Resepi Peria Katak Goreng Telur Hancur | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.
peria katak goreng telur |
Baru-baru Cik Ash pergi shopping lauk pauk dekat pasar pagi dekat padang serai nuh, alang-alang pergi sana suami bab peria memang dia suka siap suruh beli peria katak, bendi la, segala jenis sayur dia suruh ambik hihihihi... suka Cik Ash apabila suami dah berjinak-jinak nak makan sayur pahit-pahit ni. Siapa kat sini suka makan peria katak? Rasa Cik Ash tak ramai yang sanggup makan peria katak ni sebabnya ia dikategorikan pahit macam ubat hihihihi.. Jom la usha resepi yang Cik Ash masak Peria Katak Goreng Telur Hancur ni dekat bawah
Resepi Peria Katak Goreng Telur Hancur
Bahan-bahan
3 batang peria
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 biji lada besar
Ikan bilis sedikit
garam
secukup rasa
serbuk kunyit
Cara Membuatnya :-
1. Potong peria nipis-nipis, kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.
2. Tumbuk bawang besar dan bawang putih selepas itu tumis bawang itu bersama dengan ikan bilis sampai garing, kemudian masukkan lada besar yang dikisar dan serbuk kunyit nak bagi nampak kekuningan sikit.
3. Tumis sampai masak. Kemudian masukkan peria katak tu selepas itu pecahkan telur.
4. Kacau bagi sekata dan masukkan bahan perasa , Dah cukup rasa dan masak boleh la diangkat dan dihidang dengan nasi panas-panas tak makan lauk lain pun tak pe taw.
Apa yang Cik Ash taw mengenai Peria katak ianya sangat rendah kalori tetapi padat dengan nutrien yang sangat berharga. Ia adalah sumber terbaik vitamin B1,B2, dan B3, C, magnesium, Folat, Zink, Fosforus,mangan, dan mempunyai serat makanan yang tinggi. Ia juga kaya dengan zat besi, mengandungi dua kali ganda betakarotena brokoli, dua kali ganda kalsium bayam, dan dua kali ganda kalium pisang.
Peria juga mengandungi bahan kimia yang bertindak seperti insulin untuk membantu mengurangkan tahap gula dalam darah. Oleh itu ianya amat baik untuk kesihatan bagi menghindarkan penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain. Memang khasiat peria katak banyak sangat.
Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi resepi Peria Katak Goreng Telur Hancur. selamat mencuba resepi yang cik ash buat ni.. memang simple sangat..
tak suka mkn peria. tp yg versi ni, nmpk mcm sedap.. hihi
ReplyDeleteTry la buat sedap hihihi
Deletetak pernah masak ni, boleh cuba...
ReplyDeleteTry la masak la cik lily
Deletetengok gambar macam mau jak aku jilat screen lappy...haha..sedap nih bila di tengok..
ReplyDeleteHihihihi.. Sedap sangat
Deletethe word katak scares meeeee
ReplyDeleteHihihihi
Deletekawan minat mkn nie..hehe..sy x brapa
ReplyDeleteAkak xminat gak sebelum loni jadi minat
DeleteDulu masa mula2 makan pahitnya rasa, tapi dah makin lama makin suka pula makan peria ni hehe
ReplyDeleteKan memula mkn memang rasa pahit bila dah mkn x pahit dah
DeleteSedap ni kak.. Walaupun tak gemar sgt tapi kalau masak mmg makan gak..
ReplyDeleteMemang sedap hihihihi
DeleteMmg sedap peria masak gini..bleh mkn bertambah2 haha
ReplyDeleteBetul2 tu memang bertambah la nasi
DeleteMemang betul tu makan bertambah la
DeleteCik en lg suka pahit.. lg pahit lg bgussss.. ahhaha
ReplyDeleteKan betul tu cik en..
DeleteTB memang suka makan ni masa mengandung tahun lepas.. dengan peria goreng sekali.. dua2 ni faberettt.. heee.. leh la try resepi ni nanti
ReplyDeleteOwh try la tb
DeleteHihi, tak pernah lagi mkn buat telur goreng kalau campur udang sedap tak rasa pahit sngt
ReplyDeleteTry la buat zira
Deletesdapnya la..:)
ReplyDeleteSedapnya cikash..
ReplyDeleteNampak sedap .. tapi peria dengan tekak ccl tak dapat nak telan
ReplyDelete