Thursday, August 30, 2018

Daging Goreng Kunyit

Daging Goreng Kunyit| Assalamualaikum... Hai, hari ini nak sharing menu masakan daripada #dapurcikash iaitu Daging Goreng Kunyit.  Request oleh Mak Mentua Cik Ash nak makan daging goreng macam tu... Hihihi..

Daging Goreng Kunyit
Untuk Cik Ash pulak Cik Ash bakar daging  yang telah diperat dengan bawang putih, jintan manis dan garam.  Lepas tu bakar la atas pemanggang ajaib terlupa  nak snap gambar hihihi sory..  

Daging Goreng Kunyit ni memang bertambah-tambah nasi kalau yang tak lalu makan ya..  Sebab Cik Ash boleh kata begitu Mak Mentua Cik Ash sendiri kalau ikut dia tak lalu nak makan nasi banyak hari dah,bila buat daging goreng kunyit tengok dia makan habis sepinggan nasi dah nak tambah lagi.  Kalau suami pulak sokmo bertambah kalau kena lauk sedap hihihi..

Eh apa terlupa  Cik Ash dengan  resepi Daging Goreng Kunyit nak share dekat blog ni untuk rujukan di masa akan datang ke.  Hihihihi..  

Resepi Daging Goreng Kunyit 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan

300 gm daging (dihiris nipis-nipis)


1 biji bawang besar (dihiris nipis-nipis) 
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia


3 batang kacang buncis 
Lada benggala 
2 sudu kfc Garam
2 sudu kfc Kunyit 

Cara membuatnya :- 
1. Hiris daging  nipis-nipis toskan air hingga daging kering.
2. Masukkan daging dalam kuali,masukkan garam, kunyit, dan air selepas itu panaskan kuali hingga air kering. 
3. Bila air dah kering boleh la masukkan minyak masak dan semua bahan- bahan  yang disediakan.  

Ok la korang semua itu resepi Daging Kunyit cara Cik Ash buat selamat memcuba ya. Jumpa lagi nanti.

Wednesday, August 29, 2018

Astro Bagi Siaran Percuma

Astro Bagi Siaran Percuma | Assalamualaikum, Hai, Cik Ash harap semuanya sihat la,selamat malam rabu, terlebih rajin nak update malam ni nak bagitaw dekat pelanggan astro yang masih guna astro dekat rumah. 




Tahun lepas astro pernah bagi siaran percuma macam ni boleh la tengok kesemua channel yang tak langgan hahahaha itu pun mak mentua yang banyak tengok dia yang paling happy Cik Ash jarang nak tengok tv.

Ini berita baik untuk semua pelanggan astro, mulai 30 Ogos 2018 Hingga 17 September 2018, Astro bagi tayangan percuma untuk semua channel. Kalau ikut happy la astro bagi percuma tapi tak ada Cik Ash nak layan semua channel tak sempat nak tengok kita bagi dekat mak mentua dia layan channel semua. Happy sangat dia bila Cik Ash bagitaw hihihi.. 

Rasa Cik Ash la astro bagi free disebabkan bersempena dengan hari kebangsaan pada 31 Ogos 2018 yang ke 61 tahun... Terima kasih astro kerana bagi siaran percuma ni.. Nanti bagi la ya hihihihi..

Ok la itu jer Cik Ash nak bagitaw dengan korang semua, jumpa lagi nanti... Selamat Menonti rancangan astro free nanti.

Entri Terbaik Julai 2018

Entri Terbaik Julai 2018 | Assalamualaikum, Hai korang semua, apa khabar harap semuanya sihat hendaknya. Baru sempat nak sharing dengan korang semua entri yang terbaik untuk bulan Julai aritu.


Bulan Julai aritu Cik Ash bercuti dari segala media sosial entri dekat blog masa bulan julai pun tak banyak hanya 10 entri jer pun, pageview dekat blog pulak jatuh teruk masa tu.. Nak buat macam mana masa dan keadaan tak mengizinkan nak update blog hati Cik Ash tidak tenang bila fikirkan kesihatan aboh masa tu, seminggu lebih Cik Ash berada di kampung sanggup tingggalkan suami masa tu hati ni berat nak berpisah dan berjauhan dengan suami tapi nak buat macam ner relakan berkorban kasih sementara. Tak pernah berpisah dengan suami jadi ratu air mata la sikit  hihihi...

Walaupun tidak update blog masa sepanjang bulan julai entri dekat blog Cik Ash tetap ada orang baca antara entri yang terbaik yang terdapat dalam blog jom baca dekat bawah ni :- 

1. Drama Pengantin 100 Hari - Drama ini memang trending juga, ramai yang duk search cari ost lagu ni. Lagu dalam drama ni best-best. 

2. Drama Pencuri Cinta Kelas Satu- Drama ini pun sedang trending juga,sebab suka tengok Emma Embong berlakon watak dia comel sangat. 

3. OST Drama Pengantin 100 Hari - Lagu dalam drama ni best-best ramai yang search cari lagu ni.

4. Resepi Ubi Kentang Goreng Sambal - Resepi ni ramai yang cari sebab masakan paling simple dan sedap di makan dengan nasi panas. 

5. Ost Lagu Drama Mr.Grey - Drama ini dah lama ditayangkan tv tetap juga ada yang cari lagu dalam drama ni.  

6. Antara Blogger Bermula Nama Cik - Idea menulis entri Cik Ash pernah duk gosip-gosip dengan suami pasal blogger bermula nama Cik. Termasuk la isterinya sendiri. Hihihi. 

7. Lagu Ost Drama Tak Ada Cinta Sepertimu - Drama ni pun sama juga dah lama gak masih ada yang cari biasa astro kan ada siaran ulangan sokmo. 

8. Cara Nak Tukar Password Streamyx Wifi - Yang ni kena faham cara nak tukar password streamyx tu. Harap boleh faham.

9. Hadiah Untuk Kucing Kesayangan - Voucher menang contest lazada aritu Cik Ash beli tilam tempat tidur kucing.

10. Resepi Timun Tumis Air - Resepi paling simple kalau tak lalu makann nasi kan buat kuah timun gini memang berselera makan nasi nanti. 

Ok la korang semua itu jer antara-antara 10 entri yang terbaik di blog Cik Ash untuk bulan Julai 2018 aritu. Selamat membaca entri terbaik Cik Ash ni ya. Jumpa lagi di entri yang lain pulak.

Tuesday, August 28, 2018

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow | Assalamualaikum.. Selamat Malam, Terajin nak join giveaway dekat blog malam ni.. Jom memeriahkan giveaway ni

http://sitimariammorshidi.blogspot.com/2018/07/giveaway-merdeka-2018-lexee-memang-wow.html 

Klik Banner dekat atas untuk Join.. Tarikh tutup giveaway ni pada 31 Ogos 2018 jam 11.59pm.  Banyak yang menarik menanti anda taw rugi kalau tak join.. Mana la taw ada rezeki ke nanti. Aamiin.

Ok la itu jer nak ajak korang cepat-cepat join giveaway ini. Jumpa lagi nanti.

Lagu Ost Drama Alamatnya Cinta

Lagu Ost Drama Alamatnya Cinta | Assalamualaikum... Hai korang semua, seperti biasa la Cik Ash akan sharing Ost drama dekat blog ni.. hihihi.. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiak7wlGspwRAmwiboA-cdg8r-z3K-rWJaMiTfJYvfJ-fDyKk6Z-mUFESxvkmaGlB5yana3RnzKwA8eKE7mX6MVu_jI74fa1kb-YrDuXWz3lAYaztEp7CmH5A0h3khbrKzwJPc0zDAPCxrF/s1600/alamaknya+cinta.jpg 

Sebelum ni Cik Ash sinopsis drama dekat blog ni hari ini pulak Cik Ash nak share lagu-lagu yang terdapat dalam drama Alamatnya Cinta ni, best cerita ni list Cik Ash layan gak tengok waktu free bila on9 dekat laptop. Nak tengok dekat tv tak ingat selalu lupa pulak hihihi.. 

Drama ni bagi Cik Ash best la gak memang adaptasi drama Full House korea tapi tak nampak pun bayang-bayang daripada drama bila tengok cerita ni, Kiranya pengarah tak ikut sangat jalan cerita drama korea tu kut Cik Ash pun main agak-agak jer pun. Pengarah pilih Hannah Delisha sebagai watak utama dan Hisyam Hamid nampak keserasian antara mereka berdua.

Sebenarnya Cik Ash update ni share lagu yang terdapat dalam drama Alamatnya Cinta yang sedang bersiaran di Astro Ria Jam 10.00 malam setiap isnin hingga khamis. Dalam drama Alamatnya Cinta ada lagu yang best-best gak antaranya seperti di bawah ni. Berusaha Cik Ash  cari lagu yang terdapat dalam tu untuk sharing dengan korang semua..Jom layan lagu dekat bawah.

Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Hana 
Penyanyi : Aziz Harun & Hannah Delisha 
Komposer : Faizal Tahir , Mike Chan & Romeo
Label : Faithhful Music & Warna Music Malaysia 
Video : Klik

Antara lagu yang terdapat dalam Drama Alamatnya Cinta ialah seperti di bawah ni :- 


Tajuk Lagu : Jutaan Purnama 
Penyanyi : Alyah
Video : Klik



Tajuk Lagu : Aku Sendiri 
Penyanyi : Sufi Rashid 
Video : Klik

Ok la korang antara-antara lagu yang best terdapat dalam drama Alamatnya Cinta .. Jom Layan... Sekali sekala layan lagu sambil siapkan entri hahaha...

Monday, August 27, 2018

Resepi Tortilla Wrap Daging

Resepi Tortilla Wrap Daging | Hai, alahai entri ni lama sangat tersimpan dalam draf asyik lupa nak taip. Nak buat macam ner. Buat Tortilla Wrap Daging dah lama bulan lepas lagi bekal dekat suami pergi kerja.


Buat dia secara spontan tak ada tengok resepi mana main letak jer apa yang ada dekat rumah ni janji suami makan dia kata sedap hihihi.. Tambah letak daging dalam tortilla ni memang sedap kan.. Resepinya mudah sangat nak buat pun mudah hihihi.. bagi Cik Ash buat apa ringkas dan cepat. 


Resepi Tortilla Wrap Daging
Oleh : Cik Ash

Bahan-Bahan 
Bawang Putih
Bawang Besar 
Carrot 
Daging 
Tortilla wrap 
salad 
sos cili
mayonis
oregano
Sos blackpaper
serbuk perasa 
garam

Cara Membuatnya :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2.Lepas tu masukkan daging goreng daging hingga masak.
3. Masukkan carrot gaul-gaul hingga rata.
4. Lepas tu masukkan sos blackpaper,serbuk perasa,garam oregano.
5. Panaskan wrap dalam pemanggang ajaib.
6. Letakkan inti daging atas tortilla, salad, sos cili dan mayonis..
7. Lepas tu gulung dah siap boleh dimakan.

Ok la itu jer cara Cik Ash buat Tortilla Wrap Daging daripada #dapurcikash hihihi... Nak tengok koleksi #dapurcikash yang lain boleh baca dekat Koleksi Resepi

Thursday, August 23, 2018

Restoran The Chicken Rice Shop Kulim

Restoran The Chicken Rice Shop Kulim | Assalamualaikum... Lamanya tak menulis food review dekat blog ni, nak buat macam mana Cik Ash ni jarang sangat pergi makan luar, Sebulan sekali baru pergi hihihi.




Baru-baru ini bertarikh 2/8/2018 sebenarnya kami tak rancang nak pergi makan dekat The Chicken Rice Shop tu, kebetulan sangat lepas kami pergi ambik kereta dekat bengkel, so kami singgah shopping barang dapur dekat GIANT, selalunya kami shopping dekat TESCO nak buat macam mana waktu itu kalut-kalut tadi mintak tolong sepupu suami hantar kami dekat bengkel ,wallet Cik Ash guna selalu tertinggal huhuhu selalu jadi begitu terjadi nak buat macam tu dah besar wallet boleh lagi tertinggal.


Selepas kami shopping dekat GIANT Cik Ash bagitaw dekat suami jom makan dekat The Chicken Rice Shop nampak macam sedap jah menu dia tu, lagipulak masa kami masuk tak ramai orang ,mungkin baru buka la kut, pelanggan tak ramai masa tu, sat-sat kami duduk dan order menu berduyung-duyung pelanggan baru masuk. Mungkin la kami berdua masuk pembuka rezeki restoran the chicken Rice Shop ni. Alhamdulilah.


Kedai The Chicken Rice Shop bersebelahan kedai  Mee Tarik Warisan Asli di buka ditingkat bawah berhampiran dengan tangga escalator yang kita nak naik dekat atas tu. 


kredit facebook TCRS


Antara menu yang terdapat dalam ni macam-macam ada pening Cik Ash nak pilih makan apa, ada nasi, noodles , ayam pelbagai masakan ada dekat sana. 

Lagi pulak Restoran The Chicken Rice Shop dijamin halal dan semua produk diproses dan dihasilkan mengikut undang-undang Syariah Kesemua restoran , dari dapur utama ke semua cawangan restoran disahkan Halal oleh JAKIM dari Malaysia dan MUIS dari Singapura.Untuk Maklumat pengesahan halal boleh rujuk dekat website http://www.thechickenriceshop.com/



Kami berdua pilih set menu Double Delight antara menu yang terdapat dalam set menu tu ialah Nyonya Pai Tee, Chicken Rice, Chicken Rice Roast,BBQ Chic, Bean Sprout,Sup FishBall,Soup, dan Chicken Fritters. Harga kami makan dekat sana RM60.95.




Set menu sebelum makan di dalam set ni Pai Tee, Saito Fish Ball, Sup, Sambal, Chicken Fritters,Chicken BBQ, Chicken Roast,, Taugeh, Air CendolCing dan Lime Mint.


selepas makan hahahha

air CendolCing dan Lime Mint


Ruang dalam kedai


Hiasan dekat dinding


Resit bayaran

Review Restoran The Chicken Rice Shop Kulim


Pertama kali Cik Ash dapat merasa makan di kedai The Chicken Rice Shop ni, rasa zaman bujang dulu tak pernah merasa makan sebab jauh nak pergi hahaha, alhamdulilah sejak berkahwin dapat gak merasa makan jugak, Bagi Cik Ash kedai memang terbaik, service layanan dia sangat memuaskan, kami order makanan tak ada lama sangat cepat jugak makanan kami sampai, untuk nasi ayam dia memang terbaik sangat Cik Ash dan Husband sangat berpuashati dapat makan pelbagai lauk dalam satu set tu. Suami Cik Ash sampai pusing kepala tanda makanan best. Menu disediakan semuanya sedap la nanti boleh datang lagi kat sini hihihi. Untuk bintang dekat kedai ni Cik Ash bagi 8/10. 


Ok la semua itu Cik Ash nak sharing dengan korang semua review pengalaman makan di restoran The Chicken Rice Shop  review sendirian berhad tak ada di sponsor pun hihihi.. Harap nanti kalau pihak chicken rice shop nampak entri ni mana taw jemput kami pergi makan di sponsor hahaha, berangan tak sudah Cik Ash ni. Di Kulim Central banyak kedai makan yang antara yang pernah Cik Ash singgah makan di Restoran Texas Chicken, Mee Tarik Warisan, Restoran Nasi Ayam Penyet Di Kulim Central. Peta nak ke tempat Restoran The Chicken Rice Shop Cik Ash share di bawah ni senang korang nak rujuk nanti.



Wednesday, August 22, 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha 2018 | Assalamualaikum...Selamat tengahari semua...Apa khabar hari ini.. harap semuanya sihat ya... Cik Ash dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang mengenali Cik Ash dan suami....




Tahun ni raya haji di kedah lagi, nak buat macam mana perancangan kami suami isteri nak balik beraya di kedah tapi last minute kena cancel disebabkan 2 minggu sebelum raya haji kereta kami rosak dekat bahagian gear tak boleh nak masuk.. dah baiki habis dalam RM460, tapi suami tak berani nak bawa jalan jauh lagi. Nak balik dengan bus musim raya dan cuti sekolah tiket cepat habis,

Hari ini Cik Ash tak ada perancangan nak pergi mana lagi pulak suami Cik Ash baru balik keje  pagi ini so dia kena rehat-rehat cukup semalaman dah keje kan... lepas suami dah cukup rehat baru rancang nak pergi mana hihihihi...Rasa setiap kali malam raya suami kerja sokmo hihihi..Menu hari raya aidiadha Cik Ash buat gulai ayam saja... nasi kapit tak menjadi hahahaha...

Ok la itu saja nak bagitaw pendek saja cerita hari raya Cik Ash .. jumpa lagi nanti ya...

Tuesday, August 21, 2018

Do You Know you can spend and Earn money in Cannis App!

