Thursday, May 31, 2018

Rawat Kulit Berjerawat dan Berjeragat Dengan Dr.Beau Pure Natural Skin Oil

Rawat Kulit Berjerawat Dan Berjeragat Dengan Dr.Beau Natural Skin Oil | Cik Ash ada la tercari-cari produk untuk muka yang dapat merawat masalah kulit muka yang berjerawat dan berparut ni, Alhamdulilah rezeki Cik Ash dipertemukan dengan Dr.Beau ni.

 


Masa mula-mula dapat tu memang agak pelik la, tengok bentuk kapsul macam vitamin rambut hahaha, lagi pulak risau gak pakai minyak dekat muka tu. Pertama kali pulak tengok serum bentuk kapsul begitu. hihihi.


Apa itu Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil


Serum Dr Beau merupakan serum wajah yang selamat digunakan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( Nombor KKM : NOT170502921K ). Produk Dr Beau diperkenalkan dari tahun 2015 lagi dan pengguna Dr Beau bukan sahaja dari Malaysia malah dari negara luar juga seperti Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan serta Brunei.


Di dalam Serum Dr Beau diperbuat daripada 100% bahan semulajadi yang dirumuskan khas di kilang tempatan sebab tu Cik Ash tidak risau dengan Serum ni.Antara herba-herba ramuan yang terkandung di dalam Serum Dr Beau ni ialah :-
  • Vitamin E ialah vitamin yang baik merawat kulit.

  • Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Setiap produk yang dipasarkan mesti ada terdapat beribu testimonial, kenapa sampai beribu tu, Mesti korang nak taw kan, sebabnya serum ni sangat bagus untuk pelbagai jenis masalah kulit. Sebab-sebab kenapa pengguna memilih serum dr beau adalah kerana :- 

-Jeragat Kronik
-Jerawat dan parut jerawat
-Masalah kulit kusam
-Kulit gelap kerana sinaran matahari 
-Lebam bawah mata
- Mengalami masalah kulit kering dan berminyak
-Pori terbuka 
-White head dan black head
-Kulit melecur

 
CARA PENGGUNAAN SERUM DR BEAU
1. Tarik hujung kapsul serum.
2. Titiskan serum ke atas bahagian kulit muka.
3. Sapu rata serum sehingga meresap ke lapisan dalam kulit.
4. Beri perhatian dan sedikit urutan pada bahagian kulit yang bermasalah seperti di bahagian bawah mata, parut jerawat, jeragat dan sebagainya.

Pengalaman Sendiri Menggunakan Dr Beau

testimoni dr beau

"Pengalaman Cik Ash menggunakan serum dr.beau selama seminggu muka kelihatan beransur-ansur ok tak ada pun berminyak bangun pagi muka lembut jer. Lagi kebetulan baru-baru ni Cik Ash terkena minyak panas sebab goreng ikan rebus ada bekas kena minyak dekat bawah bibir try gunakan untuk tempat. Cepat kering tempat bibir tu.."Dekat atas tu gambar pipi Cik Ash yang ada jerawat gara-gara makan sambal belacan huhuhu.. teruk sangat muka..

TESTIMONIAL DARI PENGGUNA DR BEAU
Ni antara testimonial - testimonial best yang Cik Ash  baca. Ketahui banyak lagi testimonial di bawah ini :-
 










HARGA SERUM DR BEAU :



Semenanjung Malaysia : RM 96

Sabah / Sarawak : RM 96

Singapore / Brunei : $ 55



Bagi anda yang ingin mendapatkan produk Dr.Beau ni boleh la rujuk maklumat dekat bawah ini :-




Call / WhatsApp : 016 963 3443

#DrBeau
#reviewcikash

Resepi Kuih Kerbau Guling Viral

Resepi Kuih Kerbau Guling Viral | Assalamualaikum.. Selamat malam semua... Sana sini viral pasal Kuih Kerbau guling, terutamanya penduduk di rantau panjang apabila kuih ni dikenali sampai viral. 

 

Cik Ash duk di kedah tengok kuih tu hitam gelap tak terliur nak makan.. Kata mok Cik Ash macam koleh hitam jah rupanya. Mula-mula kisah kuih kerbau guling masuk dalam TV1 lepas di viral setiap pages facebook sampai ada yang share resepi. Cik Ash tak taw la resepi betul tidak tu. Jom usha resepi dekat bawah ni mana taw teringin nak makan boleh rujuk resepi dekat blog. hihihi.. Nak balik jauh dikelantan Cik Ash sekarang dekat kulim kedah. Tengok rupaya macam lembik jer sekali tengok macam dodol hahaha.. 

