Thursday, May 10, 2018

Antara Menu Untuk Bulan Puasa

Antara Menu Untuk Bulan Puasa | Assalamualaikum... Dah lama kita nak berpuasa ni mesti ramai dah pening nak masak apa nanti bulan puasa kan.. Di bawah adalah antara menu yang boleh dijadi waktu berbuka atau waktu bersahur. 

Antara resepi-resepi yang Cik Ash pernah buat sesuai jugak nak dijadikan menu untuk berbuka dan bersahur nanti...Semua ada dalam blog Cik Ash ni.. Jom usha resepi apakah yang menarik dekat bawah ni.Cik Ash masak buat untuk 3 orang makan kat rumah ni..

Paprik Telur 


Paprik Telur ini boleh juga dijadikan menu pembuka waktu berbuka puasa nanti, cara masak dia sangat la senang main campak-campak jah. hahaha.. Kalau korang nak cuba resepi paprik telur ni lihat resepi dekat bawah ini.

Bahan-bahan
4 biji telur
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
Halia
Kubis bunga sikit
Carrot sikit
Brokoli sikit
Daun limau purut
Tomato
1 sudu cili kering 
1 sudu sos cili 
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
Garam dan secukup rasa

Cara membuatnya:-
1. Mula2  goreng telur sampai jadi kelongsong tu. 

2. Tumis bawang besar ,bawang putih dan halia hingga bau wangi 

3. Lepastu masukkan cili kering,sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap.

4. Lepastu masuk daun limau purut perasa garam dan serbuk perasa. 

5. Akhir sekali masukkan telur dah siap boleh hidangkan dengan nasi panas.




Bahan-bahan 
10 ketul Ayam 
1 labu bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 labu bawang besar (dikisar)
1 inci halia (dihiris nipis) 
Sedikit garam
Serbuk kari daging 
sedikit 4 sekawan 
Air asam jawa

Cara membuatnya:
1. ayam digaulkan dengan garam dan digoreng didalam minyak.. setelah nampak ayam sudah kuning di angkat dan ketepikannya

2.  Panaskan minyak dalam kuali , bila minyak dah panas tumis la bawang putih, bawang besar,halia dan 4 sekawan,daun kari tu hingga naik bau...masukkan rempah kari daging tu bagi dia pecah minyak taw.


Ayam Masak Merah Thai

Oleh: Cik Ash  

Isi Ayam  (Cik Ash guna pewarna ros tu) 
2 ulas bawang putih - ketuk 
1 labu bawang besar - hiris 
1 sudu besar cili serbuk - bancuh dengan air 
3 senduk sos tomato 
garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar 
1 biji lada merah 
2 helai daun limau purut 

Cara-caranya :- 

1. Rebus ayam dengan sedikit pewarna ros hingga ayam itu empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu ayam hingga kuning sedikit . Ketepikan. 
2.Selepas itu bawang putih di tumis hingga nai bau dan kemudian masuk cili. Kacau sehingga cili itu betul-betul garing dan masukkan air rebusan daging , sos tomato. 
3. Kemdian masukan daging tadi, lada merah , bawang besar yang di hiris dan kacau. 
4.Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun ketumbar di atas dan hidangkan dengan nasi putih.. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0Yx6g3BpGMuTXCpqfdLYhy6sX6hLoGoN0IHlpM4T4KKeMYEnQ30w1MfYAZ3ZBlWCxDhgCFf7WvEtX_-_pkV-fJVm7AeVR4IskBvQWUDX2nQDFvdpb0gjLjcScmv5BuePcF1TUCOhidv1u/s1600/sotong+goreng+kunyit.png
Sotong Goreng Kunyit
6 ekor Sotong 
1/2 labu bawang honland (hiris bulat)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji cili padi 
garam 
serbuk perasa pati sedap 
minyak 

Cara Membuatnya : 
1. Basuh sotong dengan bersih rendam dengan air cuka sikit cik ash nak bagi air sotong keluar.. hihihi.. lepas itu lumurkan sotong dengan kunyitt dan garam. 
2. Bawang putih
3. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih bagi wangi ..
4. Lepas itu masukkan sotong goreng hingga masak, 
5. Masukkan bawang besar gaul2 bagi rata 
6. Siap boleh di hidangkan dengan nasi panas.


