Wednesday, June 6, 2018

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya | Dettol Malaysia berhasrat mendidik dan melindungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. 

Dettol Raya
Selangor, 24 Mei 2018 - Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini. 

Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan.

Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Sebuah keluarga sedang membasuh tangan di kawasan Rehat & Rawat dengan mengikuti 7 langkah kebersihan tangan sambil dibantu oleh Ena Abas (kiri), Pengurus Jenama Dettol Malaysia & Singapura.

Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tanga secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. 

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman. 
Sebuah keluarga yang sedang berhenti seketika di kawasan Rehat & Rawat (R&R) untuk menyegarkan diri mengambil peluang untuk mencuci tangan mereka.

"Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka," kata Kim Minyoung,Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim,bagi memenuhi hasrat ini,Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan. 
"Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut berkerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada," tambah beliau. 

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura (kiri) bersama dengan kanak-kanak yang menunjukkan tangan mereka yang bersih selepas mencucinya dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol.

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tanan yang bersih membantu menjauhi kuman.
Koleksi produk Dettol

"Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap  untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan."


Body Wash Cool

"Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain,lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,"jelas Ena. 
Body Wash Lasting Fresh
"Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkann Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!" kata Kim.
Hand Wash Fooaming
Sempena bulan Ramdan mulia yangg mulia,Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah "Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi",dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih. 

Hand Wash Original

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. 'Suka' dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut.

4 comments:

  1. Syiera suka guna yg body wash cool. Sejuk dingin

    ReplyDelete
  2. best produk dettol.. mampu membunuh kuman.. lagi lagi kerap berkunjung dan bersalaman sesama sendiri.Perlu mencuci dengan lebih kerap lagi

    ReplyDelete
  3. dulu dok hostel pakai Dettol. suka yang ada methol tu. cool jee rasa..

    ReplyDelete
  4. Saya bawak sanitizer dalam beg, senang nak basuh tangan kalau anak berak :D

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com