Resepi Kuih Kerbau Guling Viral 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
  • 250gm tepung beras
  • 150 gm tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras pulut
  • 200 gm gula
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air 1 liter setengah
  • Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
  • Secubit garam
Cara membuatnya :-
1. Masukkan semua bahan atas dalam kuali...kacau biar sebati dahulu baru buka api..lepas semua dah sebatu pastikan kacau & buka api yang sederhana..kacau-kacau sampai likat.
2. Sediakan loyang saiz 8 sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap tadi.. bila dah sejuk potong dan gulingkan di dalam kelapa parut (muda) yang digaul dengan sedikit garam..dah siap
3. Tempurung bakar pastikan tumbuk dan letak air tapis dengan kain..optional boleh beli di kedai bakery serbuk arang tau.

Masa-masa mula Cik Ash tengok resepi dia macam pelik jah sebab letak arang tempurung, tak pernah dengar tu. memang unik la kuih ni.. ada yang kata sama macam kuih kaswi,kuih kosu la.. macam-macam orang duk kata. Cik Ash tak taw nak kata apa sebab belum makan pun lagi.. hahhaha.. Selamat memcuba resepi ni ya.

 

Resepi Kari Daging

Resepi Kari Daging | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Dah masuk hari ke 15 kita berpuasa sekejap jer rasa kan.

Kari daging

Hari ini baru sempat nak share resepi dekat blog kalau ikut kari daging dah lama buat dalam bulan puasa yang ke berapa tak ingat hahaha...Kalau ikut lama dah tak kari daging ni kebetulan ada daging dalam peti ais tu terajin buat. Masak dia cukup mudah guna bahan yang ada dekat dapur tu hihihi. Jom usha resepi dekat bawah ni.

cara membuat kari daging
Resepi Kari Daging 
Oleh : Cik Ash 
 
Bahan-bahan
Daging
1 biji Bawang Besar *
 1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
1 sudu kfc biji ketumbar *
2 sudu besar rempah daging ( dibancuh dengan air)
1 sudu Kerisik
2 biji ubi kentang
1/2 gula melaka
2 sudu kfc garam
2 sudu kfc gula
2 sudu kfc maggi cukup rasa
asam keping
Santan ( beli kelapa rm2.00)

(P/s - Kisar bahan bertanda * sampai lumat)

Cara Membuatnya :-
1. Hiris daging nipis toskan.
2.Mula-mula korang kena satukan bahan kisar dengan serbuk kari dan daging di atas dapur. Lepas itu masak atas dapur sehingga daging kecut.
3.Apabila daging dan kecut tu korang masukkan la santan dan ubi kentang. Masukkan juga asam keping. Biarkan mendidih sehingga daging empuk.
4. Apabila daging dah lembut sesuaikan rasa garam, gula melaka,kerisik dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih.
5. Siap boleh dhidang dengan nasi panas letak sambal belancan,ulam timun fulamak memang terbaik hihihi..

Ok la korang semua itu jer cara Cik Ash buat kari daging ni. masak untuk 3 orang makan jer pun. buat banyak nanti membazir pulak. Jumpa lagi nanti dientri yang lain ya. Cik Ash undur diri dulu nak pergi berehat pulak. hihihi..

Tuesday, May 29, 2018

Hadiah Untuk Suami

Hadiah Untuk Suami | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Diberikan kesihatan yang di bulan ramadan ni. Cik Ash loni kurang sihat kena selsema huhuhu.. tu jarang nak update blog ni.


Baru-baru ni Cik Ash ada join contest lazada last minute join saja-saja suka lagipun ada rakan-rakan blogger daripada BPT suruh join kiranya sahut cabaran mereka la terjoin la. Sebelum join ada la niat dalam hati kalau Cik Ash menang contest ni Cik Ash akan shopping barang untuk suami dan kucing kesayangan nanti. 

Alhamdulilah tak sangka sangat apabila Lazada umum pemenang nama Cik Ash tersenarai di tempat yang kedua dapat voucher RM150 di kongsi dengan 3 orang rakan lain. Yang best masa join Cik Ash tag nama fb suami , suami dan facebook Cik Ash satu lagi.. hihihi.. So kesemua voucher Cik Ash bahagikan dekat suami sikit seorang. Adil la kan.. Kalau tag orang mesti kena bagi dekat orang kita tag tu.. Alhamdulilah rezeki Cik Ash dapat voucher oleh blogger Sis Gee sebab kena tag gak. Terima kasih Sis Gee. hihihi.. semoga murah rezeki sokmo deh. 

