Tuesday, July 31, 2018

BioXcellent Cupplus White Untuk Kekal Cantik Bertenaga

BioXcellent Cupplus White Untuk Kekal Cantik Bertenaga | Bila usia dan meningkat ke angka 30an ni kan terasa diri ni ada kekurangan sikit bila tengok dekat cermin kelihatan kulit muka ni kusam, berparut jerawat dan kulit pulak nampak tidak anjal ada kedutan di sana sini. Cik Ash ada la mencari produk yang sesuai untuk Cik Ash guna ni. Sebenarnya Cik Ash bab jaga diri agak malas sejak kahwin ni tak sempat nak jaga sangat biasa la sibuk dengan kehidupan seharian surirumah kan. Bila dan nampak ada perubahan ni baru kalut nak mencari produk untuk kekal cantik bertenaga ni.


Jeng Jeng akhirnya Cik Ash jumpa satu produk yang boleh merawat masalah Cik Ash adalah Bioxcellent Cupplus White, produk ini khas untuk payudara dan pencerahan kulit, sebenarnya Cik Ash duk survey la produk yang sesuai untuk mengembalikan keanjalan kulit, takut sangat nak cuba produk takut ada yang berbahaya kan. 


Bagaimana Cik Ash boleh tertarik dengan produk Bioxcellent Cupplus White, aritu adala Cik Ash pergi shopping dekat Watsons untuk membeli barang keperluan diri seperti biasa la, dalam duk pusing-pusing tu Cik Ash ternampak produk daripada Bioxcellent ni, nampak macam menarik, banyak juga produk Bioxcellent ni,pening nak pilih yang mana, akhirnya Cik Ash pilih satu produk untuk kulit dan payudara hihihi iaitu Bioxcellent Cupplus White. Sebelum nak membeli produk Bioxcellent ni Cik Ash sempat juga buat carian dekat google tentang kelebihan dan selamat tak guna produk ni. Memang bagus dan selamat diamalkan produk ni dan kelebihannya.Nak tahu apa apa kelebihan yang terkandung di dalam Bioxcellent Cupplus White ni, Meh baca apa yang Cik Ash kongsikan dekat bawah ni, Korang kena baca sampai habis tau.

Antara kelebihan Bioxcellent Cupplus White ialah :-

  •  Dapat menambah saiz payudara menjadikan ia lebih pejal,tegang dan terangkat 
  • Memadatkan punggung yang mengendur dan jatuh
  • Mencerahkan serta menggebukan kulit termasuklah kulit pada bahagian puting payudara.
  • Mengetatkan vagina,mencegahkan keputihan dan sengugut.
  • Menghangatkan hubungan suami isteri 
  • Menambahkan tenaga dan kecergasan 
  • Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
  • Membentuk payudara lebih padat dan berisi
  • Menghaluskan dan menegangkan kulit payudara
  • Menaikkan payudara yang kendur dan jatuh
  • Mencantikkan payudara yang leper
  • Memontokkan payudara 

Nampak tak kelebihan yang ada di dalam Bioxcellent Cupplus White ni? Mesti korang teringin nak cuba juga kalau ada yang mengalami masalah seperti yang disebut di atas tu kan. Tambahan bila faktor umur ni khasiat segala mineral dalam tubuh badan dah semakin kurang kan nak juga memcuba makanan tambahan nak lagi mantap hihihi...

Bahan-bahan yang terdapat di dalam Bioxcellent Cupplus White ini mengandungi bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit,keanjalan payudara dan kulit cerah bersinar. Jangan risau kerana produk ini adalah selamat digunakan dan mengikur standard penyulingan yang diluluskan oleh KKM dan GMP. 

