Ayam Percik By Cik Ash | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat ya. Alhamdulilah syukur masih dapat menulis entri dekat blog ini..menu dah lama buat baru nak hihihihi.. Hari ini terlebih rajin nak kongsi Cik Ash ada buat Ayam Percik hihihihi.... lama dah tak makan masa bulan puasa aritu teringin nak makan so buat jer tapi guna santan kotak jer.
Memang lauk ayam percik berhantu taw membangkitkan selera perut suami hahahaha, suami Cik Ash makan bertambah-tambah, lagi pulak Cik Ash dapat pujian daripada ibu mentua dia kata sekarang Cik Ash dah mahir masak hihihihi sebelum ni pandai jugak cuma masak yang simple hahahaha, sekarang semua boleh buat dah sikit-sikit tak macam masa mula-mula kahwin masih kekok lagi nak memasak untuk suami dan ibu mentua hihihihi.. sekarang alhamdulilah dah masuk tahun ke 4 bergelar isteri dan surirumah dapat menyesuaikan diri mula masa tak kerja rasa lain sangat , macam-macam rasa.
Eh terlebih-lebih bercerita pasal Cik Ash pulak, sebenarnya cik ash nak share pasal masak ayam percik by Cik Ash hihihihi, cik ash buat jer main agak-agak bahan dekat dapur tu, lagi pulak ada ingat sikit ma n ibu mentua bagitaw letak apa. Resepi kat bawah ni Cik Ash masak untuk 3 orang makan jer.. nak masak banyak pandai-pandai lebih bilangan bahan-bahan tu ya.
Resepi Ayam Percik
Bahan-bahan
8 ketul ayam
Bahan untuk perap ayam :
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
garam secukupnya
Bahan untuk Kuah :-
1 Kotak santan
1 ulas bawang besar
1 inci halia
1 batang serai
2 tangkai cili kering
garam secukupnya
Gula- untuk ada rasa manis
1 keping asam keping- letak sekejap jer
Cara Membuatnya :-
1. Mula-mula sekali kena mesin dulu bahan perap ayam lepas itu lumurkan pada ayam dalam 30 minit. Saya kukus dulu ayam tu sebab nak bagi masak sekata kan. terpulang pada korang nak bakar terus pun boleh. Bakar ayam sehingga masak.
2. Selepas itu kisar kesemua bahan kisar bagi lumat, masukkan dalam periuk bersama dengan santan, masakkan di atas dapur dengan api yang perlahan sambil kacau-kacau selalu ya. kalau pekat tambah sedikit air.. masaklah hingga kuah jadi pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
3. Bila ayam dah masak sekata boleh la diangkatkan , hidang dengan nasi yang panas. sedap sangat la..
Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi hari ini... resepi ayam percik versi Cik Ash..
Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya cik ash la ya.. Cik Ash peminat wangian daripada Enchanteur sejak dulu lagi bila dapat taw enchanteur ada mengeluarkan set hadiah begitu teruja sangat.
Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah yang lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.
Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak - si ibu, adik beradik, teman istimewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari. Menyedari penghargaa yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan didatangkan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sangat sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan. ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pemgembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My
Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh
kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu
wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian
floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan
bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman
suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah
sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel
dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.
Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama
Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT
Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi
Watsons seluruh negara.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah
ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie
adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona
terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis
idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang
sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa
istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons
sahaja.
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta
losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit
dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini
meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca,
ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit
agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.
Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis
melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan
memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas
hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa
tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna
yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh
negara.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz
15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya
hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.
Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan
mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan
haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia
terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh
negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan
set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle
Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini
bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap
detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan
kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di
seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga
RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT
SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di
Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.
Pageview Tertiba Naik Sekejap | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat... Hari ini Cik Ash ada share sesuatu dengan korang semua taw..
Pada 20 januari 2018 aritu tertiba pageviews blog Cik Ash naik mendadak terkejut tengok , lagi pulak request friend yang tak dikenali pun ramai. pelik la kenapa jadi begini. Sambil-sambil duk scroll facebook tu ternampak facebook pages SAFI share entri blog Cik Ash wah teruja sangat hasil review dekat blog sebelum ni dapat perhatian dekat safi fb pages untuk kongsikan review Cik Ash.. Alhamdulilah rezeki Cik Ash.
Nampak tu review dalam blog sangat berkesan taw sebab pengalaman menggunakannya sendiri Cik Ash kongsikan dekat blog.. memang produk Safi Rania Gold Di Formulasi Beetox Technology bagus sangat, best pakai serum safi tu jerawat yang naik cepat jer surut.. hihihihi..
Bila search dekat google entri Cik Ash ada di carian atas sekali penangan safi share jugak kut hihihihi.. alhamdulilah sangat entri dapat tarik traffik dekat sejak-sejak minggu ini... sebab blog Cik Ash agak merundum sikit ada problem apa entah Cik Ash ni bukan pakar bab blog pun huhuhu..
So sesiapa yang ingin iklan ataupun review produk di blog Cik Ash boleh contact Cik Ash di email ash.rie8506@gmail.com ya. Cik Ash akan bagi syarat untuk review nanti.. sekarang zaman orang search google untuk taw produk tu ok tidak.. so kami sebagai blogger tugas untuk review dan memcuba produk itu sendiri.
Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua, jumpa lagi nanti di entri yang lain ya...
TAWARAN HEBAT CUCI KEDAI DARI - SYAQIST PATCHWORK !| Assalamualaikum.. Selamat petang semua, Perhatian!!! cik ash ada nak buat pengumuman buat peminat cadar Patchwork ni jom usha-usha Syaqist Patchwork sekarang sedang berlangsung tawaran hebat ni..
SYAQIST Patchwork menyediakan pelbagai produk patchwork yang sangat cantik dan juga berkualiti tinggi. Antara produk patchwork yang mereka tawarkan ialah cadar, karpet size besar, karpet size kecil, toto bayi, alas kaki, bantal bunga dan pelbagai lagi. Menariknya semua design cantik-cantik dan warna yang sangat menawan kalbu.
SET PREMIUM CADAR PATCHWORK SYAQIST
MATERIAL CADAR SYAQIST 100% cotton. Sekiranya ada yang beli dan kualiti material bukan cotton, korang boleh kembalikan dan dapatkan yang baru. Jaminan kualiti cadar Syaqist ni memang tip top! JENIS cadar pula adalah jenis cantum tampal atau sulam tampal. Ini membezakan patchwork asli dengan palsu tau! Set cadar ni mengandungi 3 item iaitu 1 CADAR QUILT YANG TEBAL dan 2 SARUNG BANTAL BERZIP.
KELEBIHAN CADAR PATCHWORK SYAQIST
Jahitan lebih halus dan kemas
Material kain pure cotton berkualiti tinggi
Lebih tebal dari cadar yang biasa
Kain sejuk dan selesa dipakai
Melekap dan terletak di atas katil
Jahitan corak bunga nampak timbul
Bilik akan nampak lebih ekklusif, mewah dan beraya
Mudah diurus dan di basuh dengan mesin basuh
Tebal dan boleh di pakai lama
Menambah keempukan tilam
Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang
Boleh dijadikan sebagai cadar pengantin
PELUANG MENYERTAI TEAM SYAQIST
Syaqist juga menyediakan peluang untuk kita menikmati faedah yang berbaloi-baloi dengan mereka. Syaqist menawarkan MEMBERSHIP & LOYALTY PROGRAM untuk kita menikmati pelbagai kelebihan. Antara faedah yang diperolehi dari program ini ialah
Diskaun semua item termasuk item promo
Hadiah hari jadi
Rebate RM50 untuk belian ke 11
Tidak perlu memperbaharui keahlian
YURAN KEAHLIAN hanya RM30 seumur hidup dan TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA.
PROMOSI KOSONG KEDAI
SYAQIST dalam proses berpindah ke kedai baru jadi untuk memudahkan urusan, mereka sedang buat promosi BERMULA 27hb JANUARI HINGGA 31hb JANUARI 2018 SAHAJA. Korang bolehlah grab peluang harga promosi ni untuk miliki cadar patchwork premium dari Syaqist ni!
GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM | Assalamualaikum selamat petang lama tak blogwalking blog petang ni.. ternampak dekat dashboard ada blogger buat giveaway jom memeriahkan mana taw ada rezeki nanti ke..
Syarat untuk join mudah sangat tak susah pun cepat-cepat pergi join nuh kalau menang hadiah syok tu, antara hadiah yang bakal dimenangi ialah 3 pemenang Fridge Magnet Pulau Jeju dan 5 pemenang Keychain Khas Pulau Jeju.. menarik kan hadiahnya cepat-cepat jom reramai pergi join giveaway siti yang menaip klik banner dekat atas tu untuk join ya..
Wajah Terkini Pelakon Mohabbatein | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya..
Rabu minggu lepas cerita ni 18 tahun dah masih ada di tayang dekat tv sebab cerita ni best sangat.. First tengok filem Mohabbatein masa oritansi tingkatan 1 tak silap Cik Ash la, lupa dah, masa memang tu cikgu bagi layan filem hindi. ralik sungguh la Cik Ash tengok...
Dalam duk layan filem Mohabbatein dekat tv terlintas dalam kepala ni apa dah terjadi kepada semua pelakon dalam filem ni, dah lama tak dengar khabar tengok diaorang belakon.. hihihi.. padahal Cik Ash sejak jadi wife hindustan dah kurang nak layan filem-filem baru ni, kalau filem lama memang layan sebab banyak mesej yang disampaikan dalam cerita tu. So Cik Ash terlebih rajin godek-godek segala google untuk cari maklumat terkini diaorang ada la jumpa setengah-tengah jer, jom la tengok mereka dengan wajah terkini.. hahahahha
Shahrukh Khan as Raj Aryan Malhotra
Aishwarya Rai as Megha Shankar
Amitabh Bachchan as Narayan Shankar
Jugal Hansraj as Sameer Sharma
Jimmy Shergil as Karan
Shamita Shetty aka Ishika Dhanrajgir
Kim Sharma aka Sanjana
Uday Chopra as Vikram Oberoi
Preeti Jhangiani as Kiran
Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan korang, wajah-wajah terkini pelakon mohabbatein hahahahha.. Cik Ash terlebih rajin tu share dengan korang semua... hihihihi.. nantikan wajah terkini filem kabhi kuhci kabhi gham pulak ya..