Penghantaran Bunga Daripada Flower Chimp Untuk Yang Tersayang | Assalamualaikum | Hai ,Cik Ash ada berita baik untuk anda yang sedang mencari khidmat penghantaran bunga segar untuk memberi kejutan kepada orang yang tersayang. Mesti best kalau dapat jambangan bunga yang segar kan, siapa la tak teruja kalau Cik Ash dapat satu mesti melompat-lompat hahaha..lawa sangat jambangan bunga ni.
Zaman dah canggih dan moden dah tak payah risau sebabnya ada satu e- dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Dengan Ungkapan "Ucapkan dengan bunga!". Bayangkan, bertapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hunjung jari sahaja.
Zaman dah canggih dan moden dah tak payah risau sebabnya ada satu e- dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Dengan Ungkapan "Ucapkan dengan bunga!". Bayangkan, bertapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hunjung jari sahaja.
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.
Pastel Velvet |
Jade 9 Stalk (White) |
Gerbera Galore |
Romy |
Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang
daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan
lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Maximilian Lotz
Chief Executive Officer, Flower Chimp
|
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah
Lotz.
Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk
mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan.
Lotz.
Niklas Frassa |
Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk
mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan.
"Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,"kata Frassa.
“Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
Pengenalan Tentang Flower Chimp
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan daripada Jerman, Maximillian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputuasan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.
Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.
Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, sila layari :-
Flower Chimp di Malaysia
Website
Facebook
Instagram
@flowerchimp
Flower Chimp di Indonesia
Website
Facebook
Instagram
@flowerchimp.id
Flower Chimp di Filipina
Website
Facebook
Instagram
@flowerchimp.ph
birthday rabia 21/12 nanti hantar lah flower ni ya dekat rabia hehe
ReplyDeleteCantik- cantik tu ha bunga2nya...takde rasa nak bagi akak ke?#ehhh
ReplyDeletebestnyaa lahai kalo ada orang yang hantar kat kite munge2 cemni =D
ReplyDeletebestnyaaa kalau dapat munge2 ni =)
ReplyDeleteLawa lawa betul gubahan bunga dia..
ReplyDeleteCantik² bunga dia
ReplyDeleteCantik2 jambangan bunga tu
ReplyDelete