Ayam Percik By Cik Ash | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat ya. Alhamdulilah syukur masih dapat menulis entri dekat blog ini..menu dah lama buat baru nak hihihihi.. Hari ini terlebih rajin nak kongsi Cik Ash ada buat Ayam Percik hihihihi.... lama dah tak makan masa bulan puasa aritu teringin nak makan so buat jer tapi guna santan kotak jer.
Memang lauk ayam percik berhantu taw membangkitkan selera perut suami hahahaha, suami Cik Ash makan bertambah-tambah, lagi pulak Cik Ash dapat pujian daripada ibu mentua dia kata sekarang Cik Ash dah mahir masak hihihihi sebelum ni pandai jugak cuma masak yang simple hahahaha, sekarang semua boleh buat dah sikit-sikit tak macam masa mula-mula kahwin masih kekok lagi nak memasak untuk suami dan ibu mentua hihihihi.. sekarang alhamdulilah dah masuk tahun ke 4 bergelar isteri dan surirumah dapat menyesuaikan diri mula masa tak kerja rasa lain sangat , macam-macam rasa.
Eh terlebih-lebih bercerita pasal Cik Ash pulak, sebenarnya cik ash nak share pasal masak ayam percik by Cik Ash hihihihi, cik ash buat jer main agak-agak bahan dekat dapur tu, lagi pulak ada ingat sikit ma n ibu mentua bagitaw letak apa. Resepi kat bawah ni Cik Ash masak untuk 3 orang makan jer.. nak masak banyak pandai-pandai lebih bilangan bahan-bahan tu ya.
Resepi Ayam Percik
Bahan-bahan
8 ketul ayam
Bahan untuk perap ayam :
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
garam secukupnya
Bahan untuk Kuah :-
1 Kotak santan
1 ulas bawang besar
1 inci halia
1 batang serai
2 tangkai cili kering
garam secukupnya
Gula- untuk ada rasa manis
1 keping asam keping- letak sekejap jer
Cara Membuatnya :-
1. Mula-mula sekali kena mesin dulu bahan perap ayam lepas itu lumurkan pada ayam dalam 30 minit. Saya kukus dulu ayam tu sebab nak bagi masak sekata kan. terpulang pada korang nak bakar terus pun boleh. Bakar ayam sehingga masak.
2. Selepas itu kisar kesemua bahan kisar bagi lumat, masukkan dalam periuk bersama dengan santan, masakkan di atas dapur dengan api yang perlahan sambil kacau-kacau selalu ya. kalau pekat tambah sedikit air.. masaklah hingga kuah jadi pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
3. Bila ayam dah masak sekata boleh la diangkatkan , hidang dengan nasi yang panas. sedap sangat la..
Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi hari ini... resepi ayam percik versi Cik Ash..
This post have 24 komentar
amboi sedapnya ayam percik!!
Replysdap ter..:)
Replyni ayam percik kelantan ke ekin
ReplySedapnya.. nak sikit boleh?
Replysedapnya kak
Replysedap sehingga menjilat jari!
Replyok..nanti akak nak try resepi ni
ReplyLama dah x buat aye percik ..
Reply"kekoh lagi nak memasak" ke KEKOK hihih
Replynak copy resipi ni la Ekin..x pernah masak ayam percik
ReplyHahahaha memey sedap
ReplyHom sedap gu lawan kita makan bertambah2
ReplyYor la kut kak el.. Ekin ingat resepi ma n mok ajar hihihi
ReplyHabis dah ni
ReplyMemang sedap sangat
ReplyMemey sedap menjilat jari ni
ReplyAkak kalau nak buat banyak lebihkan bawang tu ekin ni buay untuk 3 org makan jer
ReplyKena buat la tu wano
Replyhahahahhaha sis JM ni nampak jer typo ekin
Replycopy jer kak.. tapi resepi ni untuk 3 org makan jer hihihihi
ReplyKalau bulan puasa ni, confirm meletup...huhu
ReplyTu la pasal hihihi.. Tunggu nanti bulan puasa ada yang mencari nanti..
Replyalamak sedapnya...cikyan suka ayam percik ! lama tak buat...
Replyhusban suke percik kelantan tauu...
Replyyang lemak2 ni
lain kali boleh la try resepi kak ekin
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon