Chicking Kini Berada Di Kulim | Hai, harap semuanya sihat walafiat ya..
Pada 3 Disember aritu cik ash ada pergi shopping dekat Tesco masa nak masuk pintu masuk tesco tu ternampak kedai makan segera baru buka, Menarik pulak tengok kedai makan segera ni,selalu cik ash pergi shopping Tesco suami belanja makan KFC jer pun.. hahahaha..
Anda pernah dengar Chicking tak! Cik Ash ni pertama kali mendengar Kedai Makan Segera Chicking macam pelik jer hahahaha. Merupakan Kedai Makanan segera macam KFC jugak yang berasal daripada Dubai. Chicking juga merupakan salah satu restoran makanan segera yang terbaik dan lengkap Halal (OSR).
kredit fb chicking |
Apa yang menarik perhatian cik ash mengenai Kedai Makanan Segera Chicking ini Tema Warna Merah yang hampir sama dengan KFC. hihihihi cuma nama jer berlainan iaitu "Chicking" lagi yang menarik disini ada kelainan daripada hidangan set ayam taw bukan ayam goreng sahaja turut diserta hidangan ayam panggang taw dan banyak lagi menu lain. Lepas tu nama dekat depan pintu masuk ada tulisan kecil sebelah chicking ada tulisan nama jawi.. rasa pertama kali kedai makan yang cik ash perasan dekat kedai ada nama tulisan jawi.
Seperti kedai makanan segera yang lain juga servisnya sama jer di mana anda memesan dan mengambil makanan anda di kaunter. Tetapi tidak sama macam KFC taw, Chicking ni menggunakan kaunter yang berasingan, sama seperti Mc Donald's ya, di mana Kaunter untuk pesanan dan kaunter Pick up dan kauter Order dipisahkan.
Kami memesan 1 set Ayam Panggang (2pcs) turut disertakan dengan kentang goreng, tortila+nasi tapi cik ash pilih tortila, dan minuman ringan untuk cik ash, manakala untuk suami pulak kami memesan Dinner Meal Ayam Goreng Spicy disertakan dengan roti, Mashed potato, coslaw dan air kami memilih ice lemon sahaja.
ayam panggang |
ayam goreng |
harga makanan |
Review Chicking
Review cik ash mengenai Chicking ini tentang ayam panggang tu rasanya lain macam kita makan ayam panggang berempah gitu pulak kita perisi ayam panggang kecil-kecil lepas tu bungkus dalam tortila, letak sos cili, mayonis,ubi kentang goreng, lagi sedap dimakan. Manakala ayam goreng yang suami pulak dia kata ayam dia rasa lain sangat tak sama macam kfc kulit ayam rangup isi dia bersalut dengan rasa rempah jugak, lepas tu untuk mashed potato pulak ada rasa kelainan tak sama dengan kfc, manakala untuk Coslow pulak rasa di lemak masin gitu.So kalau korang yang nak ubah selera makan kfc boleh la singgah Chicking ni.. bagi cik ash la, chicking boleh setanding dengan kedai makan segera yang ada di malaysia ni.. tekak cik ash dah biasa dengan KFC lagi hihihihi..
Ok la, itu jer review cik ash di kedai makan segera Chicking yang berada di Tesco Kulim.. kalau anda yang singgah di kulim boleh berpadukan peta dekat bawah ini
update terbaru kedai ni dah tutup operasi di tesco kulim, telah berpindah di desa Aman kedah
This post have 3 komentar
Company lain, rasa pun dah tentunya lain kan... teringin jugak nak rasa.. nak ajak incik suami lahhh
Replye'in pun baru first time dengar nie.. kat jb takde lagi..
Replyboleh lah nti bw family try kat sini pulak..ssh gak nak sebut sbb byk sgt i hahaha
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon