Drama Teratai Kemboja | Assalamualaikum... Selamat malam semua, siapa layan drama Teratai Kemboja, Cik Ash baru nak layan drama ni tapi dengar malam ni dah episode akhir la pulak hahaha, nak buat macam ner tak menyempat nak layan drama dekat tv banyak sangat la.
Drama yang mengandingkan Dato Adi Putra, Fasha Sandha dan Elly Mazlein sebagai teraju utama dalam drama ni. Dramani telah disiarkan di Slot Zehra TV3 bermula 13 April 2018 lagi. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaluddin ini dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja lliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Sabhi Saddi dan ramai lagi.
Sinopsis Teratai Kemboja
Teratai Kemboja mengisahkan tentang Fikri dan Hanani yang memilih untuk berkahwin di usia muda. Mereka bernikah sewaktu masing-masing berada di tahun akhir pengajian di universiti. Memandangkan mereka berdua masih muda dan masih belum habis belajar, Hanani tidak mahu mempunyai anak. Dia mengambil pil perancang biarpun Fikri tidak bersetuju dengan keputusannya. Dan akhirnya Fikri mengalah.
Selepas mereka berdua tamat pengajian dan mula bekera, Fikri meminta Hanani untuk berhenti mengambil pil perancang tetapi Hanani tetap meneruskan. Fikri ingin mempunyai anak tetapi Hanani pula ingin fokus pada kerjaya dan mengumpul harta.
Kecewa dengan sikap Hanani, Fikri bertindak membawa diri ke Kemboja.
Di sana dia berkenalan dengan Taufik, seorang imam yang berasal dari
Malaysia. Taufik mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Hidayah.
Taufik mempunyai sejarah tersendiri dan memilih untuk tinggal di Kemboja
bersama anaknya itu.
Fikri mula jatuh cinta pada Nur Hidayah dan membuat keputusan untuk bernikah dengannya tanpa pengetahuan Hanani
Apakah akan terjadi kepada perhubungan Fikri dan Hanani? Akan bahagiakah Fikri dengan Nur Hidayah?
Ok la itu jer Sinopsis drama ni.. esok Cik Ash nak menontonn drama ni la nanti.. hahaha..
Teratai Kemboja mengisahkan tentang Fikri dan Hanani yang memilih untuk berkahwin di usia muda. Mereka bernikah sewaktu masing-masing berada di tahun akhir pengajian di universiti. Memandangkan mereka berdua masih muda dan masih belum habis belajar, Hanani tidak mahu mempunyai anak. Dia mengambil pil perancang biarpun Fikri tidak bersetuju dengan keputusannya. Dan akhirnya Fikri mengalah.
Selepas mereka berdua tamat pengajian dan mula bekera, Fikri meminta Hanani untuk berhenti mengambil pil perancang tetapi Hanani tetap meneruskan. Fikri ingin mempunyai anak tetapi Hanani pula ingin fokus pada kerjaya dan mengumpul harta.
Fikri mula jatuh cinta pada Nur Hidayah dan membuat keputusan untuk bernikah dengannya tanpa pengetahuan Hanani
Apakah akan terjadi kepada perhubungan Fikri dan Hanani? Akan bahagiakah Fikri dengan Nur Hidayah?
Ok la itu jer Sinopsis drama ni.. esok Cik Ash nak menontonn drama ni la nanti.. hahaha..
This post have 3 komentar
ada fasha sandha ni yang rasa nak tengok ni. Drama nur dah nak habis dah boleh la layan drama ni pulak
ReplySuka kalau Fasha berlakon, boleh tengok jugak ni..
ReplyMenarik drama nie.. suka tengok watak elly.. menjadi betul bila dia gila/buat-buat gila..
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon