Thursday, August 30, 2018

author photo
Daging Goreng Kunyit| Assalamualaikum... Hai, hari ini nak sharing menu masakan daripada #dapurcikash iaitu Daging Goreng Kunyit.  Request oleh Mak Mentua Cik Ash nak makan daging goreng macam tu... Hihihi..

Daging Goreng Kunyit
Untuk Cik Ash pulak Cik Ash bakar daging  yang telah diperat dengan bawang putih, jintan manis dan garam.  Lepas tu bakar la atas pemanggang ajaib terlupa  nak snap gambar hihihi sory..  

Daging Goreng Kunyit ni memang bertambah-tambah nasi kalau yang tak lalu makan ya..  Sebab Cik Ash boleh kata begitu Mak Mentua Cik Ash sendiri kalau ikut dia tak lalu nak makan nasi banyak hari dah,bila buat daging goreng kunyit tengok dia makan habis sepinggan nasi dah nak tambah lagi.  Kalau suami pulak sokmo bertambah kalau kena lauk sedap hihihi..

Eh apa terlupa  Cik Ash dengan  resepi Daging Goreng Kunyit nak share dekat blog ni untuk rujukan di masa akan datang ke.  Hihihihi..  

Resepi Daging Goreng Kunyit 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan

300 gm daging (dihiris nipis-nipis)


1 biji bawang besar (dihiris nipis-nipis) 
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia


3 batang kacang buncis 
Lada benggala 
2 sudu kfc Garam
2 sudu kfc Kunyit 

Cara membuatnya :- 
1. Hiris daging  nipis-nipis toskan air hingga daging kering.
2. Masukkan daging dalam kuali,masukkan garam, kunyit, dan air selepas itu panaskan kuali hingga air kering. 
3. Bila air dah kering boleh la masukkan minyak masak dan semua bahan- bahan  yang disediakan.  

Ok la korang semua itu resepi Daging Kunyit cara Cik Ash buat selamat memcuba ya. Jumpa lagi nanti.

This post have 3 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post