Do You Know you can spend and Earn money in Cannis App! |Assalamualaikum...Hi all, I have good news that want to share with you about the Cannis app. I first learned about Cannis application. The Cannis app is an application that combines e-commerce, online shopping, live broadcasting and block chain. Cannis Applications includes daily bases such as food, drinks, entertainment, clothing and stimulating business models and driving the current app wave.



Cannis is headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, and held a global launch conference at the Setia City Convention and Exhibition Center ( SCCC ) on August 18, 2018. It has a few offices in Taipei, Guangzhou, Hong Kong and Penang, and a technical team in Hangzhou. It is the star of the most promising APP in 2018.




The chairman of Cannis Group is Her Royal Highness Crown Princess, the sister of Sultan of the Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, who has assisted hundreds of well known companies with very experienced corporate coaching experience. The Vice Chairman, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat and the Chief Executive Officer is Datuk Dr. Azman Ching.



Ong Tee Keat said that the rapid growth of Chinese social media users, the penetration rate has risen remarkably, and the rise of the blockchain has overturned the current industry and social operation. Blockchain, artificial intelligence and the Internet are among the top three technologies that China needs to strengthen.



"Live broadcats has begun its social networking in 2016. The scale of China's online live broadcats was close to 58 billion yuan. The domestic analysis of China expecta that live broadcast has become a social phenomenon, and a commercial product too." Said the Vice Chairman.

He believes that the live broadcast economy,online shopping,and the blockchain, which is regarded as a new tecnology that will replace the current network economy, will inevitably stimulate a new wave of business models, and Cannis will become a new era of Internet users, a compulsory App in smartphone. 


"Cannis is a platform integrating program planning, product technology,operation promotion and data visualization. It has nearly 100 professional engineers and the team has strong research and development capabilities."

Since March of this year, Cannis has successively acquired technology companies including Internet,online games,mobile devices, and big data sharing,and at the same time,it has become a partner of Google, greatly improving the readability of Cannis App, and its system security.


Azman Chin said that Cannis is the world's first fans follower's intergration platform. Nowadays there is no need to dowload multiple apps, as long as you have Cannis, you can meet all the needs of fans.

He refers to Cannis's business philosphy of  "u think it , we build it" , build a social media with the most comprehensive application function, and create the most suitable ecological environment for enterprise and fans, and gather the global user database together.

" Cannis App combines the most popular seveb functions of mobile devices, including online live broadcast,live e-commerce, online games,short video, social platform, discounted shopping and digital payment getway. It will accumulate more than ten thousand of users within 24 hours."

He said that Cannis is not only a stage for talents, ambitions and dreams for ordinary people, the payment system created can be used in 140 countries around the world, especially in Southeast Asia. 

"In China, the market value of online store sales and marketing advertising revenues operated by live broadcasting has surpassed the film industry. The mainland repost even more pointed out: influencers are more valuable than movie stars."

Lots of enterpreneur and professionals from well-known enterprises,venture capital companies, blockhains and network-related fields from various countries such as China, Hong Kong, Indonesia, Cambodia, South Korea, India, Russia and other has attended the grand lauch conference of Cannis App.

 


The main guests attending the conference included the tecnology,internet and blockchain industries, as well as leaders from the political and business circles, relevent industry associations in China, government agencies and related organizations. They are looking forward about the future development potential of Cannis App. 




The main guests present included the founder,Chairman and chief capitalist Aaron Tsai, who is a professional capitalist in assisting Chinese companies to list on the New York Stock Exchange, Nasdaq and GEM, and the president of the Korea Blockchain Association and the Wolrld Blockchain South Korea Ambassador Jason H, Guangdong, Hong Kong Economic and Trade Association Chairman of the Foshan Presidium and Foshan CPPCC member Dr. George So, Indonesian tourism and business platfrom co-founder Robbie Fanggetsu, and Russia CryptoOcean Gmbh chief executive and founder Mr. Yuri Myshinskly, and Praneet Kumar, co-founder of the Global Blockchain Foundation From India. 



Interestingly, the Cannis app is so ... so you want to shop for Cannis shopping there, whereas if you're the leg game, you can join the Cannis Ni app every day to try games nearby, can you husband join Cannis app suited very much with her leg games hihihi ...
The Cannis app is available in the Google Play Store but is no longer in the Apple Playstore. However, you can still install through http://api.ickapay.com/download/index.html and follow the instructions provided.

For more information, please visit: -

 
Facebook
https://www.facebook.com/CannisApp