Drama Pengantin 100 Hari | Assalamualaikum.. Hai korang semua, lamanya tak update blog hahaha, biasa loni mood malas menguasai nak menaip. Sebenarnya ada entri yang nak taip tapi malas kan.
Hari ini terlebih rajin nak sharing drama dalam slot Samarinda yang mengantikan drama NUR iaitu Pengantin 100 Hari. Drama ini merupakan terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd dan diarahkan oleh Amor Rizan. Skrip pulak hasil ciptaan Sharifah Abu Salem. Drama bersiaran setiap hari isnin hingga rabu jam 10.00 malam.
Antara pelakon yang terlibat dalam drama Pengantin 100 Hari ini ialah Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan, Jasmine Suraya, Dato Rahim Razali, Zila Bakarin, Edika Yusof, Faiz Izzat dan Yusri Saleh.
Sinopsis Pengantin 100 Hari
Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya.
Erina yang mahu
merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya
selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia
dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia.
Sofia pula merahsiakan kehamilannya.
Sofia bangkit
demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami
gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan
berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar
selama 100 hari sahaja.
Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak. Apakah kesudahan kisah mereka? Kena tengok la drama ni sampai habis, Cik Ash dah tengok nampak macam best jalan ceritanya tambahan lagi terbitan Rosyam Nor pulak mesti la drama hebat hihihi.. 👉 Baca : Lagu Ost Drama Pengantin 100 Hari
This post have 7 komentar
mcm best jer cerita ni :)
Replyfollow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
aaa... klise. hahahah
Replytgk sekejap je drama ni semalam
Replynampak macam best drama ni sempat tonton 1 episod hii
Replytak pernah tengok pulak hehe
ReplyKonflik yang menarik.. Apa agaknya kesudahan mereka nie..
Replywow.
Replybegitu begini plot nyer.
hmmmmm menarik.
tapi tu la. dah byk episod tertinggal.
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon