Hari khamis aritu pening nak masak apa untuk dinner malam untuk suami Cik Ash , fikir punya fikir goreng ikan rebus, telur dadar pucuk tere dan tumis sayur sawi. Kiranya resepi telur dadar pucuk tere ataupun gajus ni tak ada orang buat pun lagi Cik Ash yang terlebih rajin nak buat..saja-saja nak ubah selera kan.
Pelik kan tak ada dibuat orang pun dengan pucuk ketereh ni letak dalam telur, cubaan Cik Ash buat telur dadar ni memang terbaik la,suami dan mak mentua Cik Ash bagitaw telur itu rasa lemak-lemak gitu tak payah lauk lain dah tak pe. Cik Ash sendiri memang ambik rasa gak sikit memang ada rasa kelainan letak pucuk ketereh ni sedap kalau ikut hati nak bertambah jer hahahaha. Jom tengok resepinya dekat bawah ini :-
Resepi Telur Dadar Pucuk Ketereh Ataupun Gajus
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
2 biji telur
Pucuk ketereh (hiris halus2)
1 labu bawag besar
1 sudu kfc serbuk lada hitam
1 sudu kfb garam
Cara Membuatnya
1. Pecahkan telur , masukkan garam, serbuk lada hitam, bawang besar dan pucuk ketereh.
2. Kacau bagi sebati semua sampai berbuih telur itu.
3. Panaskan minyak dalam kuali, apabila dah panas tuangkan la telur goreng la telur seperti telur dadar yang biasa kita buat tu.
4. Siap di goreng makan dengan nasi panas memang berselera la.
Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan anda semua resepi daripada #dapurcikash untuk pagi ini. Cik Ash undur diri dulu ya nak siap-siap kan kerja rumah sebab mungkin tengahari nanti Cik Ash nak pergi rombongan mak saudara nak meminang. Doakan dipermudahkan perjalanan Cik Ash ya.
#resepi
#telurdadar
#cikashdotcom
aloh la..sdapnya..:)
ReplyDeleteHom sedap sangat hahaha
Deletewahhh teroka resepi baru nmpknye cik ash kite... tahniah.. hehe.. nnti leh la akak try resepi ni..
ReplyDeleteHihihihi.. Ha ah teroka resepi baru
Deletewahh resepi baru ye.tq for sharing.
ReplyDeletethanks sharing resepi ni cik ash!
ReplyDeleteAida x pernah lg buat telur dadar dgn ulam. Good info ni.
ReplyDeleteMenu yg unik sekali .tq cik ash kongsi resepi .lepas ni boleh pelbagai dalam masakan
ReplyDelete