bidaan ni, best cerita ni list Cik Ash layan geram dekat lelaki tu rasa nak tikam lumat-lumat bini lawa ke hodoh sama je lelaki mata keranjang hahahha, terlebih-lebih pulak Cik Ash dengan drama ni. 

Lagu-lagu yang terdapat dalam drama Bahagian Bukan Bidaan semuanya best bersiaran setiap hari isnin hingga rabu jam 10.00 malam memang sentiasa depan tv sokmo. Berusaha Cik Ash cari lagu ni satu-satu nak kongsi dalam blog ni. Jom layan lagu dekat bawah ni.

Lagu Tema 
Tajuk Lagu :  Sang Pemilik Hati 
Penyanyi : Ronnie Hussien
Lirik : Aepul Roza 
Edaran : Indigital Sdn Bhd 

Tajuk Lagu : Kekasihku 
Penyanyi : Syam Razalie
Komposer : Aepul Roza, Daus SRK, Syed Syahmir
Lirik : Aepul 

Tajuk Lagu : Saat Kau Jauh 
Penyanyi : Izzmad Harun 
Komposer : Ianzafaris Mohd Tahir, Riried 
Edaran : Life Records 

Tajuk Lagu :  Wahai Kekasihku 
Penyanyi : Fitri Haris 
Lagu/Lirik : Encik Mimpi/Hapidz Garib 

Tajuk Lagu : Seharusnya 
Penyanyi : Aepul Roza 
Lirik : Aepul Roza,Daus SRK, Syed Syahmir

Tajuk Lagu : Remuk 
Penyanyi : Zarul Hussin
Lagu : Aepul Roza 


Kesemua lagu di atas Cik Ash ambik dekat dalam last drama lagu-lagu di atas kesemuanya Cik Ash tak pernah dengar. Ok la jumpa lagi nanti ya.



Tuesday, September 11, 2018

Selamat Menyambut Awal Muharram 1440 Hijrah

Selamat Menyambut Awal Muharram 1440 Hijrah | Assalamualaikum... Hai selamat pagi semua... Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1440 H. Dah masuk tahun baru islam sekejap saja masa berlalu.

 Image result for Selamat Menyambut Awal Muharram 1440 Hijrah

Cik Ash ingin meminta maaf kepada semua rakan blogger sepanjang Cik Ash menulis di blog kalau ada salah dan silap harap dimaafkan la ya. Cik Ash tidak perasan apabila menulis takut ada yang tersinggung. 

Semoga Allah s.w.t memberikan kesihatan yang baik buat kita semua, dimurahkan rezeki buat kita dan ditingkatkan iman kita semua. 
InsyaAllah.

Ok la korang semua pagi ringkas jer update, nak out dulu ada kerja sikit nak kena buat. Jumpa lagi nanti.

Monday, September 10, 2018

Dapat Anak Saudara Baru

Dapat Anak Saudara Baru | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, harap sihat la semua ya.. Hari ini nak kongsi berita gembira Cik Ash dapat anak 2 orang anak saudara .. Alhamdulilah. Tumpag kasih sayang dengan anak saudara jah.

anak saudara


Tahniah diucapkan buat kakak Cik Ash dan Adik lelaki Cik Ash.. dapat baby baru. Baby kakak Cik Ash dilahirkan pada 7 Julai 2018, manakala baby adik lelaki Cik Ash dilahirkan pada 28 Ogos 2018 beberapa hari nak  merdeka hihihi...Kedua-dua anak saudara Cik Ash adalah perempuan nama yang diberi Raisha Azreen (Anak Kakak) dan Sharifah Adriana (Anak Adik Lelaki). 

Ramai dah anak saudara Cik Ash  masuk 11 orang dah, kalau balik raya meriah sekampung dengan diaorang, ingat lagi masa balik bulan Julai aritu masa aboh masuk hospital , ada diaorang kecoh satu rumah habis berselerak rumah tokku aboh dan tokma hahaha..

Rindunya kat diorang bila la dapat berjumpa lagi, time raya aritu tak dapat balik sebab diuji dengan kereta rosak last minute. Sabar jer wahai hati. Tanya khabar dekat whatsapp jer dengan diaorang.

Ok la korang  Cik Ash undur diri dulu ya, loni Cik Ash tak boleh tengok screen laptop lama-lama mata jadi senok dan pedih mungkin power cermin kena tukar baru la kut, lagi Cik Ash,bestnya kalau ada orang sponsor cermin mata untuk Cik Ash hahaha, berangan jer Cik Ash ni blogger biasa-biasa jer. Tu la penyebab aktiviti blogwalking

Sunday, September 9, 2018

Selamat Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V

Selamat Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V | Assalamualaikum... Hai selamat pagi hari cuaca mendung dan sejuk syok kalau tidur ni hahaha...Hari ini ramai yang bercuti kan bersempena dengan Hari Keputeraaan Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Cik Ash ingin mengucapkan Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah dan Ucap Selamat sempena Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V jatuh pada hari 9 Sepetmber 2018 bersamaa 28 Zulhijah 1439H.