                
 
Antara bahan-bahan utama yang terkandung di dalam Bioxcellent Cupplus White adalah seperti di bawah ini :-  

Acacia Gum
  • Acacia Gum -Manfaat dalam Acacia Gum ni dia akan menjaga kesihatan sistem pencernaan dan sistem imun dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus (kolon). Berfungsi juga memberi bekal serat makanan larut yang secukupnya kepada sistem pencernaan dalam diri kita. Dengan itu sistem pencernaan akan berfungsi dengan lebih efektif untuk menjaga kandungan gula dan kolestrol dalam darah dan membuang lemak berlebih dan toksin dari badan. Toksi tak de badan sihat cantik!
Buah Betik


  • Buah Betik - Khasiat buah betik terdapat dari sembilan jenis vitamin, fiber dan potasium yang terkandung di dalamnya. Kandungan ini sangat baik untuk mencegah tubuh badan daripada dehydration, sekaligus membuatkan kulit kekal atau lebih lembut, cerah dan moist. Selain tu, buah betik tinggi dengan kandungan antioksida – efektif untuk mencegah serangan radiasi, mempercepatkan sistem metabolisme tubuh badan, dan lain-lain.
Pueraria Lobata
  • Pueraria Lobata -Pueraria Lobata mengandungi paras fitoestrogen semula jadi yang tinggi, berkesan dan selamat sebagai sebagai ganti kepada HRT. Sumbernya yang kaya dengan fioestrogen melambatkan proses penuaan dan menghalang perubahan secara drastik kepada tubuh apabila seseorang wanita mengalami menopaus.
Ubi Bit Merah
  • Ubi Bit  Merah - Ubi Bit merah mengandungi zat besinya yang cukup tinggi dapat membantu proses pembentukan sel darah merah yang baru. Kandungan vitamin C nya akan membantu memudarkan noda hitam pada wajah, menghilangkan kusam dan mencerahkan kulit. Dengan begitu kulit akan terlihat lebih sihat, bersinar dan putih sekata.
 
  • Ekstrak Halba Fenugreek - Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.
Cara pengambilan Bioxcellent Cupplus White 
Cara pengambilannya semudah ABC jer, tak memerlukan masa yang panjang untuk membancuhnya.. Jom ikut langkah untuk membancuhnya :- 


1. Campurkan 1 skop (20gram) ke dalam 200/250ml air suam atau pun air sejuk. 
2. Kacau atau goncang sehingga larut.
3. Minum serta merta selepas bancuhan benar-benar larut.
4. Amalkan selepas sarapan.

Ini yang Cik Ash nak pesan dekat korang yang mengambil sebarang supplement tu korang harus minum air yang memcukupi sepanjang hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Jangan nanti kurang minum air kata produk ni tak berkesan pun, satu lagi kesan perubahan setiap penggunaan supplement setiap individu adalah berbeza ya mengikut keserasian tubuh badan masing-masing. 


Tip/Pantang sepanjang Pengambilan Bioxcellent Cupplus White
  • Untuk masalah jerawat sila berpantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
  • Elakkan pengambilan kafein kerana boleh mempercepatkan proses penuaan
  • Masa period tidak digalakkan untuk mengambil Bioxcellent Cupplus White kerana ketika itu sistem penyerapan badan masih lemah dan rugi jika ambil semasa period. 
  • Jarakkan 5 jam pengambilan jika mengambil ubat dari hospital/klinik.
  • Jarakkan 1-2 jam pengambilan jika mengambil apa-apa jenis  produk/supplement/jamu dan lain-lain
  • Untuk ibu mengandung, boleh diambil selepas kandungan berusia 4 bulan ke atas manakala untuk ibu menyusu pula boleh diambil selepas baby berusia 4 bulan ke atas. 
  • Produk slimming/detox tidak sesuai untuk ibu menyusu atau ibu mengandung. 
  • Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari untuk kesan terbaik. 
  • Jika mempunyai masalah kesihatan,sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  • Produk yang mempunyai kolagen tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut,masalah kulit sensitif atau masalah resdung.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Bioxcellent Cupplus White dan yang lain boleh rujuk di bawah ini :- 

Info Lanjut : 



Instagram :  @bioxcellent_malaysia

Harga Pasaran : RM66 ( Pengambilan Untuk Sebulan) 


**Boleh didapati di Watsons di seluruh Malaysia atau Lazada Malaysia

Sunday, July 29, 2018

Entri Terbaik Jun 2018

Entri Terbaik Jun 2018 | Assalamualaikum, Hai korang semua, apa khabar harap semuanya sihat hendaknya. Lamanya Cik Ash tak update blog last update pada 13/7/2018 aritu itu pun autopost. Sepanjang bulan ni Cik Ash agak sibuk tak sempat nak buka blog dan segala media sosial itu tengok facebook jer.



Jumaat minggu lepas Cik Ash balik ke kampung di kelantan kecemasan sebab menerima berita jam 2.00 pagi aboh Cik Ash masuk wad disebabkan darah tinggi naik. Tergesa-gesa Cik Ash balik ke kelantan pada jumaat pagi 13.7.2018 selepas suami balik kerja pagi tu. Suami dapat cuti kecemasan hanya 2 hari dan campur cutinya 1 hari. Nanti Cik Ash story panjang lebar kenapa Cik Ash lama sangat bercuti menulis blog masa tu hati tak tenang dan kosong sangat fikirkan kesihatan aboh masa tu, ma lagi.. Semoga aboh dan ma diberikan kesihatan yang baik.


Seperti biasa la bila masuk bulan baru Cik Ash akan sharing pasal entri yang ramai view dekat blog ni, kesemua yang tersenarai di bawah ni adalah entri yang terbaik sepanjang bulan jun aritu, agak terlewat nak share sebab bercuti menulis hampir 2 minggu lama tu. So korang tengok entri apakah yang terbaik sepanjang bulan jun 2018 airtu jom baca dekat bawah ni.

1. Drama Pengantin 100 Hari - Drama ni memang trending gak, ramai duk search cari ost lagu. Best  drama ni Cik Ash layan daripada awal.  

2. Drama Pencuri Cinta Kelas Satu - Drama ni pun sedang trending gak, sebab suka tengok emma embong belakon watak dia bawa comel  jah.  

3. Antara Blogger Bermula Nama Cik -  Idea menulis  entri Cik Ash pernah gosip-gosip dengan suami pasal blogger bermula nama Cik. Termasuk la isterinya sendiri. Hihihi

4.OST Lagu Drama Pengantin 100 Hari - Lagu dalam drama ni best-best tu ramai search cari lagu ni.

5. Resepi Ubi Kentang Goreng Sambal - Resepi ni ramai  view sebab masakan paling simple dan sedap di makan dengan nasi panas. 

6. Lagu Ost Drama Mr.Grey - Drama ni Dah Di tayangkan delat tv tetap juga asa ada  yang cari lagu drama ni. 

7.Jana Pendapatan Dengan Menjawab Survey dengan Vase - saja-saja suka join ni boleh la dapat duit tambahan sikit-sikit. 

8. Lagu Ost Drama Tak Ada Cinta Sepertimu - Drama ni pun sama juga dah lama gak masih ada yang cari biasa astro kan ada siaran ulangan..  

9.Cara Nak Tukar Password Streamyx Wifi - Yang ni kena faham cara nak tukar password streamyx tu. Harap boleh faham

10. Hadiah Untuk Kucing Kesayangan - voucher menang contest lazada aritu Cik Ash beli tilam tempat tidur kucing.

Ok la korang semua itu jer antara-antara 10 entri terbaik di blog Cik Ash untuk bulan Jun 2018 aritu. Selamat membaca entri terbaik Cik Ash ni ya. Jumpa lagi di entri yang lain pulak.

Thursday, July 12, 2018

Hadiah Untuk Kucing Kesayangan

Hadiah Untuk Kucing Kesayangan | Assalamualaikum.. Hai korang maaf entri bertingkat-tingkat CIk Ash menaip biasa la 10 hari tak update gara-gara internet kat rumah kena curi kabel masalah berlarutan lama sangat.



Sebenarnya entri ni dah lama tersimpan dalam draf ni baru sempat nak sharing dengan korang semua, aritu Cik Ash ada la join contest lazada siap berjanji kalau Cik Ash dapat voucher nanti nak bagi hadiah untuk kucing kesayangan dekat rumah ni.

Alhamdulilah tak sangka sangat rezeki Cik Ash murah menang contest lazada baru ni dapat RM150+ 20 jumlah semua RM170 voucher. Salah satu barang yang Cik Ash listkan untuk shopping tempat tidur kucing kesayangan Cik Ash mekcik ni, ingat ke dia suka tidur tilam tu , tapi sampai ke sudah tak mau tidur siap kena paksa ambil gambar nak snap hahaha.. Mekcik oh Mekcik kita bagi tilam dia tak mau pulak nak tidur dekat luar tu hihihihi... Bukan ni saja barang yang Cik Ash beli guna voucher lazada Hadiah Untuk Suami pun ada juga.

Terpaksa la simpan tilam tu semula dalam plastik simpan untuk kucing lain nanti kalau ada la kan. hihihi...Ok la korang jumpa lagi nanti di entri yang lain pulak ya. 

Wednesday, July 11, 2018

Ost Lagu Drama Pengantin 100 Hari

Ost Lagu Drama Pengantin 100 Hari | Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar,Bila tenet dah pulih ni kita update entri banyak buat publish hari-hari hahaha..


Image result for Pengantin%2B100%2BHari

Siapa kat sini layan  drama Pengantin 100 hari kita geng la ya, best cerita ni walaupun  pelakon hero tu Cik Ash tak berapa minat sangat hahaha.. Sebab layan drama ni daripada awal tu Cik Ash boleh kata best. 

Sebenarnya Cik Ash update ni share lagu yang terdapat dalam drama Pengantin 100 Hari yang sedang bersiaran di TV3 dalam Slot Samarinda. 

Dalam drama Pengantin  100 Hari ada lagu yang best-best gak antaranya seperti di bawah ni. 

Lagu Tema 



Tajuk Lagu : Sulit
Penyanyi : Aman Aziz 
Lirik : Fedtri Yahya & Asfan Shah
Lagu : Asfan Shah 




Tajuk Lagu : Terbuai Perasaan 
Penyanyi : Kamal Hamidi 




Tajuk Lagu : Selamat Tinggal Sayang
Penyanyi : Haqiem Rusli 


Itu jer lagu yang terdapat dalam drama #Pengantin100Hari ni so jom la kita layan lagu-lagu dalam drama ni. Cik Ash suka dengar lagu ketiga-tiga ni memang best hihihi.. lagi satu Cik Ash peminat tegar drama ni hahaha...

#dramabersiri
#dramatslotsamarinda
#pengantin100hari

Tuesday, July 10, 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP| Assalamualaikum... rasanya dah lama Cik Ash tak join giveaway dekat blog ni.. so malam terlebih rajin nak ternampak blogger Siti Yang Menaip ada buat giveaway. 

 http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip.html

So yang mana nak join giveaway ini boleh la klik pada banner dekat atas tu dia.. Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang sangat menarik salah koleksi yang Cik Ash minat simpan hihihi.. dekat rumah dah banyak koleksi daripada rakan blogger bagi mana la taw ada rezeki dapat yang ni Alhamdulilah. 

Tarikh tutup penyertaan ni akan tamat pada 13 Julai 2018. Cepat-cepat join masih sempat lagi nak join kut-kut mana la taw ada rezeki nanti kan.. Bloggger yang join pilih untuk join gievaway ini ialah SIS GEE.

Ok la Cik Ash out dulu, nak layan cerita dekat tv hihihi..biasa la senyap tak ada internet aritu jadi pelanggan tetap tv join ibu mentua hahaha...

Resepi Kerabu Buah Gajus

Resepi Kerabu Buah Gajus | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar bermula rutin harian Cik Ash update blog bila internet dah kembali pulih ambik mood la nak karang entri. Hari ini entri daripada #dapurcikash


Kerabu Buah Gajus
Sebenarnya Cik Ash ni tak makan pun buah gajus tu, tu yang cuba buat kerabu buah gajus ni, sebab banyak sangat buah dekat pokok berbuah sayang jatuh tak ada siapa yang nak makan buah ni tu yang nak sangat buat tu. 

Pada 5 julai 2017 aritu Cik Ash cuba la buat kerabu buah gajus ni cari jer resepi dekat blog jumpa blog banyak yang share rupanya. Cik Ash ambik yang paling senang blog FizaCooking   selepas itu Cik Ash cuba olah balik resepi itu ikut selera Cik Ash hihihi.. Nak taw resepinya jom usha-usha dekat bawah ini resepinya. 

Resepi Kerabu Buah Gajus 
Oleh : Cik Ash

Bahan A
3 biji buah gajus yang telah masak- Jangan pilih yang terlalu lembik
1 tangkai pucuk gajus - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
2 ekor ikan kembung di rebus - ambil isinya
1 sudu besar kerisik 

Bahan B - Tumbuk lumat
Cili Benggala hijau
3 biji cili padi
sedikit asam jawa
1/2 inci belacan - tak letak sebab takleh makan
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya : 
1. Bersihkan buah gajus, asingkan dari bijinya dan hiris nipis. Setelah itu perah buah yang telah dihiris untuk menghilangkan rasa kelat. 

