Tomyam Putih Claypot | Assalamualaikum..Hai korang semua, alhamdulilah selesai berbuka hari ini..malam ni Cik Ash nak sharing dengan korang semua pasal Tomyam Putih guna claypot tu. Secara spontan nak buat tekak teringin la kut kurang sihat sikit hihihi..
Tomyam Putih Claypot |
Tomyam putih yang Cik Ash buat hanya campak-campak ke dalam claypot tu, letak semua bahan masak atas dapur bagi mendidih siap terus. Tadi selepas berbuka Cik Ash try la rasa ada kekurang tak tomyam putih ada kekurangan sikit rasa tawar hahaha biasa la buat bulan puasa kan.
👉Baca : Koleksi Resepi DapurCikAsh
Mesti korang tak sabar dah tengok resepi Tomyam Putih Claypot kan, resepinya Cik Ash guna bahan-bahan yang ada dekat rumah ni, letak jer apa yang ada janji sedap dimakan tak gitu.. hihihi..yang penting Cik Ash tak payah risau dah sekarang kalau tak ada asam limau gantikan dengan LIME knorr jer senang dan memudahkan kerja di #dapurcikash.
Resepi Tomyam Putih Claypot
Oleh : Cik Ash
Tulang Ayam
1 biji Bawang Besar
2 ula Bawang putih
1 inci Lengkuas
1 batang Serai
2 biji Cili padi
1/2 batang Carrot
Kubis Cina
1 batang Saderi
2 sudu kfc Serbuk maggi
2 sudu kfc Serbuk Stock Ayam
2 sudu kfc Garam
2 sudu kfc Serbuk LIME knorr
Cara Membuatnya :-
1. Rebus tulang ayam bagi empuk dan masak.
2. Masukkan semua bahan dalam claypot. Tutup tudung claypot biarkan ianya mendidih.
3. Apabila tomyam putih dah mendidih boleh tambah serbuk maggi,serbuk stock ayam, garam dan serbuk LIME knorr tu.
4. Biarkan mendidih dan sayur masak sekata.
5. Siap boleh dihidangkan dengan nasi yang panas.
Itu jer resepi Cik Ash buat nak buat macam ner kesihatan tak baik sikit hihihi panas dalam kut kurang air kan bulan puasa ni. ok la korang jumpa lagi nanti di entri yang lain.
This post have 3 komentar
Banyaknya minun air kosong ye cikash
ReplyLZ lebih suka tom yam putih camni Cik Ash berbanding tom yam biasa.
ReplyBoleh cuba sebab resei mudah, bahan-bahan pun tak susah dapat.
Thanks for sharing.
Akak kalau buat tomyam putih suka guna perut(babat) dan kaki ayam :)
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon