Tuesday, June 19, 2018

author photo
Riang Raya Aidilfitri 2018 | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar, baru sempat nak update blog hihihihi.. biasa la sibuk beraya kan. Sebenarnya mood kelaut.



Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat blogger yang mengenali blog Cik Ash daripada blogspot sekarang berdomain sendiri hihihi.. Hadiah domain daripada suami sempena besday Cik Ash bulan januari aritu hihihi..

Raya tahun ni Cik Ash dan suami beraya di kedah lagi, kalau ikut perancangan nak balik raya dekat kelantan, last minute tukar planning disebabkan cuti suami Cik Ash tak banyak. So ganti balik kelantan raya Haji nanti la pulak. Kalau ikut sedih sangat nak beraya dengan family dikelantan ni, tapi nak buat macam ner kan terpaksa la berkorban bila dah berkeluarga ni kan.


Tema raya kami tahun meriah sangat, Hari raya pertama kami suami isteri dan ibu mentua sedondon pakai merah, memang dah lama rancang nak pakai merah pada tahun lepas lagi tapi tak berjaya alhamdulilah tahun ni berjaya misi hahaha, paling best mak mentua Cik Ash raya tahun ni sporting sangat nak bergambar selalu kalau nak bergambar kemain susah nak bergambar. Baju  raya Cik Ash jubah ditempah jahit  kain yang dah lama tersimpan.. Untuk baju suami pulak Cik Ash beli Kurta dan seluar pelikat pant ditempah juga dah lama.


Manakala untuk raya kedua pulak baju jubah Cik Ash suami sponsor beli di dekat jualan lelong dekat kulim aritu. Tu last minute cari nak sedondon dengan suami la sangat, hahaha, yer la suami Cik Ash dapat sponsor daripada Jakel Shah Alam tahun ni, alhamdulilah rezeki suami dapat sepasang baju melayu aaron aziz berserta dengan butang dan sampin. Segak bergaya suami Cik Ash bila pakai baju Aaron Aziz hahaha.

Menu hari raya Cik Ash setiap tahun mesti menu sama, iaitu nasi impit homemade, sambal ikan, kuah kacang. menu febret suami Cik Ash sebab tu setiap kali raya akan buat, tengok suami makan suka sangat hihihi.. Kalau ikut nak buat jer menu lain tapi tak larat dah nak buat banyak hahaha, yang mari beraya pun tak ramai saudara mara suami yang ada dekat kedah jer pun jamu menu tu dah cukup buat mereka. Gambar nasi impit kuah kacang dan sambal terlupa nak snap hihihi..

Ok la korang semua itu jer cerita riang raya Aidilfitri Cik Ash pada tahun 2018 ni. Jumpa lagi di entri yang lain lagi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ya.

This post have 9 komentar

avatar
Ciktie delete June 20, 2018 at 8:15 AM

Raya sakan la cikash tahun ni.. btw selamat hari raya cikash

Reply
avatar
Najah Mustapa delete June 20, 2018 at 5:07 PM

Comelnyaa sedondon. hehehe..
saya dan family tak pernah pakai sedondon. selalunya mix and match je

Reply
avatar
Farhana Jafri delete June 23, 2018 at 10:55 PM

wahhh sedondon merah hijau! Bestnya balik Kedah, tahun ni tak dapat balik beraya dekat kampung. Selamat Hari Raya kak ash :D

Reply
avatar
Shalimar Yusof delete June 24, 2018 at 2:10 PM

Waahh..meriah raya dia..Alhamdulillah.. begitulah bila dah kawen kan..kena de tolak ansur bila perlu...selamat hari raya ekin..

Reply
avatar
Husniey Husain delete June 25, 2018 at 3:12 PM

Lawanya warna hijau tu.. Alah comelnya sedondon ❤️

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post