Tuesday, May 1, 2018

author photo
DASHING SPORT – Eau De Toilette Khas Buat Lelaki Aktif | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Terkejut bila dapatan kejutan daripada Gdex dapat hadiah yang sangat sesuai untuk suami hahaha, tersenyum-senyum la suami Cik Ash tunjuk hadiah 2 set wangian Dashing yang sesuai untuk lelaki yang aktif. Kebetulan sangat suami sedang usha produk yang untuk dia yang kerja dalam keadaan lasak kan.


dashing



DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. 

 
Set Dashing Sport

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.


Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 


DASHING Sport Deodoran Golden Boot


DASHING Sport Deodoran Hitman


Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.  


Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.


Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.



DASHING Sport Eau De Toilette Golden Boot


DASHING Sport Eau De Toilette Hitman


DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.


Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Sport Eau De Toilette Golden Boot


DASHING Sport Eau De Toilette Hitman


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.




Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml

Untuk maklumat lajut, sila layari :- 




This post have 12 komentar

avatar
Asyiqin delete May 1, 2018 at 10:58 AM

menarik, boleh hadiahkan untuk suami nanti

Reply
avatar
Wani SK delete May 1, 2018 at 11:07 AM

wah untunglah orang sebelah hiii.. dapat set perfume lengkap ..

Reply
avatar
MisDiarios delete May 1, 2018 at 11:46 AM

best jename ni..tp packaging dia punya kaler mcm kurengg sikit

Reply
avatar
Zafirah Kama delete May 1, 2018 at 1:23 PM

makin wangi lah cik abang Kak Ekin pas ni....

Reply
avatar
Husniey Husain delete May 1, 2018 at 2:22 PM

Husniey suka bau deodorant dan perfume lelaki, best bau dia... Dashing ni memang berbaloi harga pun berpatutan sangat

Reply
avatar
Fatin Diana delete May 1, 2018 at 7:26 PM

biasanya abah FD pakai Dashing ni. wangi jugak la bau laki. tp yg ni tak try lagi

Reply
avatar
Zaza Iman delete May 1, 2018 at 8:42 PM

Produk dashing memang zaza suka sgt bau dia.. Yg baru mcm pic akk share ni tak pnh lagi try..

Reply
avatar
Sally Samsaiman delete May 1, 2018 at 10:40 PM

Sally suka Golden Boot tuuu...siap sorok yg hijau dr abang Sally...hahaha

Reply
avatar
iuzira delete May 2, 2018 at 1:48 AM

Dashing ni ramai yg suka, terutama lelaki sebb bau sedap

Reply
avatar
Lea Azleeya delete May 7, 2018 at 9:57 PM

Best bau dahsing baru ni kan..

Reply
avatar
Farrah MF delete August 6, 2018 at 9:46 PM

Suk set ni. Bau dia fuhhhh wangiiiii!

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post