Sunday, March 11, 2018

Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Rawat Masalah Kulit

Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Rawat Masalah Kulit | Assalamualaikum, Hai semua Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. 



Hari ini Cik Ash nak sharing dengan korang semua tentang satu losyen aromaterapi yang Cik Ash sendiri dah guna. Korang pernah dengar tak tentang lotion Ranessa - A Drop Of Lush Mutipurpose Lotion sebelum ini. Kalau belim pernah dengar lagi Cik Ash nak nak bagitaw dengan anda tentang losyen mempunyai kebaikkan untuk merawat masalah kulit. Bagi setiap rumah wajib kena ada losyen ini taw sebab produk aromaterapi boleh menenangkan hihihihi... 

Ranessa A Drop Of Lush Mutipurpose Lotion ini dirumuskan khas untuk melegakan kegatalan kulit dan kerengsaan dengan gabungan bahan-bahan semulajadi iaitu minyak kelapa dara, minyak zaitun dan 6 jenis essential oil yang terpilih menjadikan losyen Ranessa ini sangat begitu istimeawa, Ia juga mengandungi lidah buaya dan shea butter yang berfungsi menghidratkan kulit. Losyen ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Rumusan yang sangat unik lebih ringan, bebas kimia ianya sangat sesuai untuk bayi, dewasa malah untuk semua golongan, produk ini telah dihasilkan di Australia untuk memberikan kualiti yang terbaik.

Keistimewaan Produk Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ialah seperti dibawah :-
  • 100% bebas daripada bahan kimia, alkohol dan bahan pengawet
  • Telah mendapat kelulusan dari KKM (NOT170505065K)
  • Diperkaya dengan Essential Oil yang terpilih untuk manfaat kulit yang sangat menakjubkan bagi menenangkan kerengsaan julit dan keradangan serta menghalau serangga dan nyamuk dengan berkesan..
  • Diformulasikan dengan tambahan 2 bahan utama iaitu Shea Butter dan Aloe Vera untuk melembapkan kulit
  • Tidak berminyak atau melekit
  • Didatangkan dalam botol jenis pump yang sangat mudah digunakan..
Lotion RANESSA juga boleh dipakai dan dapat merawat pelbagai penyakit kulit seperti di bawah ini :-
  • Ruam lampin 
  • Ruam panas
  • Ruam susu
  • Eczema 
  • Gigitan serangga 
  • Kulit sensitif 
  • Radang kulit 
  • Gatal-gatal 
Eh tak lupa juga Cik Ash nak bagitaw ni losyen RANESSA juga boleh digunakan sebagai losyen badan, losyen bahagian lampin (diaper cream dan juga sangat berkesan untuk menghalau nyamuk, merawat ruam dan eczema. Dengan hanya sebotol losyen sahaja bertindah merawat pelbagai masalah kulit. Cik Ash suka dengan losyen ni sebab ianya tidak berminyak dan tidak melekit.

Losyen ini juga boleh digunakan sebagai losyen badan, diaper cream dan sangat berkesan untuk melegakan gatal kulit serta menghalau serangga seperti nyamuk... Jimat kan..!! Dengan hanya sebotol losyen sahaja tetapi bertindak multipurpose.. Paling best losyen ni tak berminyak dan tak melekit... 
Lagi yang Cik Ash suka dengan losyen ni baunya yang boleh menenangkan Cik Ash sebab didalam losyen ni mengandungi minyak pati lavender, minyak kayu putih dan minyak lemon.. suka hidu bau losyen ni.. Cik Ash dah cuba dekat kaki waktu sebelum tido Cik Ash sapukan losyen di dekat seluruh kaki sebab taw malam-malam mesti ada nyamuk gigit sebab selalu bangun pagi tengok kaki habis merah kena gigitan hihihihi... Selepas menggunakan losyen ni Cik Ash nampak ada kekurangan dah mengaru waktu tido malam memang bagus losyen ni menghalau nyamuk hihihihi..
Ingredients : virgin coconut oil, olive oil, lavender oil, tea tree oil, eucalyptus oil, patchouli oil, citrus paradisi seed oil, citrus limon oil, aloe vera, shea butter
Cara untuk Pakai Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion boleh baca dekat bawah ini Cik Ash kongsi :- 
Kena sapu losyen Ranessa ini secara berhati-hati di bahagian badan yang diperlukan. Ia juga boleh dipakai di bahagian muka dan badan. Sapu secara pelahan-lahan di kawasan yang dikehendaki sehingga meresap ke dalam kulit. 
Cara  untuk mendapatkan produk Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ini boleh tengok senarai dekat bawah ini, Losyen ini tidaklah mahal mana masih harga mampu milik dan boleh tahan selama sebulan penggunaan. 

Harga  : RM 69.00 (50ml) 



Whatsapp : 013 - 563 2009

Shopping Online di Shoppee : https://shopee.com.my/myranessa

4 comments:

ash.rie8506@gmail.com