Biskut Cornflakes Madu |
Dah buat biskut raya korang semua, Cik Ash baru start buat tu pun buat yang senang suami request tahun ni nak makan cornflakes madu,popia nestum,kuih siput,popia simpul, hahaha, banyak suami nak makan tu, rasa Cik Ash dah lama tak buat semua ni last tahun 2 tahun lepas hihihi..
Semalam Cik Ash buat biskut cornflakes madu jer pun, cara dia pun sangat senang tu buat gak. kena rajin jah satu kalau malas memang tak jadi hihihi.. Resepinya pun senang sangat. Cik Ash guna pemanggang ajaib jer untuk bakar biskut cornflakes.
Resepi Biskut Cornflakes Madu
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
4 cawan Cornflakes
1/4 cup Madu
1/4 cup buttercup
Cara Membuatnya :-
1. Cair buttercup dengan madu bila dah cair masukkan la cornflakes tu kacau hingga sebati semua.
2. Masukkan cornflakes dalam papercup lepas tu bakar la dalam pemanggang ajaib dalam 10 minit gitu-gitu..
3. Sejukkan lepas tu simpan la dalam bekas tutup kemas-kemas.
Ok itu cara Cik Ash buat biskut cornflakes madu, nampak senang sangat resepi kan.. hahahaha.. cara Cik Ash memang mudah sangat sebab nak cepat buat kan. Selamat memcuba resepi daripada #dapurcikash.
Kuih raya yang senang nk buat kan kak.. Sedap ni makan.. Budak2 memang suka cornflakes ni. Hari raya lak kuih siput la zaza nak mencari haha
ReplyDeleteSedap, cepat, nyaman!
ReplyDeletewah rajinnyaaa...
ReplyDeletenice.. boleh share dkt isteri ni..
ReplyDeletepos sini etek..:)
ReplyDeleteKita tak buat pun biskut atau kuih raya..kita beli je..hehehe..ada anak kecik ni susah nak buat. Teringin juga nak buat, suka tengok orang buat..nanti la bjla anak dah besar..kita buat sama2
ReplyDeletemcm nak buat.
ReplyDeletetapi malas.
mcm nak buat.
tapi malas :) ha ha ha ha