Kuah Kari Ikan Pak Brahim's | Assalamualaikum.. Hai, selamat pagi, lama nak entri dalam draf lupa sokmo nak share hahhaha.. biasa la nak mengarang ni kena ada mood gak kan...
Korang pernah masak guna pes brand brahim's tak?? cik ash kiranya pertama kali menggunakan pes brahim's ni, saja-saja nak ubah selera kan, aritu shopping dekat tesco ternampak pes ni dekat tesco cik ash ambik satu kuah kari ikan dan sambal tumis. cik ash sebenarnya jarang sangat nak masak kari ikan kat rumah taw sebab suami tak makan mana.. hahahaha.. pes brahim's cik ash ambik senyap-senyap tak bagitaw dia pun biasa la nak buat kejutan dekat suami masak lauk lain hihihihihi..
Brahim's ini adalah jenama Produk Makanan Segera yang terdiri daripada Sos Thai, Kari Hijau, Rendang, Nyonya,Masak Merah, Nasi Tomato, Nasi Briyani,Nasi Goreng,Kurma Daging, Sambal Ikan Bilis, Kuah Percik, Masak Lemak, Sambal Tumis, dan Masala. Brahim's merupakan jenama produk islam yang diusahaan oleh Syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd yang beroperasi di Bangi, Selangor. Syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd ini dimiliki oleh orang Islam.
Masak kuah kari ikan guna pes brahim memang memudahkan kerja cik ash sebab hanya tambah air 200ml jer masuk ikan, bahan-bahan lain bendi, cili padi, tomato, masak atas dapur hingga mendidih siap boleh dihidangkan dengan nasi panas..sebab di dalam pes dah termasuk bahan-bahan yang tak perlu di tumis pun dan santan sekali.
Masa percubaan pertama menggunakan pes brahim ni suami pelik buat kuah kari ikan beli santan kat mana, hihihihi... cik ash bagitaw dekat suami tak perlu guna santan dalam ni dah tersedia santan dah.. pes pak brahim's ni memang best sangat makan kuah kari ikan ni macam makan lauk kari ikan mamak kat kedai pulak di tambah pulak ada bendi tu lagi la membangkitkan selera kami bertiga dekat rumah ni.. mujur la cik ash tak makan dah malam cuma ambik rasa kuah jer hihihihi... kena diet makan malam kan.. buat kuah kari ni pada waktu makan malam ya.. hahahha nampak itu entri dah lama buat tersimpan dalam draf.
Selepas ini cik ash akan memcuba pes brahim's yang lain pulak, banyak juga pes brahim's ni nanti boleh usha-usha lagi bila pergi shopping dekat tesco kan, tengok yang mana best dan senang dibuat. macam-macam ada tu menarik lagi kalau yang suka travel luar negara untung kalau bawa pes paket begini jimat dan tak membazir masa nak menumis or cari makan kat luar kita boleh masak sendiri dekat rumah.
Ok la korang semua cik ash nak undur diri dulu ya, ada nak buat kerja dekat rumah ni biasa la tugas surirumah ada kerja yang kena buat kami bukan goyang kaki pun.
selalu jugak nampak tapi tak pernah lagi try. Lepasni boleh try lah :D
ReplyDeleteNi sebab selalu tengok teringin nak memcuba tu yg beli hahahaha
DeleteSelalu nampak kat Tesco atau Jusco AEON product ni cuma tak pernah cuba lagi...setahu SA produk ni ramai pilih bawak pi oversea...
ReplyDeleteHa ah memang ramai pilih untuk p oversea jer.. Saja2 nak ubah selera boleh jer SA hihihi..
DeletePerghhhh..Sedapnya....
ReplyDeleteSedap sangat
DeleteBaru dengar pasal produk Brahim's ni tadi dekat detik niaga. Bekalan makanan untuk travel jugak :)
ReplyDeleteProduk memang molek kalau pergi travel ni
Deletewah cam menarik je,tak pernh lagi guna pes bagai nie..nmpk senang nk msk
ReplyDeleteTak salah kalau nak memcuba pes ni.. Hihihihi
DeleteOh tak pernah cuba lagi ni... nanti boleh try...
ReplyDeleteGV belum try pes ini lagi. Nanti nak cuba la kak Ash. Mesti sedap. :D
ReplyDelete