Wednesday, June 27, 2018

Drama Pengantin 100 Hari

Drama Pengantin 100 Hari | Assalamualaikum.. Hai korang semua, lamanya tak update blog hahaha, biasa loni mood malas menguasai nak menaip. Sebenarnya ada entri yang nak taip tapi malas kan.

Hari ini terlebih rajin nak sharing drama dalam slot Samarinda yang mengantikan drama NUR iaitu Pengantin 100 Hari. Drama ini merupakan terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd dan diarahkan oleh Amor Rizan. Skrip pulak hasil ciptaan Sharifah Abu Salem. Drama bersiaran setiap hari isnin hingga rabu jam 10.00 malam.

Pengantin%2B100%2BHari

Antara pelakon yang terlibat dalam drama Pengantin 100 Hari ini ialah Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan, Jasmine Suraya, Dato Rahim Razali, Zila Bakarin, Edika Yusof, Faiz Izzat dan Yusri Saleh. 

Sinopsis Pengantin 100 Hari 
Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. 

Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya.

Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja.
Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak. Apakah kesudahan kisah mereka? Kena tengok la drama ni sampai habis, Cik Ash dah tengok nampak macam best jalan ceritanya tambahan lagi terbitan Rosyam Nor pulak mesti la drama hebat hihihi.. 

Tuesday, June 26, 2018

Jana Pendapatan Dengan Menjawab Survey Dengan Vase

Jana Pendapatan Dengan Menjawab Survey Dengan Vase | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.. Slow-slow kembali update blog hihihi...

vase jawab survey

Hari ini Cik Ash nak sharing satu lagi cara nak jana pendapatan dengan jawab survey online. Mula-mula risau gak nak join apabila Cik Ash baca ada ramai kata ok sangat. So Cik Ash regsiter dan selalu dapat survey dekat email laju-laju join hihihi.. Survey yang kita jawab tu akan dapat RM0.20. Nampak sikit jer kan try korang kumpul-kumpul mesti jadi banyak kan.





Apa yang best dengan vase ni setiap 7 hari berkerja duit tu akan masuk dalam account kita taw. Cik Ash punya dah 3 kali masuk dalam bank hihihi.. suka sangat boleh la dapat sikit-sikit kan.

So kepada yang ingin join jawab survey vase ni boleh la daftar dekat SINI, daftar percuma jer pun.Selain jawab survey ni Cik Ash banyak join jawab survey nak baca boleh rujuk dekat entri Jana Pendapatan Dengan Kaji Selidik Gloviss , Jana Pendapatan Secara Online Jawab Kaji Selidik.

Ok la korang itu saja yang Cik Ash nak sharing dengan korang semua.. Jumpa lagi kalau ada kerajinan nak update blog ya.. hahhaha.. 

Saturday, June 23, 2018

Lagu Ost Drama Monalisa

Lagu Ost Drama Monalisa | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar, sory ya hari ini Cik Ash ada mood  nak update blog ni lepas raya mood kelaut hihihi..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0j0lfc4-z1BXMQgocnAe9kaYMPNXohcR8D-B1Eomhn_qe_s_NlahyphenhyphenA9rivDqUAR2O3MjdsoHl7TzN9ygp_UOrkSa_-yG_OfvzmxwreJ_8SdVJ47U3tLTgxtkWiXYTl6_7BamBPXZxlfEV/s1600/Drama+Monalisa.jpg


Sebenarnya Cik Ash update ni share lagu yang terdapat dalam drama Monalisa yang dah lama main dekat astro prima Slot Tiara lagi pulak tinggal dalam 12 episode lagi akan tamat hihihi.. 

Cik Ash sharing ni sebab ada yang selalu search keyword cari lagu dalam drama Monalisa tu, lagi pulak lagu dalam drama monalisa ni best-best gak antaranya seperti di bawah ni. 

Lagu Tema 


Tajuk Lagu : Esok Masih Ada 
Artis : Hannah Delisha 
Lirik : Frozen
Komposer : Akir Hyper Act




Tajuk Lagu : Di Sini 
Artis : Idayu 

Itu jer lagu yang terdapat dalam drama #monalisa ni so jom la kita layan lagu-lagu dalam drama ni. Cik Ash suka dengar lagu kedua-dua ni memang best hihihi.. lagi satu Cik Ash peminat tegar drama ni hahaha...

#dramabersiri
#dramatelenovela
#monalisa

Tuesday, June 19, 2018

Riang Raya Aidilfitri 2018

Riang Raya Aidilfitri 2018 | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar, baru sempat nak update blog hihihihi.. biasa la sibuk beraya kan. Sebenarnya mood kelaut.



Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat blogger yang mengenali blog Cik Ash daripada blogspot sekarang berdomain sendiri hihihi.. Hadiah domain daripada suami sempena besday Cik Ash bulan januari aritu hihihi..

Raya tahun ni Cik Ash dan suami beraya di kedah lagi, kalau ikut perancangan nak balik raya dekat kelantan, last minute tukar planning disebabkan cuti suami Cik Ash tak banyak. So ganti balik kelantan raya Haji nanti la pulak. Kalau ikut sedih sangat nak beraya dengan family dikelantan ni, tapi nak buat macam ner kan terpaksa la berkorban bila dah berkeluarga ni kan.


Tema raya kami tahun meriah sangat, Hari raya pertama kami suami isteri dan ibu mentua sedondon pakai merah, memang dah lama rancang nak pakai merah pada tahun lepas lagi tapi tak berjaya alhamdulilah tahun ni berjaya misi hahaha, paling best mak mentua Cik Ash raya tahun ni sporting sangat nak bergambar selalu kalau nak bergambar kemain susah nak bergambar. Baju  raya Cik Ash jubah ditempah jahit  kain yang dah lama tersimpan.. Untuk baju suami pulak Cik Ash beli Kurta dan seluar pelikat pant ditempah juga dah lama.


Manakala untuk raya kedua pulak baju jubah Cik Ash suami sponsor beli di dekat jualan lelong dekat kulim aritu. Tu last minute cari nak sedondon dengan suami la sangat, hahaha, yer la suami Cik Ash dapat sponsor daripada Jakel Shah Alam tahun ni, alhamdulilah rezeki suami dapat sepasang baju melayu aaron aziz berserta dengan butang dan sampin. Segak bergaya suami Cik Ash bila pakai baju Aaron Aziz hahaha.

Menu hari raya Cik Ash setiap tahun mesti menu sama, iaitu nasi impit homemade, sambal ikan, kuah kacang. menu febret suami Cik Ash sebab tu setiap kali raya akan buat, tengok suami makan suka sangat hihihi.. Kalau ikut nak buat jer menu lain tapi tak larat dah nak buat banyak hahaha, yang mari beraya pun tak ramai saudara mara suami yang ada dekat kedah jer pun jamu menu tu dah cukup buat mereka. Gambar nasi impit kuah kacang dan sambal terlupa nak snap hihihi..

Ok la korang semua itu jer cerita riang raya Aidilfitri Cik Ash pada tahun 2018 ni. Jumpa lagi di entri yang lain lagi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ya.

Monday, June 18, 2018

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM


Assalamualaikum... Selamat Hari Raya buat rakan blogger yang mengenali Cik Ash. Baru sempat nak update blog raya-raya ni.. ni pun join giveaway jer mampu. Nak menaip entri panjang masih mood kelaut hahahha..


Kalau nak join giveaway klik banner di atas ya, tarikh tutup pada 26 Jun 2018 ni.. Good luck kepada yang join giveaway ini.

Wednesday, June 13, 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka |Suami Cik Ash memang peminat produk daripada DASHING selalu dia duk guna minyak wangi dan deodorant. Terkejut dan tak sangka sangat DASHING kini dah kembali dengan produk baru iaitu Mandian DASHING 2 In 1 Muka & Badan sebagai pelengkap mandian buat si jejaka. Untuk peminat setia jenama DASHING ni mesti tak sabar nak taw produk apa yang Cik Ash maksudkan. Sebelum Cik Ash bagitaw jom kita tengok apa yang best tentang produk ni...






Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmati kehidupan sepenuhnya termasuk rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. 

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang pejagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah  dan badan pada malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk. 

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Bada. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu,mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 

 
DASHING 2 in 1 Muka & Badan


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi, Cool,Active,Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.  

COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabugan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campura Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougere dengan Citrus, Lavender Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. 

ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk

HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber. 

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar. 

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotaran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.



Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.

Monday, June 11, 2018

Iklan Raya 2018

Iklan Raya 2018 | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar semua, selamat pagi hunjung-hunjung ramadan ni Cik Ash agak busy la sikit nak buat persiapan raya ni. sory la kalau blog terabai sikit.

Untuk tahun 2018 Cik Ash tengok banyak iklan raya atau filem pendek bersempena dengan Hari Raya yang telah dikeluarkan ataupun dimuat naik di youtube. Antara yang menarik minat Cik Ash untuk beberapa kali filem pendek Raya 2018 dari Era FM, Hot Fm, TNB, Watsons, Pasaraya Hari-Hari, Habib Jewel, Sun Life, KFC, Celcom, Petronas dan banyak lagi yang Cik Ash jumpa. Macam-macam iklan yang dapat  kita boleh tengok dekat youtube. 

Antara yang iklan Raya yang menjadi pilihan terbaik buat Cik Ash ialah boleh tengok video dekat bawah ini :-

1. #MisiIkhlasAidilfitri - Watsons Raya



2. Misi Riuh Raya - Petronas Hari Raya 2018



3. Iklan Raya KFC 2018 - Dendam Adam


4. Iklan Raya Lazada - Buah Hati




5. Iklan Raya FMC 2018 - Harapan Syawal



6. Iklan Raya Sun Life Malaysia 2018 - Misi Rescue Raya



7. Filem Pendek Raya 2018 -  Telekung Siti Khadijah



8. Iklan Raya TM 2018 - #MakLongBawang



9. Filem Pendek Raya HOT FM - Mama Angah?



10 . #RiangRayaTuneTalk - Raya Bersama Mak Ngah Lipstik - TuneTalk



Kalau ikut banyak lagi iklan raya yang Cik Ash nak kongsi dekat youtube tu macam-macam iklan ada. ni antara yang best la bagi Cik Ash hihihi... Mungkin korang ada nampak iklan raya yang lebih best lagi ke jom la kongsi dengan Cik Ash ni.

Ok la korang semua itu jer yang Cik Ash nak kongsi dengan korang semua Iklan Raya 2018 yang best untuk di tonton. Selamat menonton ya. Jumpa lagi nanti kalau rajin Cik Ash update blog ya. 

Saturday, June 9, 2018

Rezeki Ramadan Menang Hadiah Giveaway

Rezeki Ramadan Menang Hadiah Giveaway | Assalamualaikum... Hai korang semua selamat malam,baru sempat nak update blog hahaha, biasa la bila bulan puasa malas nak buka blog. 




Malam terlebih rajin nak update nak bagitaw rezeki Cik Ash di bulan ramadan ni menang Giveaway lagi, sebelum ni dah menang giveaway yang dianjurkan oleh Cikgu Norazimah dapat voucher RM30 hadiah tu Cik Ash telah hadiahkan dekat rakan blogger yang bertuah alhamdulilah niat untuk bersedekah bagi dekat anak-anak kakak tu pakai baju dipermudahkan amin. 


Baju

Tengok baju ni memang lawa, so sesiapa yang nak shopping baju macam ni boleh la usha website https://doudou.my/ ya macam-macam ada baju kanak-kanak dekat sana.

Selain dapat voucher rezeki Cik Ash hari jumaat pulak menang giveaway di blog Zarini terkejut sangat bila tengok video tu no bertuah 17 untuk dapat hadiah mini giveaway bernilai wang tunai RM50. Alhamdulilah rezeki ramadan buat Cik Ash.






Tahun ni banyak rezeki yang Cik Ash dapat sampai suami pun kena tempias gak hihihi, nak taw tak tahun ni suami Cik Ash dapat Sponsor daripada JAKEL dapat baju melayu berserta butang dan sampin tenun.. sakan la suami Cik Ash beraya tahun ni hihihi.. Warna baju suami Cik Ash tunggu nanti Cik Ash update dekat facebook dan instagram ya.


