Tuesday, July 10, 2018

author photo
Resepi Kerabu Buah Gajus | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar bermula rutin harian Cik Ash update blog bila internet dah kembali pulih ambik mood la nak karang entri. Hari ini entri daripada #dapurcikash


Kerabu Buah Gajus
Sebenarnya Cik Ash ni tak makan pun buah gajus tu, tu yang cuba buat kerabu buah gajus ni, sebab banyak sangat buah dekat pokok berbuah sayang jatuh tak ada siapa yang nak makan buah ni tu yang nak sangat buat tu. 

Pada 5 julai 2017 aritu Cik Ash cuba la buat kerabu buah gajus ni cari jer resepi dekat blog jumpa blog banyak yang share rupanya. Cik Ash ambik yang paling senang blog FizaCooking   selepas itu Cik Ash cuba olah balik resepi itu ikut selera Cik Ash hihihi.. Nak taw resepinya jom usha-usha dekat bawah ini resepinya. 

Resepi Kerabu Buah Gajus 
Oleh : Cik Ash

Bahan A
3 biji buah gajus yang telah masak- Jangan pilih yang terlalu lembik
1 tangkai pucuk gajus - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
2 ekor ikan kembung di rebus - ambil isinya
1 sudu besar kerisik 

Bahan B - Tumbuk lumat
Cili Benggala hijau
3 biji cili padi
sedikit asam jawa
1/2 inci belacan - tak letak sebab takleh makan
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya : 
1. Bersihkan buah gajus, asingkan dari bijinya dan hiris nipis. Setelah itu perah buah yang telah dihiris untuk menghilangkan rasa kelat. 

2. Masukkan isi buah gajus kedalam mangkuk besar dan gaulkan dengan bahan yang telah di tumbuk dan kerisik.

3. Setelah itu masukkan bawang besar yang telah di hiris dan gaul lagi. 

4. Akhir sekali masukkan isi ikan dan gaul lagi hingga sebati dan hidangkan bersama nasi putih.

Ok la itu jer resepi yang Cik Ash nak share dekat blog ni.. memang kerabu buah gajus sedap dimakan kalau time lalu makan boleh jadikan lauk hihihi... Cik Ash makan bertambah gak nasi alahai hancur diet ni.

This post have 7 komentar

avatar
Farrah MF delete July 10, 2018 at 9:29 AM

Sedapnyaaaaa! Terbayang2 lalu kat tekak 😊

Reply
avatar
ejulz delete July 10, 2018 at 10:47 AM

nampak sedap. boleh cuba nanti :)

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete July 10, 2018 at 3:55 PM

wow.mcm sedap.rabia tak pernah makan lagi kerabu2 ni

Reply
avatar
Sha Mohamed delete July 11, 2018 at 10:43 AM

Tak pernah makan lagi.. Macam sedap.. tapi susah nak jumpa buah gajus kat sini..

Reply
avatar
adianiez AIDA delete July 15, 2018 at 4:58 PM

aida meamng suka kerabu.
apa apa kerabu pun memang menjadi pilihan.
ulam-ulaman kan. menarik di makan.
just so far, tak pernah buat sendiri, ekin.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post