Resepi Solok Buah Petola | Assalamualaikum, semalam cik ash ada buat solok buah petola suami la mengidam nak makan dia suruh Cik Ash buat, terkejut Cik Ash taw, tak pernah buat dan makan pun, hahahaha, selalu duk buat dan makan solok lada jer pun. mesti ramai yang terkejut kan petola boleh buat solok gak hahahha, biasa orang kelantan mesti la kreatif hihihihi..
Solok Buah Petola |
Semangat suami Cik Ash ambik petola nak suruh wife dia masak solok buah tene, Cik Ash panggil buah tene sebab orang kelantan panggil buah tene hahahaha, orang luar panggil buah petola ya. dia bercerita mok selalu buatkan untuk dia, hihihihi, so belajar dengan ibu mentua nak membuat solok buah tene ni. resepinya Cik Ash ikut cara ibu mentua buat demi untuk keselamatan tu yang Cik Ash abadikan dalam blog bila ada masa buat boleh rujuk hihihihi..
Resepi Solok Buah Petola
Bahan-bahan
2 biji Buah Petola
1/2 labu bawang besar
1 biji bawang putih
2 ekor ikan selayang
1 sudu kfc serbuk lada hitam
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc anjinamoto
kelapa rm2 ( simpan sedikit untuk santan)
Cara membuatnya :-
1. Mula-mula sekali cuci petola hingga bersih, belah kecik korek isi kat bahagian tengah tu.
2. Rebus ikan , selepas itu blender la isi ikan, bawang besar, bawang putih, lada hitam sampai lumat. cara senang hihihihi.. kalau rasa rajin nak tumbuk pun boleh.
3. Gaulkan bahan yang dah blender tadi bersama kelapa parut hingga sebati, sesuaikan rasa garam, anjinamoto. gaul sehingga sebati.
4. Bila dah sebati boleh sumbat inti solok tu kedalam petola yang telah dipotong tadi.
5. Susun comel dalam periuk, bubuh santan sederhana pekat. Guna api yang perlahan. Bila dah empuk petola tu dah boleh di makan dengan nasi putih yang panas.
Solok Buah Petola ni kalau buat tak makan lauk lain pun tak pe hahahha.. sedap sangat memang makan berselera tengok suami makan siap teleng-teleng kepala , kalau dah teleng kepala tu memang masakan Cik Ash buat memikat hati suami la ya hahahhha, suami ni jarang sangat nak puji kalau tengok dia makan berselera itu sedap la hihihi.. jangan suami baca sudah entri hahahah..
Selamat memcuba resepi Cik Ash ni simple jer Cik Ash buat sebab ibu mentua ajar santai2 jer, hihihihi... alhamdulilah Cik Ash banyak belajar masakan febret suami daripada ibu mentua,mujur la masakan cik ash selalu dapat pujian daripada ibu mentua hihihi, bangga taw ibu mentua puji masakan kita. suami kalau berselera tu memang masakan Cik Ash sedap la,
Ok la korang semua itu jer resepi yang cik ash share dengan korang semua, selamat memcuba resepi solok buah petola ni, memang menyelerakan makan nasi putih panas-panas tambah nasi pun tak perasan apa dah.. hihihi..
This post have 15 komentar
Sero rajin buat sekali ,, hii, terasa malas plok nok buat, tapi resepi ni selero la bagi yang suka makan
ReplyOrang rajin orang suka..apatah lagi rajin masak
Replywahh, resepi baru ni..")
ReplyWah nampak senang dan mudah saja nak buat
Replywow solok petola..sllu dengan solok lada je..rajinnya ekin..lau dekat boleh la hantor sepinggan kan hihihi
ReplyRose belum pernah rasa lagi solok petola.. selalu makan solok lada, kalau beli nasi kerabu.. thank you Cik Ash untuk resepinya , bolehlah cuba nanti. nyum nyum .
ReplyTak penah dengar. Huhuhu sedap ke? Mak pun tak penah buat
ReplyTak penah dengar. Huhuhu sedap ke? Mak pun tak penah buat
ReplyPetola ke pelatok.. ahahha. Tringat drama p.ramlee
ReplyTak pernah dengar lah resepi ni... Benda baru... nanti hujung minggu kite try buat...
ReplySelalu makan solok ikan , solok ikan .. tapi kali ni cik Ash share resepi yang unik .. solok petola kot ..wahh
Replyokay let's try it next time!
Replylama tak masak utk suami saya jugak!
Selalu makan solok lada je..sedapp..
ReplySelalu dengar solok lada je. Ni solok buah petola pulak eh.. tp solok lada pn x pnh mkn.😅😅
Replysedapnya
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon