KWSP suri rumah: 2% dari gaji suami, RM50 dana kerajaan | Assalamualaikum... Hai korang semua, selamat petang ya. Cik Ash nak sharing kepada yang bergelar surirumah macam Cik Ash ni ada berita baik ya.. Kerajaan akan buat caruman KWSP untuk surirumah la.. Lama dah tabung KWSP sepi daripada masuk hahaha... rasa dekat 6 tahun dah Cik Ash tak kerja.. hahaha..Alhamdulilah kalau ada rezeki dapat syukur alhamdulilah. Jom tengok petikan penuh daripada bernama di bawah ni.
PUTRAJAYA – Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
PUTRAJAYA – Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Wanita
dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu
depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.
Beliau berkata antara perkara yang perlu
dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk
suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.
“Kita juga kena fikir caruman untuk
isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang
media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan
Keluarga di sini hari ini.
Dr. Wan Azizah berkata caruman KWSP
untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam
masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100
hari Pakatan Harapan.
Dr. Wan Azizah tiba di kementerian itu
pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk
Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu. Beliau kemudiannya
mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat
beliau di Aras 38.
Di pejabat menteri, beliau menerima nota
serah tugas daripada bekas menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim
sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.
Dalam sidang media itu, Dr. Wan Azizah
berkata beliau berkeyakinan warga kerja kementerian itu akan memberikan
kerjasama yang baik untuk membantunya melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.
“Saya rasa kami akan menjadi satu pasukan yang baik,” katanya.
– BERNAMA
1 komentar:
Alhamdulillah, surirumah tangga dah ada caruman dah
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon