Thursday, August 23, 2018

author photo
Restoran The Chicken Rice Shop Kulim | Assalamualaikum... Lamanya tak menulis food review dekat blog ni, nak buat macam mana Cik Ash ni jarang sangat pergi makan luar, Sebulan sekali baru pergi hihihi.




Baru-baru ini bertarikh 2/8/2018 sebenarnya kami tak rancang nak pergi makan dekat The Chicken Rice Shop tu, kebetulan sangat lepas kami pergi ambik kereta dekat bengkel, so kami singgah shopping barang dapur dekat GIANT, selalunya kami shopping dekat TESCO nak buat macam mana waktu itu kalut-kalut tadi mintak tolong sepupu suami hantar kami dekat bengkel ,wallet Cik Ash guna selalu tertinggal huhuhu selalu jadi begitu terjadi nak buat macam tu dah besar wallet boleh lagi tertinggal.


Selepas kami shopping dekat GIANT Cik Ash bagitaw dekat suami jom makan dekat The Chicken Rice Shop nampak macam sedap jah menu dia tu, lagipulak masa kami masuk tak ramai orang ,mungkin baru buka la kut, pelanggan tak ramai masa tu, sat-sat kami duduk dan order menu berduyung-duyung pelanggan baru masuk. Mungkin la kami berdua masuk pembuka rezeki restoran the chicken Rice Shop ni. Alhamdulilah.


Kedai The Chicken Rice Shop bersebelahan kedai  Mee Tarik Warisan Asli di buka ditingkat bawah berhampiran dengan tangga escalator yang kita nak naik dekat atas tu. 


kredit facebook TCRS


Antara menu yang terdapat dalam ni macam-macam ada pening Cik Ash nak pilih makan apa, ada nasi, noodles , ayam pelbagai masakan ada dekat sana. 

Lagi pulak Restoran The Chicken Rice Shop dijamin halal dan semua produk diproses dan dihasilkan mengikut undang-undang Syariah Kesemua restoran , dari dapur utama ke semua cawangan restoran disahkan Halal oleh JAKIM dari Malaysia dan MUIS dari Singapura.Untuk Maklumat pengesahan halal boleh rujuk dekat website http://www.thechickenriceshop.com/



Kami berdua pilih set menu Double Delight antara menu yang terdapat dalam set menu tu ialah Nyonya Pai Tee, Chicken Rice, Chicken Rice Roast,BBQ Chic, Bean Sprout,Sup FishBall,Soup, dan Chicken Fritters. Harga kami makan dekat sana RM60.95.




Set menu sebelum makan di dalam set ni Pai Tee, Saito Fish Ball, Sup, Sambal, Chicken Fritters,Chicken BBQ, Chicken Roast,, Taugeh, Air CendolCing dan Lime Mint.


selepas makan hahahha

air CendolCing dan Lime Mint


Ruang dalam kedai


Hiasan dekat dinding


Resit bayaran

Review Restoran The Chicken Rice Shop Kulim


Pertama kali Cik Ash dapat merasa makan di kedai The Chicken Rice Shop ni, rasa zaman bujang dulu tak pernah merasa makan sebab jauh nak pergi hahaha, alhamdulilah sejak berkahwin dapat gak merasa makan jugak, Bagi Cik Ash kedai memang terbaik, service layanan dia sangat memuaskan, kami order makanan tak ada lama sangat cepat jugak makanan kami sampai, untuk nasi ayam dia memang terbaik sangat Cik Ash dan Husband sangat berpuashati dapat makan pelbagai lauk dalam satu set tu. Suami Cik Ash sampai pusing kepala tanda makanan best. Menu disediakan semuanya sedap la nanti boleh datang lagi kat sini hihihi. Untuk bintang dekat kedai ni Cik Ash bagi 8/10. 


Ok la semua itu Cik Ash nak sharing dengan korang semua review pengalaman makan di restoran The Chicken Rice Shop  review sendirian berhad tak ada di sponsor pun hihihi.. Harap nanti kalau pihak chicken rice shop nampak entri ni mana taw jemput kami pergi makan di sponsor hahaha, berangan tak sudah Cik Ash ni. Di Kulim Central banyak kedai makan yang antara yang pernah Cik Ash singgah makan di Restoran Texas Chicken, Mee Tarik Warisan, Restoran Nasi Ayam Penyet Di Kulim Central. Peta nak ke tempat Restoran The Chicken Rice Shop Cik Ash share di bawah ni senang korang nak rujuk nanti.



This post have 5 komentar

avatar
Kak Wawa delete August 23, 2018 at 10:18 AM

wahhh, uniknyaa nama air dia.. hehe

Reply
avatar
Anonymous delete August 23, 2018 at 10:46 AM

sedap-sedap :D

Reply
avatar
Hairul Hissam delete August 24, 2018 at 8:49 AM

suka juga makan d chicken rice shop nie

Reply
avatar
Cik Renex delete August 28, 2018 at 2:33 PM

suka jgak makan rice shop ni tapi tulah, kena g kuantan baru ada..tmpt CR xde
makanan dia sedap!

Reply
avatar
adianiez AIDA delete August 30, 2018 at 11:08 AM

seriously, aida suka makan kat tcrs ni.
anak2 pun feveret sgt.
lama tak singgah. sebab da jarang makan luar.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post