Saturday, March 3, 2018

author photo
Suami Terjebak Membida Barang Online di Chilindo | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada sihat walafiat ya. 



Entri ni lama tersimpan dalam draf hahahaha, biasa la mood nak menulis pasal benda ni tak de tu yang tersimpan dalam draf sokmo.. Sebenarnya dah lama dah suami Cik Ash terjebak membida barang dekat online ni pada tahun lepas lagi. Tahun ni dia start balik membida dekat Chilindo pulak. Terkejut gak dia tunjuk barang yang dia dapat ada jugak untuk Cik Ash hihihi.. Teruja la suami nak beli barang dekat kita hahahaha.. Suami Cik Ash membida dekat Chilindo pada 11.02.2018 aritu  ni baru sempat nak share korang semua hihihihi.. 5 barang suami Cik Ash membida dengan harga RM35.26. 

Barang yang suami Cik Ash membida ialah Gaming Joystick for Mobile Phones alat ni untuk suami yang suka main game tu yang dia beli ni,Earbud Headphones : Glossy White yang ini handphone telinga mudah nak guna kalau time suami call Cik Ash boleh guna ,METTLE Skipping Rope With Counter yang ini pula paling Cik Ash suka sebab tali skipping hihihihi,Cockroach Trap ni untuk perangkap lipas kebetulan sangat aritu ternampak ada lipas dekat dapur suruh suami membida terus hihihihi,Smart Bluetooth Mini Headset: Blue / Cream / White / Pink / Black yang ni untuk suami mudah guna masa dia bawa kereta senang kecik molek tak nampak pun pakai benda ni.






Cik Ash paling suka tali skipping sebab teruja nak guna senang ada tali skipping ni sebab tak payah dah kira kita lompat berapa sebab dah meter nombor kita lompat la. Setiap hari Cik Ash luangkan masa untuk memlompat cukup 100 lompatan tu dah semput hahahaha.. harap misi untuk menurunkan berat badan nak sihat biasa la umur dan 30an ni kena la jaga kesihatan kan. hihihihi.. 

Ok la itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua mengenai pengalaman membida dekat Chilindo ni.

This post have 15 komentar

avatar
My New Blogger delete March 3, 2018 at 9:52 PM

saya pun ada menang bida jam kat chilindo..tapi tak tebus lagi...sebab berkenan benda lain, tapi benda lain plak kita menang...hehheehe

Reply
avatar
ray delete March 4, 2018 at 1:06 AM

pergh hahaha.. ray penah try a few times je pastu malas dah heehe

Reply
avatar
Hans Hanis delete March 4, 2018 at 1:38 AM

hahaha
ini kes suami pula rambang mata bila tengok barang2 dia suka harga murah2
hahaha

Reply
avatar
Puan syah delete March 4, 2018 at 7:40 AM

Waaa.... hari tu teringin nak bida , tp baca review kat fb , brg2 chilindo mcam toys.. terus tak jadi bida. Heheh

Reply
avatar
adianiez AIDA delete March 6, 2018 at 9:02 AM

aida pernah test sekali bida di chilindo.
ada la few barang berjaya.
tapi sebenarnya nak try an error aje.
ada yg bidder otomatik la.
then dari harga singgit jadik 20 hinggit.
aida x proceed payment. just try aje. tak brape percaya plak lepas tgk review di fb.

Reply
avatar
Cik Ash delete March 6, 2018 at 12:05 PM

Hihihihi cik ash sebab suami yang suka membida dia yang pilih barang

Reply
avatar
Cik Ash delete March 6, 2018 at 12:07 PM

Ray kak ash sebab suami yang suka hahahaha akak pun malas gak

Reply
avatar
Cik Ash delete March 6, 2018 at 12:24 PM

Tu la suami cik ash pulak rambang mata nak shopping

Reply
avatar
Cik Ash delete March 6, 2018 at 12:25 PM

Baca gak tapi alhamdulilah kebanyakan barang beli dekat chilindo ok jer setakat ni

Reply
avatar
Cik Ash delete March 6, 2018 at 12:25 PM

Entah la cik nor abe ekin la hok kuat bida hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete March 6, 2018 at 12:26 PM

Ada gak.baca dekat facebook pilih barang yang murah2 jer hahahaaha

Reply
avatar
Cik Ash delete March 6, 2018 at 12:26 PM

Hihihihi mujur la x terjerbak

Reply
avatar
Mimie delete March 10, 2018 at 3:41 PM

Sehingga hari nih masih terselamat dan tak terjebak dengan Chilindo lagi

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post