Tuesday, February 27, 2018

Dianz Vitamin C & E Hisap Hisap Terus Cantik

Dianz Vitamin C &  E Hisap Hisap Terus Cantik | Assalamualaikum, Hai Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.


Hari ini Cik Ash nak sharing dengan semua supplement yang bagus diamalkan kalau ingin kelihatan cantik, Memperkenalkan Dianz Vitamin C & E. Cik Ash dah jatuh cinta dengan vitamin ini sebabnya rasa dia sangat sedap, masam-masam manis memang kena sangat dengan citarasa Cik Ash. Cik Ash sangat suka dengan Dianz Vitamin C &  E ni mudah makan, just kita ambik sebiji masuk mulut dan keman. Lagi dianz ini terbukti suci dan selamat untuk dimakan (KKM:MAL16095012NC). Manakala harga yang sangat berpatutan dan ianya sangat berkesan. 

Seperti ramai yang tahu vitamin C & E memang bagus untuk kulit. Seumpama kita makan 5 biji oren yang kaya dengan vitamin C setiap hari, memang kulit akan jadi cantik dan mulus lah kan. Mesti la malas nak makan 5 biji oren setiap hari,sebab itu Cik Ash syorkan Vitamin C & E ni, ramai dah memilih untuk makan. Dianz Vitamin ada khasiat dan kelebihan.



Kebaikan Dianz Vitamin :-
  • Mencerahkan kulit muka dan badan
  • Mencantikkan kulit
  • Kulit lebih glowing dan berseri 
  • Melembapkan kulit
  • Merawat jeragat,jerawat & menghilangkan minyak berlebihan pada kulit muka.
  • Menghilangkan parut pada muka/badan 
  • Mengurang Ekzema
  • Mengurang resdung 
  • Membantu menegangkan kulit 
  • Merawat kulit kusam 
  • Merawat kulit kusam 
  • Merawat tona kulit tidak sekata 
  • Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit


    Kandungan yang terdapat dalam Dianz Vitamin C & E ini ialah :-
    • Vitamin C berasaskan oren untuk merawat parut jerawat. 
    • Vitamin E berasaskan maquiberry untuk melembapkan kulit
    • Kolagen asli berasaskan ikan Talapia untuk kulit lembut dan gebu
    • Extra Glutatione sebagai antioksida & menggandakan kesan pencerahan. 
    • Extra Ascorbic Acid untuk lebih kuasa penyerapan vitamin dalam tubuh. 

    Seperti mana kita taw setiap produk yang nak digunakan mesti ada pantang larang antara pantang larang ialah :-
    •  Sesuai untuk lelaki & perempuan 16 tahun ke atas 
    • Sesuai untuk ibu mengandung & menyusu bayi 
    • Sesuai untuk mereka berkulit sensitif 
    • Elakkan makanan dan minuman berkafein & bergas untuk kesan berganda.  

    Testimoni Pengguna 
    Ramai dah yang memcuba Dianz Vitamin C & E dan sangat berpuashati memcuba produk ini, so anda boleh tengok testimoni pengguna di bawah ini Cik Ash sertakan :- 

     
    2 minggu menggunakan Dianz Vitamin C & E kesan kena minyak panas hilang dan pulih 100%.

    Untuk anda semua haruslah berhati-hati dengan produk fake ataupun tiruan yang sedang berleluasa di pasaran masa kini. Sebagai pengguna produk supplement harus la siasat dulu produk itu sebelum di makan ya. 
     

    Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Dianz Vitamin C & E ini boleh melawati ke social media agen di bawah ini :- 

    Facebook : www.facebook.com/ikaanum
    Fb Page : www.facebook.com/Ikari_Shoppe
    Instagram : @tiqahanum
    Whatsapp : 013-699 9876
    Harga Produk : RM50 ( 30 biji) 




    Monday, February 26, 2018

    Gulai Lemak Kuning Ikan Talang

    Gulai Lemak Kuning Ikan Talang | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Terima kasih kepada korang sudi komen di entri yang lalu. Hari ini Cik Ash akan kongsikan masakan daripada #dapurcikash


    Hari ini baru sempat Cik Ash nak sharing pasal resepi Gulai Lemak Kuning Ikan Talang, hihihihi, sebelum ni cik ash ada share dekat facebook dan instagram.

    Masak Gulai lemak kuning ni Cik Ash buat lebih kurang sama dengan resepi Gulai Nasi Berlauk Kelantan ni, Cuma tambah ikan talang jer tak payah masuk garam dah sebab ikan talang tu dah masin nanti air ikan akan turun. Tapi tak pe demi anda semua Cik Ash share juga resepi Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang dekat bawah ni jom tengok resepinya.