https://1.bp.blogspot.com/-7wrtKFsNGQQ/V4iBUYAK1HI/AAAAAAAAIZA/JOnr2rhIi98dBP84W-fBlrXYok-IA-DdACLcB/s1600/IMG20160712062541.jpg
Sambal Ikan Bilis Terung Pipit 



Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit

Bahan-Bahan
1 Mangkuk Ikan Bilis (di goreng dulu ya)
Terung pipit
1 labu Bawang Kuning (dikisar)
1 labu bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
10 keping cili kering (dikisar)
3 sudu besar gula
sedikit garam dan pati sedap
1 cawan air

Cara Membuatnya :-
1. Panaskan minyak tumis bawang kuning, bawang merah,bawang putih,halia dan lada kering sampai pecah minyak.
2. Bila bahan tumis dah pecah minyak masukkan ikan bilis gaul bagi sebati.
3. Bila dah sebati tu masukkan terung pipit kacau bagi terung masak sekata.
4.masukkan gula untuk bagi sambal ikan bilis sedap ini la rahsia ikan bilis orang kelantan sedap letak gula dulu.. hihihihi
5. Lepas tu baru letak garam dan serbuk pati sedap.
6. Siap boleh hidangkan dengan nasi putih panas..



Gulai Lemak Telur Masin
Bahan-bahan:
3 biji telur masin 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit 
sedikit lengkuas 
Lada merah besar (xada lada solok)
Garam dan secukup rasa 
asam keping 
santan 

Cara-Cara 
1. Kisar bawang merah, bawang putih,kunyit dan lengkuas. 
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dengan sedikit air,baru masukkan telur satu persatu,biarkan telur itu mengeras baru masukkan santan. 
3.Masak atas api yang perlahan sambil terus dikacau sehingga masak. 
4.Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa lada besar merah.
5.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi panas dan sambal kelantan.

https://3.bp.blogspot.com/-EzTQWH5jubo/WInukIt2IqI/AAAAAAAAKD4/ln0C5Py4yxA3VLsqNab5-xdrOeU8YakEgCLcB/s1600/ayam%2Bsambal%2Bbali.jpg
Ayam Masak Sambal Bali
Ayam Masak Sambal Bali boleh dijadikan menu untuk berbuka kalau rasa nak ubah selera kan boleh cuba buat menu ni nak taw resepi Resepi Ayam Masak Sambal Bali.

Resepi Telur Bistik



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-Sie6pnnm33t5Y5JKz0m-4Bwmfb0nnLMMxFvsnJvxfrenNAsWMdCQI9kN-4TdZ_sui9Xpa0vSV1lvxsYk3JqLISwRP-QRIRLxaiONHrG5Zwa658nfcP9bfLPuGsiLvEZJHV25Bs9DLZp1/s1600/telur13.jpg
Telur Bistik
Telur Bistik boleh dijadikan menu untuk sahur nanti so kalau korang nak resepi cara membuat telur bistik ni boleh pergi Resepi Telur Bistik .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF3B0EKuawgQGgiEqlkCyfM7vuDfcC7om-OiOR3AtM8eFuWhOlMjgIn7EfJ5z7IDCoau8LMsCzF6k3SSrBp7i5RgZR3jxfd404eYfQbDSg26jRQjP7INSu1OtldYuA48zwV6mbr7zZ0_Ry/s1600/sambal+bilis+peria.jpg
Sambal Ikan Bilis Peria
Sambal Ikan Bilis Peria ini pun boleh dijadikan menu berbuka ataupun bersahur nak tengok resepi boleh Resepi Sambal Ikan Bilis Peria.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizcsJeOm0sQB_ihacmFaknYy1JdAh0tA4JLkE0UrfIFC30NrTJ21dzFAO_YmRjVjhu9zH9T-mgvmilCmzXpU-TrfZ1MVIKV4hyX2I4gk92UEZhfU8mhhLExmPADiE4XddwR8U4lWvUpVo2/s1600/Ayam+Phat+Phet.jpg
Ayam Phat Phet
Nak ubah selera ayam kadang-kadang boleh cuba masakan daripada Thailand nama dia Ayam Phat Phet nak tengok cara masak boleh baca dekat  Resepi Ayam Phat Phet.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwihtacrISLD3XNQsIXJ4poZ-Y9MjDFXGWILFRQqXRWUqwmmTMKxd_AGswvADssINfYTuweOYbEraPWKCIA2rioCXXjMsVEu9TQLTAji-VaPSNwzyss90_r5zvFLhobFjF4p4h3cJct-Yu/s1600/IMG20180221150348.jpg
Gulai Lemak Ikan Talang
Lauk  ni boleh dijadikan menu berbuka puasa kalau makan dengan nasi panas-panas membangkitkan selera ni nak tengok resepi Gulai Lemak Ikan Talang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXAtAihX_ldTdTO3Gn8w4TXBiCHMYxh6CVsEDajga7KVCpnW2atjV1ReF5j0w_vU_K7foVu34NXzDqHuJQ2pp6F0ibNPVJnPMa9zQyUQAmTlWGfTfFRmfGzeQAsXi2WiuRJRL9OkOb7lZS/s1600/IMG20171120061117.jpg
Kulat Sisir Goreng Telur Hancur
Kulat sisir ni boleh jadikan menu untuk bersahur ke bangkit selera waktu sahur boleh gak ni. Cik Ash buat sekali ibu mentua dan suami makan habis nak tengok resepi klik Kulat Sisir Goreng Telur Hancur

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjc2qkYwFZIsAr49PYUSS7fJBCdSWp_szmNAiNboINeMUMW-RJww9GEe_VKlMbNnncNmsBcYftwCTD8ENSHUaMha5VFBvLlD3mymR22gcR2TLiEBc2uRRiCMWqc_3NfSeOUkKVCgaQ7v0vi/s1600/IMG20170531193320-01.jpeg
Nasi Kerabu 

Puas makan nasi putih apa kata ubah menu cuba buat nasi kerabu ni nak tengok cara buat boleh klik Resepi Nasi Kerabu Kelantan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIJiVu2bmMRmH93GWWuDqdGV1Jnk9Zu6ZTQF-syD0Yctm5KeH3EMRSPpCsZvLhdBa5ipsvKsEZj7oIhqgPl0m55xKRQLeDUFk_PXdcCD_TZsw8RX-G47fm0QTa9TQobGHCRre6yRvTfueT/s1600/IMG20171226085558.jpg
Bendi Goreng Telur
Masak ni boleh dijadi menu untuk sahur ke puas makan lauk ayam,ikan dan lain ubah selera makan sayur dengan telur hancur gitu nak tengok cara buatnya boleh klik dekat Resepi Bendi Goreng Telur.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4PZACBdsTqRGaalHuiAhT17OIFuzstp4_R3eeAAc_jLZyqIGhSV84Q6wxlQtRXUo9DmlEPHDNffYdjy_FMlB1-Uop3l3bvpkoiuvKmzvwLdz3ELXuOVF44ZmM0_k0BpPQ5He_u5jhqhmx/s1600/ikan+percik.jpg
Ikan Percik Kelantan
Kalau dekat kelantan memang popular sangat Ikan percik ni boleh dijadikan menu lauk untuk berbuka juga ni nak cuba boleh klik dekat Resepi Ikan Percik Kelantan.

https://2.bp.blogspot.com/-s_Ey2sdq1w8/WHYLYoPNrAI/AAAAAAAAJ74/k-FG4bQfOBw_4COYIuPz_cZtODCo8D5cwCLcB/s1600/IMG20161229193726.jpg
Resepi Timun Tumis Air
Menu ni boleh jadikan untuk bersahur nanti pagi-pagi bukan kita berselera nak makan kan buat timun tumis air bangkit selera gak dengan ikan goreng nak cuba buat boleh tengok resepi Resepi Timun Tumis Air

Kalau ikut banyak lagi yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua, tapi setakat ini la dulu ya.. Kalau korang nak cuba tengok resepi yang lain boleh jer lihat Koleksi Resepi Dapur Cik Ash. Ok la Cik Ash undur diri dulu ya.

3 comments:

  1. Wahhh sedap2nya..tq for share recipe.my mum nak masak nasi ayam khamis depan.

    ReplyDelete
  2. Bagus ni, boleh jadi buku nota resepi masa puasa nanti..

    ReplyDelete
  3. Berselera tengok semua hidangan. 😀

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com