Kiranya 2 hadiah ni untuk happy annivesary untuk suami hihihi.. Alhamdulilah Hari ini genap Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4 tahun. Semoga perkahwinan ni berkekalan hingga akhir jannah dan semoga kami dikurniakan zuriat yang comel-comel nanti. 

Ok la korang semua Cik Ash out dulu, kesihatan tak mengizinkan ni nak kena rehat dulu. Sory ya belum sempat lagi blogwalking blog.

Resepi Ikan Ketuka Bakar Bersambal

Resepi Ikan Ketuka Bakar Bersambal | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash semuanya sihat walafiat.


Entri ni sepatut nak share semalam tershare hari ini.. semalam hujan lebat, dengan berdentum-dentum kilat dekat kulim ni, tak boleh nak online la semalam. Alhamdulilah tempat Cik Ash selamat daripada banjir, sedih bila baca info-info keluar berita kulim banjir.

Eh hampir terlupa Cik Ash sebenarnya nak kongsi Resepi Ikan Ketuka Bakar Bersambal  ni, pertama kali mencuba bakar sendiri untuk suami, dia suka makan ikan ni  tahun ni kebetulan pergi pasar borong jumpa ikan ni suami siap tanya boleh bakar tak hahaha, Cik Ash kata boleh cuba jer hihihi.. Cik Ash tak makan pun ikan ni.. hihihi. Jom tengok resepi ikan ketuka bakar bersambal ni dekat bawah :-

Resepi Ikan Ketuka Bakar Bersambal
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
1 ekor ikan ketuka
1 ulas bawang besar*
1 batang serai*
1 inci kunyit hidup*
10 keping cili kering*
1 inci halia*
sedikit udang kering*
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

(bahan bertanda * dikisar)

Cara membuatnya :-
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa. Masak sehingga sebati dan padamkan api.Bahagikan sos kepada dua bahagian.
3. Bakar dalam pemanggang ajaib lapit dengan daun pisang, sambal ikan ketuka dan sambal.
Kemaskan daun pisang tu. Bakar la ikan tu sehingga masak.
4. Siap boleh dihidang dengan nasi panas.

Suami Cik Ash cakap sedap makan Ikan Ketuka Bakar Bersambal ni, bulan puasa jah rajin nak membakar bulan biasa jarang sangat suami nak request hahaha..  Ok la korang semua Cik Ash out dulu ya.Nak tengok koleksi resepi lain boleh tengok dekat #dapurcikash.

Monday, May 28, 2018

Kulit Sempurna, Menawan Tanpa Bintik Hitam Dalam Masa Dua Minggu

Kulit Sempurna, Menawan Tanpa Bintik Hitam Dalam Masa Dua Minggu | Wanita Malaysia nampak perbezaan ketara dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum.





Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat ditangani dalam hanya masa dua minggu? Ketika mencuba Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dalam ujian penggunaan di rumah baru-baru ini, wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat.

Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.


Ini bukanlah kata-kata kosong kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!

Mengikut hasil ujian penggunaan di rumah,pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi,dagu dan juga dahi. Oleh itu, masalah ketidaksempurnaan kulit hanya akan tinggal sejarah dan wanita. 

Majoriti peserta sebenarnya mendapati kulit mereka lebih berseri dalam hari pertama menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Bilangan peserta yang berpuas hati semakin meningkat selari dengan bilangan hari penggunaan. 

84% daripada wanita melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata,50% daripada wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam selepas penggunaan, dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu. 



"Di Nanowhite,kami memahami kekecewaan wanita apabila melihat bintik-bintik hitam yang baru dan parut jerawat bila melihat cermin, terutama selepas menghabiskan banyak masa dan wang untuk menanganinya. Nanowhite Dark Spot Corrective telah diperkembangkan untuk menyelesaikan perubahan tona kulit yang mengjengkelkan serta menjejaskan keyakinan diri. Seperti yang dapat kita lihat daripada hasil ujian penggunaan di rumah, serum ini berkesan menyelesaikan masalah seperti yang dijanjikan- iaitu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sambil mencerahkan tona kulit wanita Malaysia, semuanya dalam satu pakej yang hebat!" Kata Christine Law, Pengurus Pemasaran Tonhtonku Sdn. Bhd..