    Resepi Gulai Lemak Kuning Ikan Talang 

    Bahan-Bahan 
    Ikan Talang 
    2 biji bawang besar
    1 inci lengkuas 
    1 inci kunyit hidup
    2 asam keping
    serbuk perasa 
    Santan (Cik Ash beli RM2) 
    secubit gula 

    Cara Membuatnya :- 
    1. Rendam Ikan Talang bagi kurangkan masin sikit, lepas tu toskan air.
    2. Untuk kuah pulak kisar bawang besar, lengkuas, kunyit hidup sampai lumat.
    3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk berserta dengan santan tu, masukkan air secukupnya, masak dengan api yang perlahan sambil itu selalu di kacau gulai itu tak nak bagi santan berketul-ketul. 
    4. Bila gulai dah mendidih boleh la masukkan ikan talang dengan asam keping,lepas tu kacau lagi tak nak bagi santan berketul. 
    5. Selepas itu sesuaikan rasa,masukkan serbuk perasa sedikit, gulai ini nak kena ada rasa masin dan sedikit manis dan masin tu sebab air ikan dah turun.
    6. Masak bagi mendidih lagi,bila dah rasa semua dah ok boleh la tutup api tu. 
    7. Hidangkan dengan nasi putih dengan solok lada pulak..

    Ok la itu jer yang Cik Ash nak share Gulai Lemak Kuning Ikan Talang yang Cik Ash masak untuk suami dan ibu mentua, lauk ni dimakan dengan solok lada yang Cik Ash buat kakak suami Cik Ash bagi. hihihi.. resepi solok lada nanti Cik Ash share nak guna yang Resepi Solok Lada Kak Ipar Cik Ash pun boleh jer . Sama jer cara cuma Cik Ash letak sebiji telur dalam inti solok tu. Selamat Mecuba resepi daripada #dapurcikash.

    Sunday, February 25, 2018

    Drama Tok Adi Astro Oasis

    Drama Tok Adi Astro Oasis | Assalamualaikum... Hai selamat pagi semua, semoga dipermudahkan segala urusan buat anda semua ya.


    Cik Ash ada nak bagitaw akan ada drama terbaru daripada Astro Oasis & Maya HD bertajuk "Tok Adi" iaitu drama spin off kepada drama popular "Tanah Kubur". So sesiapa yang pernah layan drama Tanah Kubur mungkin tak sabar nak tengok drama ni kan. 

    Drama ni akan bermula pada 5 Mac 2018, setiap hari Isnin, jam 9 malam. So yang mana merindui lakonan tok adi boleh tengok drama ini nanti ya. Rasa Cik Ash agak lama dah tanah kubur dah tak ada tv astro oasis ni.

    Drama "Tok Adi" ni mempunyai 10 episode yang memberi fokus kepada watak tok adi lakonan Nasi Bilal Khan juga dibantu oleh pelakon Izzue Islam, Johan As'ari, Saharul Ridzwan dan ramai lagi. 

    Nantikan pada bulan Mac nanti kemuculan drama spin off daripada Tanah Kubur ini iaitu "Tok Adi". Cik Ash tengok instagram Rashid Sibir dalam proses penggambaraan lagi. Tak sabar nak tengok drama ni.Rasa Cik Ash dah lama  tak tengok lakonan Saharul Ridzwan, Johan dan Izzue kan.

    Ok la semua itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan anda semua mengenai drama "Tok Adi' ni. Jangan lupa tengok ya.. hihihihi...

    Friday, February 23, 2018

    PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

    [Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

    PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

    No automatic alt text available.

    Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

    Image may contain: text

    Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
    1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance


    Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal.

    Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

    • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
    • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
    • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
    • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
    • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
    • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa
    Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
    • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi
    - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
    - Dibayar kepada penama
    • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
    - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
    - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
    • Kematian disebabkan oleh kemalangan
    - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
    - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
    • Penyakit kritikal
    - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
    - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

    2. AXA 200 Cancer Care

    Image result for axa 200 cancer care

    Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

    Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
    • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
    • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
    • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
    • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
    • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma
    • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
    • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
    • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care


    Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

    Image may contain: text

    Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
    • Manfaat untuk Rawatan Terapi
    - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan menerima bayaran insurans minimum RM30K.
    • Manfaat Untuk Sembuh
    - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
    • Pendapat Perubatan Kedua
    - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
    • Manfaat untuk Penama
    - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
    • Servis Penjaga
    - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
    • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
    - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian pakej AXA 200 Cancer Care.


    3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

    Image result for pet insurance

    Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal.

    Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

    Related image
    • Dijamin oleh MSIG
    • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
    • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
    • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
    • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
    • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
    • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
    • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.

    Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
    • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
    Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
    • Manfaat Kematian
    Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
    • Manfaat Untuk Pengebumian
    Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
    • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang
    Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
    • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
    Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
    • Liabiliti Pihak Ketiga
    Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.


    Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet

    Image may contain: text

    Mudah Digunakan

    Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda.

    Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

    Image may contain: text

    Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

    Harga Yang Berpatutan

    No automatic alt text available.

    Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

    Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

    PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. 

    Thursday, February 22, 2018

    Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

    Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

    Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

     

    Klik Banner untuk join giveaway ni.

    Tarikh tutup : 28 Februari 2018

    Wednesday, February 21, 2018

    Alhamdulilah Menang Giveaway Happy Brithday Sis Hawa

    Alhamdulilah Menang Giveaway Happy Brithday Sis Hawa | Assalamualaikum.. Hai selamat malam.. sekejap saja masa berlalu dah khamis kan.



    Alhamdulilah rezeki blog Cik Ash menang cabutan bertuah secara live cabutan bertuah Sis Hawa buat. Memang masa sis hawa live Cik Ash tengok siaran langsung tu hahahaha, memang dah nampak siapakah pemenang tu. tapi tak pe tunggu keputusan penuh di blog Sis hawa akan umum kan, so semalam Sis Hawa dah update keputusan dan hadiah yang pemenang dapat.

    Bila tengok siaran pemenang siapakah pemenang alhamdulilah terselit no bertuah Cik Ash iaitu no 20 menang hadiah perfume tu jimat duit tak payah beli dah hihihihi.. So kepada yang ada join giveaway Sis Hawa ni cepat-cepat la pergi tengok kut awak salah seorang pemenang tu ke. Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada Sis Hawa dan sponsor giveaway.

    Ok la, Cik Ash undur diri dulu ya, nak pergi buat kerja sikit pulak lepas ni kalau free Cik Ash blogwaking blog kawan-kawan ya.

    Life is Beautiful 9th Giveaway

    Life is Beautiful 9th Giveaway | Assalamualaikum... jom memeriahkan join giveaway ni. Tarikh tutup giveaway hari ini ya.

     http://mummyayu.blogspot.my/2018/02/life-is-beautiful-9th-years-giveaway.html 

    Klik BANNER untuk join giveaway ini, hadiah yang ditawarkan pun cukup menarik beruntung siapa bakal jadi pemenang nanti. 

    Daripada perhatian Cik Ash pasal blog mummyayu ni sangat minat pink kaler ya, bagi Cik Ash ok jer blog mummy ayu, semoga terus semangat dan kuat meneruskan menulis blog ya. 

    Ok la itu jom memeriah giveaway mummy ayu ni ya, last hari ini dah.


     

    Review Nabati Chocolate Wafer

    Review Nabati Chocolate Wafer | Assalamualaikum, Hai korang semua selamat pagi, baru nak review pasal Nabati Chocolate Wafer ni hihihihi.


    Cik Ash duk tengok iklan teringin nak cuba selalu pergi kedai tak pernah nak jumpa snack ni, last akhirnya terjumpa juga tu suruh suami beli jugak satu paket hahahaha, biasa la kalau teringin nak makan kena la beli kan.


    Fist time Cik Ash makan biskut Nabati ni, boleh diterima di tekak sedap jugak keluaran brand indonesia ni. Rasa tak puas makan pulak snack wafer ni, boleh dijadi list kudapan la bila teringin nak makan.


    Boleh juga ubah selera makan snack wafer yang jauh daripada indonesia kan, tak silap Cik Ash dia ada dua perisa Cheese dan Chocolate, Cik Ash ambik yang perisa Chocolate memang suka coklat hahahahha.

    Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsikan pasal nabati chocolate wafer jer pun. hihihihi.. jumpa lagi di entri yang lain nanti ya. nak pergi masuk dapur dulu nak buat sarapan dekat suami hahahahha..

    Tuesday, February 20, 2018

    Bestnya join GALS, hadiah cunn untuk 5 PEMENANG

    Seronok tau join giveaway LubukSeni.com

    So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.

    Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!


    Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
    • Koleksi seni & kraftangan seluruh dunia
    • Belajar buat Sabun Susu Badan, Sabun Kopi dan Sabun Madu Lebah
    • Travelog penulis blog- pengalaman sendiri ke Singapore & Indonesia
    • DIY Kraftangan mudah, ada tunjuk step by step
    • Tempahan oleh pelanggan Lubuk Seni termasuklahh guestbook, propcraft & photobooth
    • 30 Resepi makanan kreatif jika nak turun 10kg dalam masa sebulan


    Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 

    Follow rerapatt okke!

    Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

    Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken | Assalamualaikum, Hai semua Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. 




    Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.



    AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.




    Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.




    Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.



    Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:






    TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA

    Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.




    TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

    Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.



    Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.