Baju Melayu Aaron Aziz

Ok la semua itu jer Cik Ash nak kongsi dengan anda semua, taip-taip entri daripada tadi ni baru post hahaha, biasa la ada jer benda yang perlu nak buat ada jer.. Cik Ash undur diri dulu nak tidur dah esok nak bangun sahur pulak.. hihihi..

Friday, June 8, 2018

Drama Teratai Kemboja

Drama Teratai Kemboja | Assalamualaikum... Selamat malam semua, siapa layan drama Teratai Kemboja, Cik Ash baru nak layan drama ni tapi dengar  malam ni dah episode akhir la pulak hahaha, nak buat macam ner tak menyempat nak layan drama dekat tv banyak sangat la.

Teratai%2BKemboja
Drama yang mengandingkan Dato Adi Putra, Fasha Sandha dan Elly Mazlein sebagai teraju utama dalam drama ni. Dramani telah disiarkan di Slot Zehra TV3 bermula 13 April 2018 lagi. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaluddin ini dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd.  Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja lliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Sabhi Saddi dan ramai lagi.

Sinopsis Teratai Kemboja
Teratai Kemboja mengisahkan tentang Fikri dan Hanani yang memilih untuk berkahwin di usia muda. Mereka bernikah sewaktu masing-masing berada di tahun akhir pengajian di universiti. Memandangkan mereka berdua masih muda dan masih belum habis belajar, Hanani tidak mahu mempunyai anak. Dia mengambil pil perancang biarpun Fikri tidak bersetuju dengan keputusannya. Dan akhirnya Fikri mengalah.

Selepas mereka berdua tamat pengajian dan mula bekera, Fikri meminta Hanani untuk berhenti mengambil pil perancang tetapi Hanani tetap meneruskan. Fikri ingin mempunyai anak tetapi Hanani pula ingin fokus pada kerjaya dan mengumpul harta.

Kecewa dengan sikap Hanani, Fikri bertindak membawa diri ke Kemboja. Di sana dia berkenalan dengan Taufik, seorang imam yang berasal dari Malaysia. Taufik mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Hidayah. Taufik mempunyai sejarah tersendiri dan memilih untuk tinggal di Kemboja bersama anaknya itu.

Fikri mula jatuh cinta pada Nur Hidayah dan membuat keputusan untuk bernikah dengannya tanpa pengetahuan Hanani
Apakah akan terjadi kepada perhubungan Fikri dan Hanani? Akan bahagiakah Fikri dengan Nur Hidayah?

Ok la itu jer Sinopsis drama ni.. esok Cik Ash nak menontonn drama ni la nanti.. hahaha.. 

Thursday, June 7, 2018

First Time Buat Serunding Ikan Bilis

First Time Buat Serunding Ikan Bilis | Assalamualaikum... Hai korang semua tak lama lagi dah nak raya mesti rakan-rakan blogger perempuan dah kalut menyiapkan biskut-bikskut raya kan.


Cik Ash salah seorang daripada mereka... hahaha, tahun ni terasa nak makan kuih raya tu yang terlebih rajin buat popia nestum reben,popia simpul, cornflakes madu, dan ada lagi dalam proses hahaha.

Kalau tak silap Cik Ash last buat biskut masa first time beraya sebagai wife hahaha.. lama sangat Cik Ash tak buat tu, tahun terlebih rajin rasa nak makan biskut raya buat sendiri pulak kalau beli rasa macam tak puas makan la pulak.

Eh terlebih-lebih pulak Cik Ash bercerita pasal biskut raya ni, sebenarnya nak bagitaw korang semua kemalrin pertama kali Cik Ash cuba buat serunding ikan bilis untuk dijadikan inti popia simpul. Alhamdulilah percubaan pertama Cik Ash berjaya.

