Wednesday, December 13, 2017

author photo
Lagu Ost  Drama Dekatkan Jarak Kita | Assalamualaikum.. Hai, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..


Siapa tengok drama ini kita geng.. hihihihi.. Cik Ash memang layan drama ini, melekat dekat tv semata-mata drama ini.. entah minat pulak tengok syafiq kyle ni berlakon berduet pulak dengan ayda jebat lagi la suka.. hahahhaha... 

Menarik sangat cerita disebabkan harta boleh jadi jahat sangat.. dekat bawah ini sinopsis yang Cik Ash kongsikan dengan anda semua.. jom baca sinopsis dulu lepas tu Cik Ash akan kongsikan lagu tema untuk drama ini.. 

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Drama ini mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis. 

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan mengannggapnya telah meninggal dunia. 

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif. 

Nasib  tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecewa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dan badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut,kuku, dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan candangan itu rahsia tersebut hanya diketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa. 

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

Lagu tema Drama Dekatkan Jarak Kita 



Tajuk : Tergantung Sepi
Penyanyi : Haqiem Rusli

Lirik :

Cukup di sini perjalanan kita 
menghukum diri  mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana
Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi
Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua
Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi
Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua
Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi
Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi
Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua
Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi
Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi 

Ok la itu lagu cik ash dapat cari insyaAllah kalau ada lagi lain nanti cik ash kongsikan dengan anda semua ya..

This post have 4 komentar

avatar
Ciktie delete December 13, 2017 at 10:38 PM

Baru sempat nak layan cerita ni

Reply
avatar
Farhana Jafri delete December 13, 2017 at 10:52 PM

macam best je drama ni & lagu tu one of my fav :D

Reply
avatar
Fatin Shahrizam delete December 14, 2017 at 2:00 AM

Layannn! My feveret, tak lepas lagi. Tak sabar tunggu episod mggu depan

Reply
avatar
Sheila Adziz delete December 14, 2017 at 4:29 PM

baru nampak kat tv sejak cuti ni... hehe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post