Ucapan Cik Ash untuk beliau semoga Allah swt lanjutkan usia dan memberkati permerintan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuaku. Dirgahayu Tunku, Menjunjung Kasih Tuanku.


Best ada yang cuti panjang boleh plan pergi jalan-jalan bersama keluarga, Cik Ash tak ada pergi mana pun suamiku kerja huhuhu, bertapa dekat rumah hihihi best sedap tidur lagi. Ok la korang jumpa lagi nanti ya, Cik Ash nak pergi sambung kerja rumah pulak hihihihi...

Resepi Nasi Kerabu Goreng

Resepi Nasi Kerabu Goreng | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar, harap semuanya sihat la ya.. Hari ini Cik Ash nak kongsi masakan daripada #dapurcikash

Nasi Goreng Kerabu


Sebenarnya dah lama teringin nak makan nasi kerabu goreng, so pada hari apa Cik Ash dah lupa hahaha buatnya ni baru sempat nak kongsikan dekat blog yang Cik Ash buat nasi goreng kerabu. Kalau tak silap Cik Ash dekat google search dah ramai buat tapi yang versi Cik Ash buat so kongsi la dekat blog. hihihihi.. 

Pernah buat Nasi Kerabu Kelantan sebelum ni hihihi, kali teringin nak makan nasi goreng kerabu pulak ni yang Cik Ash buat. Cara nak buat dia lebih kurang sama jah nak nasi kerabu cuma versi goreng. Jom tengok resepi dekat bawah ni. Dalam resepi ni  Cik Ash tak letak sambal ikan tu.. Kelapa tidak ada hihihi kalau ada mesti sedap lagi makan.. 

Resepi Nasi Kerabu Goreng
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
Nasi 
Ikan rebus - di kisar halus
Serai 
Bungan Kantan
Daun Kesum
Budu 
1 biji bawang besar -dicincang halus
2 ulas bawang putih -dicincang halus
3 tangkai Cili padi 

Cara Membuatnya :- 

1. Panaskan minyak goreng ikan rebus sampai garing ,lepas tu masukkan bawang besar dan bawang putih tumis hingga garing. 

2. Masukkan nasi dan kacau rata.

3. Selepas itu masukan semua ulaman iaitu daun kesum,bunga kantan, serai. gaul sehingga rata.

4. Perasa kan dengan garam kacau bagi nasi serata dengan ulam-ulam jangan lupa masukkan budu ya, baru la sedap hahaha..

Ok la korang itu jer resepi Cik Ash kongsi untuk membuat nasi kerabu goreng, Selamat Memcuba ya!!!


Saturday, September 8, 2018

Magic Sponge - MR.DIY

Magic Sponge - MR.DIY | Assalamualaikum.. Hai korang semua, 2hari berehat dari menulis blog hari ini ambik peluang untuk kongsi sesuatu dengan korang iaitu Magic Sponge MR.DIY.


magic sponge Mr.DIY

Cik Ash baru-baru nak berjinak dengan Magic Sponge Viral ni hahaha, biasa la pergi cari dekat kedai ECO RM2 tak pernah jumpa pun, apa entah lagi MR.DIY ni. Kalau yang dah beli mesti tahu mengenai magic sponge ni sangat berkesan untuk menghilangkan kotoran degil.Cik Ash dah cuba guna magic sponge ni dekat lantai dalam bilik mandi, dekat cawan , dekat belakang periuk.. Jom tengok hasilnya selepas menggunakannya.

Fuyooo memang betul la korang Magic Sponge ni berkesan la, selalu cuci lantai bilik mandi dengan dengan berus biasa lambat sikit nak hilang kesan hitam tu bila guna magic sponge ni la hasilnya dekat bawah.


Sebeleum guna magic sponge



Manakala Cik Ash ada juga try dekat mug minum air tu selalu mesti ada tinggal kesan warna coklat dalam tu selalu duk cuci dengan span basuh biasa tak pernah tanggal sekali Cik Ash cuba guna magic sponge  hasilnya hilang kotoran itu hahhaha..


Sebelum


Selepas
Yang ni pulak belakang bawah kuali ada kesan minyak kita goreng susah jugak nak tanggal guna span biasa selepas menggunakan magic sponge ni hasilnya nampak perbezaan kan. 


sebelum di cuci


Selepas
Cik Ash ada juga try buat dekat plat lama yang dah kuning kesan dia pun tanggal juga la. Yang kuning jadi putih nampak la lawa sikit kan. 


Sebelum


Selepas
Ok la itu jer hasil yang Cik Ash cuba buat dekat rumah ni, lepas ni nak kena beli stock magic sponge kat rumah senang kerja Cik Ash nak hilangkan kesan kotoran dekat rumah ni. hihihi.. jumpa lagi nanti ya di entri yang lain.



Thursday, September 6, 2018

Drama Bahagia Bukan Bidaan Slot Samarinda

Drama Bahagia Bukan Bidaan Slot Samarinda | Siapa kat sini layan drama slot Samarinda TV3 terbaru sekarang kita geng. Rugi kalau siapa tak tengok drama ni, sebab dalam drama ni kebanyakkan pelakon lama-lama yang berlakon. Cik Ash suka tengok lakonan Zamarul Hisham dan Adi Putra hahaha.


Drama ini merupakan adaptasi novel Bahagia Bukan Bidaan karya oleh Hessa Widad yang sedang bersiaran di slot Samarinda TV3. Drama ini diterbitakan oleh produksi syarikat Country & Univesal Sdn.Bhd, di arahkan oleh Eoon Suhaini. 

Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan lama antaranya mereka ialah Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ikan Nabeela, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Mak Wan, Arja Lee,Wan Sharmila, Anne Abdullah dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan
Drama ini mengisahkan Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai dengan Azlan setelah mengetahui bahawa Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang berkerja di syarikat yang sama. Hana semakin tertekan dan tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang pula oleh Azlan untuk berjumpa dengan anaknya.  Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan. 

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta yang diberikan oleh Nik tidak pernah disambut. Hana mahu hidup bersendirian tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Ain Farhana. 

Cinta mula hadir di dalam hati Hana. Kasih disulam hanya menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah hana membida kasih sayang nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati tu? Hana mula lelah dengan kebenaran tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

Bagi Cik Ash episode permulaan dan kedua memang menarik drama ni, geram dekat Azlan seksa hidup Hana.. hahaha.. Kalau korang yang teringin nak baca novel online drama ni boleh singgah baca dekat Novel Bahagian Bukan Bidaan. Kalau nak tengok koleksi lagu dalam drama ni boleh baca dekat ðŸ‘‰Lagu Ost Drama Bahagia Bukan Bidaan .

Wednesday, September 5, 2018

Telur Dadar Ikan Budu

Telur Dadar Ikan Budu | Assalamualaikum...Hai, apa khabar harap sihat semuanya. Lewat update blog hari ini sibuk dengan kerja surirumah sementara tangan ok sikit kita buat la kerja kat rumah ni. Hari ini nak kongsi resepi dari #dapurcikash.






Sebenarnya resepi telur dadar ikan budu ni dah lama Cik Ash tak ingat masa bila dalam bulan Julai aritu la kut, ni sempat nak kongsi dekat blog, Pernah tak korang dengar Ikan Budu, mesti tak pernah kan, bagi orang kelantan pulak memang popular ikan budu ni, kenapa di panggil ikan budu ada kisahnya satu orang Kelantan zaman dahulu kala preserve makanan laut apabila tak dapat nak turun ke laut kerana laut bergelora dan angin kencang. Ikan budu ini merupakan hidangan yang bermusim, musim hujan paling kencang. Ikan budu ini merupakan hidangan bermusim, musim hujan paling syok makan. Kalau tak silap Cik Ash ikan digunakan untuk dijadikan ikan budu selalunya ikan kembung.Cara lebih kurang sama buat budu.


Ikan Budu tu Cik Ash dapat daripada Ibu saudara suami dia bagi masa balik kelantan bulan julai aritu tu pun Cik Ash balik kedah baru. hihihi... Ikan budu ni sedap di goreng dengan telur dadar baru selera nak makan bertambah-tambah nasi.



Ikan Budu tu Cik Ash dapat daripada Ibu saudara suami dia bagi masa balik kelantan bulan julai aritu tu pun Cik Ash balik kedah baru. hihihi... Ikan budu ni sedap di goreng dengan telur dadar baru selera nak makan bertambah-tambah nasi.



Resepi Telur Dadar Ikan Budu

Oleh : Cik Ash


Bahan-bahan 

2 biji telur

1 ekor ikan budu 

1 biji bawang besar

3 biji cili padi

1 inci halia

Daun kesum


Cara Membuatnya :-


1. Ikan budu di goreng garing. ketepikan dan disiat-siat isi menggunakan garpu.

2. Bawang besar di hiris nipis-nipis.

3. Tumbuk cili padi dengan halia hingga lumat.

4. Hiris daun kesum halus-halus.

5. Pecahkan telur dalam bekas dan satukan semua bahan-bahan.

6. Panaskan minyak goreng telur dadar seperti.

7. Siap boleh dihidang dengan nasi yang dengan bau aroma telur dia hahahah..


 


Ok la korang itu jer resepi cara Cik Ash masak Telur Dadar Ikan Budu. Nak tengok koleksi resepi yang lain la usha #dapurcikash ya. Kalau korang tak faham cara nak masak Telur Dadar ni boleh tengok video di atas tu Cik Ash share dekat youtube.