Resepi untuk membuat serunding ni Cik Ash jumpa dekat facebook sebelum ni ada yang share Cik Ash ikut melalui situ alhamdulilah berjaya buat. Kalau tahun depan diberikan kesihatan boleh buat lagi nanti. Amin.

Resepi Serunding Ikan Bilis
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
1 mangkuk ikan bilis
(yang jenis kopek ye.. jangan guna yang seekor tu sebab ada taik..nanti tak sedap)
12 tangkai cili kering ( rebus dulu) *
1 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
5 batang serai *
sedikit halia *
1/2 cawan air *
1/2 cawan santan pekat ( saya guna santan kotak)*
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
1 sudu kfc garam

(bahan bertanda * dikisar)

Cara membuatnya :-
1. Cuci ikan bilis dan rebus hingga mendidih,lepas tu toskan dan kisar guna blender kering.
2.Masukkan bahan-bahan lain dalam blender,bawang putih,bawang besar,serai,halia,cili kering, santan dan air.
3. Panaskan minyak dalam kuali, lepas tu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi , kacau selama 5 minit. Lepas tu masukkan gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yang telah diblender tadi kacau sehingga kering.. agak lama jugak nak tunggu kering lebih kurang 40-45 minit..

Ok la itu jer cara yang Cik Ash tengok dekat resepi yang dikongsikan dekat facebook aritu. Selamat memcuba resepi ini juga ya.

Wednesday, June 6, 2018

Popia Nestum Reben

Popia Nestum Reben | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar selamat malam... harap korang semua sihat walafiat ya.


Malam ni terlebih rajin update nak sharing dengan korang semua Cik Ash ada buat popia nestum reben hahaha, saja-saja nak memcuba benda baru try la buat, alahai senang sangat nak buat, selalunya kalau popia simpul ni gulung-gulung lepas tu gunting.

Macam-macam la tengok orang buat kita nak cuba hahahha.. Popia nestum Cik Ash guna nestum perisa madu sebab yang original habis stock la pulak.


Resepi Popia Nestum Reben
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
1 bungkus popia
1 cawan nestum - dikisar halus
1/2 cawan gula - dikisar halus

Cara membuatnya :-
1. Kerat potongan kulit popia untuk buat reben. Cik Ash main agak-agak jer kerat tu,tutup bekas berisi kulit dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan.
2.Bentukkan kulit popia dengan reben seperti dalam gambar
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, Lepas tu angkat dan toskan minyak.
4. Apabila sudah sejuk , taburkan la nestum,gula yang dikisar di atas kulit popia hingga bersalut semuanya.
5. Bila popia dan bersalut semua, simpan dalam bekas kedap udara.

Ok la korang itu jer yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua buat popia nestum reben hihihi.. selamat mencuba ya. jumpa lagi dientri yang lain nanti.

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya | Dettol Malaysia berhasrat mendidik dan melindungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. 

Dettol Raya
Selangor, 24 Mei 2018 - Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini. 

Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan.

Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Sebuah keluarga sedang membasuh tangan di kawasan Rehat & Rawat dengan mengikuti 7 langkah kebersihan tangan sambil dibantu oleh Ena Abas (kiri), Pengurus Jenama Dettol Malaysia & Singapura.

Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tanga secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. 

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman. 
Sebuah keluarga yang sedang berhenti seketika di kawasan Rehat & Rawat (R&R) untuk menyegarkan diri mengambil peluang untuk mencuci tangan mereka.

"Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka," kata Kim Minyoung,Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim,bagi memenuhi hasrat ini,Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan. 
"Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut berkerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada," tambah beliau. 

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura (kiri) bersama dengan kanak-kanak yang menunjukkan tangan mereka yang bersih selepas mencucinya dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol.

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tanan yang bersih membantu menjauhi kuman.
Koleksi produk Dettol

"Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap  untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan."


Body Wash Cool

"Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain,lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,"jelas Ena. 
Body Wash Lasting Fresh
"Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkann Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!" kata Kim.
Hand Wash Fooaming
Sempena bulan Ramdan mulia yangg mulia,Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah "Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi",dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih. 

Hand Wash Original

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. 'Suka' dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut.

