Chefmanship Akademi mendidik pengendali makanan dengan
pengurusan sisa dan lebihan makanan sebelum bulan berbuka puasa |Unilever Food Solutions bekerjasama dengan MBKT sejajar
dengan rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan
anggaran 8,000 tan sehari di Malaysia
CA menekan pada keusahawan bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang lebih baik.
Matlamat utama yang ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.
Nusrat berkata bahawa
berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap
hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran
adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir menterjemah kepada
hampir 1.1 juta tan setahun.
Sejak CA dilancarkan pada
tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh
Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya
bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.
Nusrat berkata,
“Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama
seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang,
kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.
“Kami amat gembira bahawa
CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan
daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.
Ini akan meningkatkan
kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan
membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan
maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan
pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan
teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.
“Dengan mengadakan
Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak
terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam
memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan
keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi
kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar
Ramadhan,” Nusrat kata.
Nusrat berkata, “Penggunaan
peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan sahaja
menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi serta
menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan
yang lebih baik.
“Laman web UFS akan
menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan
atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef
tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef
sahaja,” Nusrat kata.
Nusrat berkata bahawa laman
web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com. my.
good one. i agreed
ReplyDelete