2. Masukkan isi buah gajus kedalam mangkuk besar dan gaulkan dengan bahan yang telah di tumbuk dan kerisik.

3. Setelah itu masukkan bawang besar yang telah di hiris dan gaul lagi. 

4. Akhir sekali masukkan isi ikan dan gaul lagi hingga sebati dan hidangkan bersama nasi putih.

Ok la itu jer resepi yang Cik Ash nak share dekat blog ni.. memang kerabu buah gajus sedap dimakan kalau time lalu makan boleh jadikan lauk hihihi... Cik Ash makan bertambah gak nasi alahai hancur diet ni.

Monday, July 9, 2018

Alhamdulilah Internet Dan Telefon Kembali Pulih

Alhamdulilah Internet Dan Telefon Kembali Pulih | Assalamualaikum... Punya lama tak update gara-gara kabel internet dekat rumah Cik Ash kena curi dekat orang yang tak bertanggungjawab. Kalau tak silap Cik Ash sepanjang menetap dekat kedah ni kali kedua kejadian kecurian kabel ni berlaku dekat taman perumahan Cik Ash. Kali pertama pada tahun 2015.



10 hari masalah problem internet dan telefon kat rumah Cik Ash settle hari ini dah boleh guna.. so kita bermula kerja menaip entri yang banyak tertangguh ni. Lagi masa untuk bagi traffik naik kembali gara-gara tak update selama 10 hari pageview memang jatuh kecundang sangat terkejut tengok semalam.. alahai semoga blog kembali pulih la selepas ni. 

Cik Ash sedang kumpul-kumpul semangat nak cari idea untuk menulis dekat blog ni, dalam kepala ni banyak entri nak share dalam blog mood nak karang entri tak masuk lagi hihihi alahai susah sangat nak menaip ni kena ada mood kan. 

Kecurian kabel internet bermula pada 28 Jun 2018 sehingga 7 Julai 2018 baru ok. So lepas ni Cik Ash nak rebate dengan TM selama tidak guna internet ni.

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak bagitaw dekat korang.. selepas ni nak blogwaking blog kalau kena boom tu jangan marah la ya. hahahaha.

Sunday, July 8, 2018

Kini Mudah Tukar Tayar Anda Di MyTayar.com

Kini Mudah Tukar Tayar Anda Di MyTayar.com | Assalamualaikum… Bila sebut pasal tayar kereta mesti semua orang tahu kan.. tayar kereta ni perlu diganti apabila sudah sampai waktu harus la di tukar gantikan. Mesti pening kepala, nak tukar dekat mana la tayar nanti. Kini anda tak payah risau sebabnya anda boleh dapatkan segala maklumat pasal tayar, termasuk harga dan lokasi bengkel yang telah diiktiraf menerusi laman web MyTayar.com. 





Apa yang menarik tentang mytayar.com ini anda boleh mendapatkan segala maklumat mengenai tayar seperti jenama, saiz tayar yang bersesuaian dengan kereta dan yang paling penting adalah harga yang ditawarkan mampu milik. 

Tujuan utama mytayar.com adalah untuk menghalang pengguna daripada ditipu mana-mana pemilik bengkel yang menjadi mangsa kepada pengguna yang tidak curagai. Laman web ini dapat membantu pengguna untuk membeli tayar dengan “Jimat” dan “Telus” dari Bengkel Rangkaian yang menyertai mereka.

Pada masa ini, mereka mempunyai 120 bengkel Network yang ditapis untuk menjadi jujur dan berminat .Kami akan menambah lebih banyak Network Bengkel di lokasi lain tidak lama lagi. 

Dengan membenarkan Bengkel Rangkaian memasukkan harga mereka sendiri secara langsung di laman web semasa mengikuti standard harga mereka, pengguna akan gembira pelbagai pilihan tayar pada harga yang kompetitif, Harga yang kompetitif adalah hasil daripada standard harga yang seragam.




Sebagai contoh, Bengkel A boleh menawarkan harga yang rendah pada tayar Michelin tetapi tidak untuk tayar Continental yang lebih murah oleh Bengkel B. Oleh itu, pengguna boleh memilih untuk harga yang terendah atau membuat keputusan berdasarkan lokasi jarak/bengkel. 

Ini pengguna memberi kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat. Mereka juga ada persamaan dari segi aspek teknikal tayar itu untuk membuat pilihan dengan harga dan lokasi yang diputuskan oelh pengguna itu sendiri. Lihat gambar di bawah ni di mana tayar yang sama Continental ComfortContact 6 Saiz 175/65R14 ditawarkan pada harga yang berbeza dengan setiap bengkel individu. 


Lagi mudah bila ada aplikasi ni jom ikuti langkah-langkah dekat gambar bawah ini :-


Menurut pengasaanya, Ridzuwan Ayeop, MyTayar.com adalah sebuah kedai online  pertama di Malaysia yang membolehkan pengguna mendapat segala informasi mengenai tayar, Menurutnya lagi, MyTayar.com, yang telah diasaskan pada tahun 2014, kini sudah mempunyai 84 bengkel bertauliah terpilih berdaftar yang meliputi kawasan Lembang Klang, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

“Apabila memilih tayar dimahukan pengguna perlu bayar deposit 5 ratus daripada jumlah keseluruhan dan bayaran penuh dilakukan selepas selesai proses menukar tayar. Menerusi MyTayar.com, pengguna tidak perlu risau ditipu kerana semua bengkel yang dipilih sudah mendaftar dengan kami.

“Bukan saja menjimatkan masa,pengguna juga boleh melakukan perbandingan harga. Ini secara tidak langsung membolehkkan pengguna mendapatkan harga terendah yang mungkin tidak ada di bengkel tayar lain. “kata Ridzuwan lagi.

Macam ner sekarang terpulang kepada anda untuk membuat pilihan yang bijak! Jangan jadi mangsa penipuan selepas ni. Terpulang kepada anda untuk mengunakan kemudahan yang ada di MyTayar.com untuk mengetahui info lanjut.

Monday, July 2, 2018

Antara Blogger Bermula Nama Cik

Antara Blogger Bermula Nama Cik  | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar semua, bila start menulis ada jer taip dekat blog ni. Entri ini secara spontan sebab waktu tu Cik Ash duk gosip pasal blogger dengan suami hahaha. jangan marah ya. Baru sempat nak update entri ini dekat  blog gara-gara internet  streamyx kat rumah kabel kena curi orang. Ni pun guna data taip yang mana sempat jah..  Sory kalau aktiviti blogwalking tak dapat nak buat lagi..  Entri review pun masih ada tertangguh ni.


cik


Ada la nama blogger yang Cik Ash sebut dekat suami nama kebanyakkan bermula dengan Cik, sampaikan suami Cik Ash pening sebab terlampau ramai nama Cik dah la isterinya sendiri nama pena blog Cik Ash hahaha.. Tu yang terlintas nak buat entri cari blogger yang guna nama panggilan Cik.

Antara blogger yang Cik Ash kenal selalu singgah blog mereka secara slient reader dan ada gak selalu singgah tinggal boom komen mereka   adalah seperti nama di bawa ini. Jom baca review tentang blog mereka dekat bawah ni. 

Cik Nor

Merupakan blogger yang berasal daripada kelantan, awal perkenalan dulu-dulu ingatkan dia orang kl, bila dah lama berhubung rupanya orang senegeri la. hihihi.. di blog Cik Nor banyak berkongsi tentang review produk, resepi, tentang my story dan travel so yang mana belum mengenali blog Cik Nor jom singgah baca blog Cik Nor ni..  

Blog Cik Akak

Blog Cik Akak adalah blog update pasal drama, Cik Ash bangga dengan dia pendapatan adsense selalu masyuk walaupun blog share banyak tentang drama, blog Cik Akak ni tempat selalu Cik Ash rujuk kalau ada drama terbaru hahaha.. Cik Akak jauh menetap di sarawak nuh..

Blog Cik Tie

Blog Cik tie pulak Cik Ash kenal  masa dia join giveaway dekat  blog dan dia salah seorang pemenang, selepas kami ditemukan balik dalam group bloggerpantaitimur dari situ kami kenal lebih rapat kongsi-kongsi pendapat tentang blog. Blog Cik Tie berkongsi tentang review,food,media,tips, beauty  dan parenting.

Blog Cik Renex

Blog Cik Renex ni Cik Ash kenal masa join group bloggerpantaitimur , didalam blog Cik Renex berkongsi tentang travel, review,lirik lagu, info , tak lupa juga Cik Renex ada buat servis tempahan bantal hiasan, keychain nama, owlie omey dan banyak lagi kalau nak tengok koleksi nya boleh tengok dekat Koleksi bycikrenex.



Blog Cik En selalu Cik Ash singgah secara slient reader sejak dulu lagi cari pasal info kucing hihihi,sebab kenapa Cik Ash jadikan blog Cik En sebagai rujukan sebab Cik En merupakan blogger yang menceritakan pasal veterinar dekat blog. Pernah masuk dalam utusan. Selain berkongsi tentang veterinar blog Cik En ada juga kongsi tentang travel,review,tutorial, beauty, tips dan lain-lain.


Blog Cik Za pulak Cik Ash kenal dia kalau tak silap pernah join satu group blogger satu ketika dari situ la kenal dia. Di dalam blog Cik Za berkongsi resepi, makanan,review produk dan makanan, Semoga Cik Za diberikan kesihatan yang baik dan berjaya mencapai impian nanti..


Blog Cik Min ini Cik Ash baru jer kenal disebabkan pasal Min'z Sambal Hitam Pahang, dari situ la kenal beliau, tak merasa lagi sambal hitam Cik Min nak kena order gak nanti ni. Selain daripada jualan Min'Z sambal hitam pahang blog Cik Min ada kongsi mengenai lifestyle, beuaty,review,travel,food dan advertorial.


Blog Cik Mimie ni kenal masa zaman Cik Ash belum kahwin lagi masa tu best sangat selalu balas mengembom blog Cik Mimie. Selalu jadi top commmet dekat blog Cik Mimie dan selalu dapat award daripada Cik Mimie. Sekarang bila memasing dah berumatangga sibuk dah nak jalan-jalan boom macam dulu, Tengok blog Cik Mimie last update Wordless Wednesday tentang kadungan baby.. Tahniah buat Cik Mimie dah jadi mama.

Blog Cik Rose pulak Cik Ash kenal sebab selalu share pasal mini garden rose suka tengok lawa-lawa pokok hasil tanaman Cik Rose teringin nak tanam gak tapi malas nak jaga hahaha sebab tak berani menanam... Selain itu blog Cik Rose ada berkongsi tentang review, beautu,lirik, resipe,travel dan pets.


Blog Cik Epal ini salah satu blog febret yang Cik Ash selalu singgah slient reader tengok resepi hahaha, Cik Ash jadikan Cik Epal idola blog resepi sedang belajar nak menjadi blog share resepi ni kena banyak membaca blog otai kan. Kenal blog Cik Epal daripada zaman muda hingga berkahwin hihihi..


Blog Cik Matahariku pun Cik Ash selalu singgah slient reader usha-usha resepi, dekat blog Cik Matahariku macam-macam ada resepi, selain resepi turut juga berkongsi tentang affiliate dan advertorial.




Blog Cik Nurfarah pun blog yang selalu Cik Ash singgah slient reader gak sebab selalu duk usha tutorial pasal blog  so kalau korang yang masih baru dalam blog nak cuba-cuba edit blog boleh rujuk blog Cik Farah ni sebab banyak tutorial yang di kongsi. Selain tutorial blog Cik Nurfarah juga ada berkongsi tentang review so kalau ada yang nak cantikkan blog Cik Farah kita turut ada servis tempahan blog.


Blog CikTom pun Cik Ash suka skondeng gak secara slient reader hihihi  baca dekat sana dekat blog beliau banyak kongsi tip, review, ideincome, lifestyle, dan resepi.

Ok la itu jer yang Cik Ash nak kongsi dengan  korang semua,  jumpa lagi nanti..  Kalau  sempat taip entri lagi nanti..  Susah tak ada internet ni hahaha..  Guna data boleh sekejap jah gunanya..  Alahai..