Monday, June 4, 2018

Biskut Cornflakes Madu

Biskut Cornflakes Madu | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat ya. Sekejap dah kita berpuasa tahun ni kan..

Biskut Cornflakes Madu

Dah buat biskut raya korang semua, Cik Ash baru start buat tu pun buat yang senang suami request tahun ni nak makan cornflakes madu,popia nestum,kuih siput,popia simpul, hahaha, banyak suami nak makan tu, rasa Cik Ash dah lama tak buat semua ni last tahun 2 tahun lepas hihihi..

Semalam Cik Ash buat biskut cornflakes madu jer pun, cara dia pun sangat senang tu buat gak. kena rajin jah satu kalau malas memang tak jadi hihihi.. Resepinya pun senang sangat. Cik Ash guna pemanggang ajaib jer untuk bakar biskut cornflakes.

Resepi Biskut Cornflakes Madu
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan
4 cawan Cornflakes
1/4 cup Madu
1/4 cup buttercup


Cara Membuatnya :-
1. Cair buttercup dengan madu bila dah cair masukkan la cornflakes tu kacau hingga sebati semua.
2. Masukkan cornflakes dalam papercup lepas tu bakar la dalam pemanggang ajaib dalam 10 minit gitu-gitu..
3. Sejukkan lepas tu simpan la dalam bekas tutup kemas-kemas.

Ok itu cara Cik Ash buat biskut cornflakes madu, nampak senang sangat resepi kan.. hahahaha.. cara Cik Ash memang mudah sangat sebab nak cepat buat kan. Selamat memcuba resepi daripada #dapurcikash.

Drama Andainya Takdir 2 Slot Samarinda

Drama Andainya Takdir 2 | Assalamualaikum...Hai korang semua selamat petang, sempat lagi update waktu ni hahaha. dah siap masak so Cik Ash ambik peluang buka blog sat. 


Ada yang masih dengan dengan drama Andainya Takdir sebelum ni yang lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar. Cik Ash nak bagitaw dengan korang Drama ni akan ada sambungan untuk bahagian kedua pulak ya. 

Tak sabar nak tengok sambungan drama ni. Drama ni akan menemui penonton mulai 13 Jun 2018 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam. Antara penampilan baharu dalam drama ni ialah Mas Khan, Syazuwan Hassan, Farahdhiya dan ramai lagi. Drama bersiri ini diarahkan oleh Eoon Suhaini, merupakan terbitan A.Aida Production. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash update blog nak bagitaw pasal drama ni jer, lepas ni melekat pulak depan tv hahaha, harap boleh layan sampai habis depan tv. Cik Ash tv jarang sangat nak tengok banyak benda nak buat dekat rumah ni tambah-tambah pulak puasa malam baru bertenaga nak buat kerja siang jadi malas hihihi.. Jumpa lagi nanti entri yang lain pulak ya. 

Entri Terbaik Mei 2018

Entri Terbaik Mei 2018 | Assalamualaikum, Hai korang semua, apa khabar harap semuanya sihat hendaknya. Hari ini baru buka blog, biasa la sekarang jarang sangat nak buka laptop ni entah jadi malas gitu... Cik Ash nak kongsikan dengan anda semua entri terbaik di blog Cik Ash ni... 

Dah masuk bulan jun kita tak lama dah nak raya, mood nak menulis blog kelaut la, memang bulan puasa Cik Ash tak sempat nak update blog jarang nak buka laptop loni, biasa la puasa kan hihihi, terlelap sokmo hahaha. Kesemua yang tersenarai di bawah ini adalah entri yang terbaik sepanjang Mei aritu... so korang nak tengok entri apakah yang terbaik sepanjang bulan Mei 2018 aritu jom baca dekat bawah ini. 

1. Biodata Fendy Bakry Pelakon Drama Mr.Grey - Memang berhantu la pelakon Fendy gara-gara drama Mr.grey pageviews biodata dia tinggi sangat dekat bulan mei aritu.

2.Lagu Ost Drama MR.grey - Ost lagu drama Mr.Grey ni carian paling tinggi dekat blog mececah 7k pageviews aritu.. memang trending drama cukup popular.

