Wednesday, August 8, 2018

Drama Semerah Cinta Humairah

Drama Semerah Cinta Humairah | Assalamualaikum... Siapa layan drama ni Cik Ash baru nak layan hahaha, terkejut gak tengok pelakon utama dia adalah Janna Nick hihihi, pertama kali tengok dia berlakon bawa watak pakai tudung sampai tak cam Cik Ash. 

semerah cinta humairah tv3

Drama ni diarahkan oleh pengarah Zamri Zakaria dan merupakn terbitan Orangetree Production Sdn.Bhd. Telah ditayangkan pada 24 Julai 2018 aritu , nampak sangat Cik Ash sibuk masa terlepas nak tengok tu yang pergi layan online nampak best jalan ceritanya.

Antara pelakon yang membarisi drama Semerah Cinta Humairah ini ialah Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail,Kuza, Mahmud Alibashah, Wan Sharmila, Fimie Don, Fadilah Mansor, Kismah Johar, Feiyna Tajudin,Zeika Khamis, Ainul Aishah, Fish Fazil, Ramli Saleh, Hisham Bakar, Sherwin Sim, Hadi Nawawi, Nisa Rissa, Ayu Azlina, Sheeda Ali, Mahsuri Jesuli.

Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah 

Humairah meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir.

Shahir yang tidak teruja, bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia ada kekasih iaitu Camelia. Dia mengahwini Humairah demi ibunya. Mereka tidak berbulan madu. Shahir ke China kerana urusan kerja dan membawa Camelia bersama.

Apa yang akan terjadi dengan perkahwinan Humairah kena tengok sampai habis la jawabnya cerita ni.. hihihi.. Cik Ash baru layan episode 4 tu dah meluat dengan Wan Sharmila menjadi sangat watak gedik dia hahahaha.. Janna Nick pulak buat muka kesian dan baik menjadi sangat.

5 comments:

  1. Sha tak tengok drama ini.. Tapi suka sangat watak yang dibawa Janna nick nie..

    ReplyDelete
  2. cerita melayu x jauh dari kisah kecurangan.. hehe

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi drama ni.yeay janna nick lah berlakon..

    ReplyDelete
  4. Dah tengok dah.. dan dah masuk list kena tengok hehe

    ReplyDelete
  5. aida x tgk citer ni.
    x dpt ikut time nyer :)

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com