Tuesday, April 24, 2018

Asam Pedas Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Hari ini Cik Ash terlewat update entri dekat blog hahaha, terlupa nak taip siap semalam terus schedule untuk publish.


Pada hari ahad lepas Cik Ash ada ambik daum kesum yang Cik Ash tanam dekat belakang rumah, pening nak masak apa dengan daum kesum ni, Mak mentua Cik Ash ada bagi candangan buat asam pedas ayam la,sebelum Cik Ash buat ada tanya Mak mentua makan ke asam pedas ni dia cakap pernah makan masa arwah ayah ada dulu. Nampak dah lama sangat mak mentua dan suami Cik Ash tak makan asam pedas ayam 5 tahun gak. hahaha... Cik Ash memang agak kurang gemar dengan asam pedas tu yang tak pernah buat kat rumah.


So pada hari ahad terlebih rajin buat la asam pedas ayam tu,alhamdulilah hasil percubaan pertama Cik Ash buat asam pedas ayam ni menjadi suami puji sedap siap bertambah-tambah makan nasi. Cik Ash ikut resepi dekat blog Azie Kitchen asam pedas ayam daripada Johor, tu tapi Cik Ash olahkan sendiri untuk 3 orang makan dekat rumah ni. hihihi ikut selera tekak Cik Ash..

Resepi Asam Pedas Ayam
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
6 ketul ayam
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Daun kesum
bunga kantan (tak letak sebab tak ada stock)
Air asam jawa (tak ingat tak hihihi)
Lada hitam (tak letak gak sebab lada kering pedas dah)
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar
2 sudu besar cili kering dikisar
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
belacan (tak letak)

Cara Membuatnya :-
1. Mula-mula kita panaskan minyak. Selepas itu tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
2. Masukkan ayam, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3. Tambahkan perasa garam dan secukup rasa. Gaul lagi hingga sebati.
4. Tambahkan air secukupnya.
5. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas.
6. Siap boleh dihidang dengan nasi putih.

Ok la itu jer cara resepi yang Cik Ash olah so kalau korang nak memcuba resepi yang original blog singgah ke blog sis Azie Kicthen. Jumpa lagi nanti dientri yang lain pulak.


12 comments:

  1. terbaek.. :)


    jemput join segmen ejulz :)
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  2. kebetulan! time blogwalking jengah sini perut tengah lapar..hihi..nak try satg resepi cik Ash ni ^_^

    ReplyDelete
  3. mudah sangat. macam buat gulai kuning pun ade. tapi mek ni, semudah mane pun resepi, tetap masak ikut mood dan keselesaan. haha

    ReplyDelete
  4. boleh wat utk menu berbuka puasa nti

    ReplyDelete
  5. Sha memang suka asam pedas.. Kalau ayam sha suka tambah daun limau purut..

    ReplyDelete
  6. Asam pedas dan daun kesum memang tak buleh dipisahkan .heheh

    ReplyDelete
  7. jarang jumpa asam pedas ayam. biasanya ikan je :D bole try ni

    ReplyDelete
  8. Asam pedas ayam sedap api suami dan anak anak tak suka makan

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com