Friday, February 9, 2018

Resepi Perkahwinan Bahagia

Resepi Perkahwinan Bahagia | Assalamualaikum.. Hai korang semua selamat pagi jumaat, sekejap saja kan dah masuk hari jumaat hari ini.. Hari ni Cik Ash nak kongsi dengan anda semua mengenai resepi perkahwinan bahagia.. ingat ke dalam masakan jer perlu ada resepi dalam perkahwinan pun kena ada juga ya.


Antara bahan-bahan yang digunakan dalam resepi boleh baca dekat bawah ini :- 

2 kg - Penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama. 
1 kg - rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara. 
1 kg -  rasa kesyukuran dan ketaqwaan. 
4 cawan - rasa tanggunjawab 
3 cawan - daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati). 
2 cawan - penuh puji-pujian,kemesraan dan gurau senda. 
2 cawan - pati kemanusiaan. 
2 cawan - keyakinan diri masing-masing,dorongan dan sokongan.
1 cawan - rasa kepuasan.
1 cawan - budi bahasa. 
1 cawan - perasaan timbang rasa. 
1 cawan - tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan pasangan. 
2 gelas - ucapan terima kasih untuk disiram selalu. 
1 sukatan - peruntukan kewangan yang mencukupi. 
2 orang - anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan - penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita). 
Secubit - campur tangan mentua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan dan pengkongsian. 

Cara Membuat atau mengamalkannya :- 

1. Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu,curiga,sikap mengkritik,sikap marah dan sakit hati. 

2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang sangat segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran. 

3. Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing. 

Peringatan 
Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.
Sumber : Petikan Buku Hadiah Buat Muslimah Ustazah Siti Nor Bahiyah Mahamood

17 comments:

ash.rie8506@gmail.com