Law menambah bahawa keberkesanan serum tersebut membuktikan komitme Nanowhite untuk menawarkan buka sahaja kulit yang cerah, tetapi juga kulit yang sempurna dan berseri dari dalam.

"Sebagai pakar penjagaan pencerahan kulit, kami berusaha tanpa jemu memperbaiki inovasi kami memenuhi keperluan pencerahan kulit yang unik bagi setiap wanita pada peringkat kehidupan yang berbeza. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum adalah satu produk yang menyelesaikan beberapa masalah kulit dalam masa dua minggu- sungguh mejimatkan masa! Ini bermakna, wanita yang sedang melalui fasa penting kehidupan mereka tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan kulit bebas cela, mereka akan mempunyai lebih banyak masa mengejar kerjaya dan memenuhi impan mereka, berseronok dengan orang yang tersayang atau menikmati kehidupan sepenuhnya!" kata Law.


Muat Turun Aplikasi Mudah Alih 'Nanowhite AR+'


Wanita yang telah lama mengalami masalah kulit mungkin sukar membayangkan melihat wajah mereka di cermin tanpa bintik-bintik hitam dan parut jerawat. Dengan itu, Nanowhite ingin membantu mereka membayangkan kulit yang lebih cerah – menerusi aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu.


"Kami sangat teruja memperkenalkan aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, yang menunjukkan pengguna bagaimana wajah mereka dengan kulit yang lebih cerah dan berseri tanpa bintik-bintik hitam dan bekas jerawat yang menjengkelkan. Dalam kehidupan sebenar, ini adalah apa yang akan anda lihat selepas tempoh yang singkat menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Dalam erti kata lain, realiti berperantaraan boleh menjadi realiti sebenar! Untuk mencapai hasil yang lebih baik dan lebih jelas, ikut rutin penjagaan kulit penuh dengan menggunakan produk Nanowhite yang lain juga." kongsi Law.

Untuk melihat wajah bebas cela anda, cari dan muat turun aplikasi mudah alih 'Nanowhite AR+’ dari Apple App Store atau Google Play Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.
Bukan itu sahaja - pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai RM2,500! Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon.
hite Dark Spot Dark Spot Corrective Serum
Untuk yang mencari-cari produk skincare yang sesuai untuk hapuskan kesan jeragat,kulit kusam Cik Ash cadangkan buat korang boleh guna Nanowhite Dark Spot Dark Spot Corrective Serum ni, Masalah jeragat korang akan selesai dalam masa 2 minggu pengunaan bergantung kepada kulit korang ya. Dah ramai yang cuba dan berkesan sangat. Boleh guna sekali dengan set skincare nanowhite untuk kesan dan power gitu.  Dekat bawah ni Cik Ash sertakan produk skincare ialah :-

1. Nanowhite Awakening Snow Wash

  • Snowy cool cleanser yang melembapkan semasa ia membersih dan tidak menghilangkan lapisan pelindung semulajadi kulit
  • Dirumuskan dengan teknologi Omega White-C dan Nano
  • Sesuai untuk kulit yang normal

2. Nanowhite Refining Treatment Toner

  •  Mengetat dan mengecilkan liang pori
  • Bekerja sebagai astringen. meminimumkan liang pori dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit
  • Dirumuskan dengan teknologi Nano, Omega White-C, Witch Hazel Extract, Orange Extract, Lemon Extract and Bilberry Extract
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
3.  Nanowhite Dark Spot Corrective Serum

 
Nanowhite Dark Spot Corrective Serum

  • Dirumuskan dengan Teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semulajadi.
  • Serum pemutihan yang berkesan bertindak jauh ke dalam kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan mencerahkan tona kulit.
  • Kulit sempurna dan berseri dari dalam

4. Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream
  • Memberi tindakan pemutihan berganda untuk kulit yang lebih licin dan lembap sepanjang masa
  • Meminimumkan penampilan bintik-bintik hitam dan mencerahkan tona kulit
  • Mengandungi Nanowhite Super Antioxidant (Vitamin E & C)
  • Memberi kesan pencahayaan yang maksimum dan mencegah pengoksidaan untuk kulit yang lebih tahan lama
  • Ultra-light, tidak berminyak dan mudah diserap
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 

Turut disertakan cara-cara penggunaan Nanowhite ini di bawah ni :-

Serikan kulit anda hari ini! Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90 di semua farmasi dan pasaraya utama di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman Facebook Nanowhite di www.facebook.com/nanowhite, atau lawati laman web rasmi di www.nanowhite.com.my.