3.Lagu Ost Drama Tak Ada Cinta Sepertimu - Drama ini kalau ikut dah lama habis dekat tv ada lagi tempias orang search lagu. lagu dalam drama best-best didengar taw. Sebab tu ramai lagi yang mencari. 

4. Wonderful March Giveaway By Raydah - Giveaway ini memang popular sangat sampai ramai search ni. hihihi.. rasa dah lama giveaway ni. 

5. Sabun Anggun Pesona JSD - Sabun ni Cik Ash menang contest dapat la 2 kali dapat yang sama, bila guna sabun ni best kawasan gelap dekat lipatan dah berkurang taw. 

6. Drama Cinta Fatamorgana Slot Akasia Tv3 - Drama ni pun kena tempias juga dekat blog trending jugak. Best drama ni tapi Cik Ash terlupa nak tengok episode akhir hahaha.. 

7.Drama Mr.Grey Megadrama Di Astro Ria - Yang ni sinopsis drama Mr.Grey saja-saja sharing dekat blog mesti ada yang nak taw kan.

8. biodata-eyra-hazali-pelakon-drama-mrgrey - Ni pulak biodata heroin mr.grey dapat sambutan gak pelakon heroin pelakon kanak-kanak suatu ketika dahulu sekarang dah besar dah. Terasa tua pulak Cik Ash ni hahaha...

9.7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 - Entri ni pulak Cik Ash tulis ada join satu group tukar-tukar komen. Pada April kena tulis entri pasal blogger Lifestyle dekat blog tanda support mereka semua. 

10. Resepi Telur Dadar Pucuk Ketereh - Cik Ash kan suka memcuba buat olah resepi hahaha.. pertama kali buat telur dadar letak pucuk tere, sedap sangat rasa lemak masin gitu taw. 

Ok la korang semua itu jer antara-antara 10 entri terbaik di blog Cik Ash untuk bulan Mei 2018 aritu.Selamat membaca entri terbaik Cik Ash ni ya. Jumpa lagi di entri yang lain pulak.

Sunday, June 3, 2018

Resepi Kerabu Ayam Tomato

Resepi Kerabu Ayam Tomato | Assalamualaikum... Hai korang semua hari ni Cik Ash nak sharing sesuatu dengan korang semua la, kiranya ini pertama kali memcuba buat kerabu ayam tomato ni, selalu duk buat kerabu letak santan tu. Kita ubah selera buat style macam ni pulak. 
Kerabu Ayam Tomato
Pertama memcuba buat memang power kerabu ayam tomato ibu mentua dan suami Cik Ash puji kata sedap sangat, yang paling Cik Ash suka tengok ibu mentua lalu makan bila ada kerabu ayam tomato ni. 

Makan pulak dengan ikan ketuka bakal sambal pula memang terbaik menu berbuka puasa kemalrin dulu.. hihihi.. Nak buat kerabu ayam tomato pun cukup senang sangat buat, resepinya Cik Ash ada ternampak dekat facebook aritu ada orang share salin resepi dekat kertas tak ingat nama apa facebook dia. hahaha.. Jom tengok resepi dekat bawah ini. 

Resepi Kerabu Ayam Tomato 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
Isi Ayam
1 biji bawang besar 
2 biji tomato 
3 biji cili padi
Air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
2 biji air perahan limau nipis 

Cara Membuatnya :- 
1. Isi Ayam direbus dan di racik-racik halus. 
2. Perah Air limau kasturi ke dalam isi ayam tadi. 
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Gaul hingga sebati kesemua kerabu.
5. Boleh dihidang dengan nasi panas. 

Ok la itu cara yang Cik Ash buat Kerabu Ayam Tomato sangat simple dan senang, guna jer bahan yang ada dekat dapur. hihihi.. Nak tengok resepi kerabu yang pernah Cik Ash buat sebelum ni boleh baca dekat entri Resepi Pucuk Tere Ataupun GajusResepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Tere , Kerabu Pauh a.k.a Buah Mangga, Resepi Kerabu Belimbing Buluh, Jumpa lagi di entri yang lain nanti.