Bendi Goreng Telur | Assalamualaikum... Hai,Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..
Bendi Goreng Telur |
Baru-baru ni Cik Ash pergi shopping lauk pauk untuk seminggu makan di pasar borong di pandang serai nuh,kalau pergi kat sana sangat best semua benda ada. Cik Ash dan suami saja-saja pergi dulu nak kenal tempat kak ipar yang ajak pergi beli sana sebab ikan kat sana jauh lebih murah daripada tempat yang Cik Ash beli kat pasar borong kenari nuh..
Eh terlebih bercerita pasal Cik Ash pergi beli lauk pauk pulak, hahahaha, ibu mentua dia ada mengidam nak makan bendi dan peria, so Cik Ash beli bendi,pucuk jagung, peria rm10. lepas tu ikan sardin 2 kg rm18 ayam 2 ekor rm 26.. itu jer la yang Cik Ash shopping kat sana.
Sebenarnya Cik Ash update entri ini nak share bendi goreng telur dengan korang semua, saja-saja ubah selera sikit bendi selalu Cik Ash celur jer suami nak makan dengan budu hihihihi... hari ini jer terlebih rajin ubah cara masakan best sekali sekala ubah habis licin bendi goreng telur Cik Ash taw. Jom usha resepi dekat bawah ni :-
Bahan-bahan
4 biji Bendi
1 biji telur
Segengam ikan bilis
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar merah
sedikit garam
sedikir serbuk perasa
1 sudu besar cili kisar
Cara membuatnya :-
1. Cuci Bendi dan potong serong-serong
2. Bawang besar dan bawang putih ditumbuk.
3. Goreng ikan bils hingga garing.
4. Selepas itu masukkan bawang putih dan bawang besar tumis hingga bawang kekuningan.
5. Masukkan cili kisar tumis hingga cili kisar garing.
6. selepas itu masuk telur biarkan seketika dan kacau hingga hancur.
7. Masukan garam dan serbuk perasa.
8. Goreng bendi sampai masak dan siap boleh di hidangkan nasi panas.
Sedap menunya..
ReplyDeleteMenu simple yang sedap kam
DeleteNi feveret Fatin!Paling suka masak zaman study dulu. Sebab pantang jumpa bendi.
ReplyDeleteAkak ni abang yang suka.. Tu masak cara ni
Deletesimplenya resepi. kena test ni nanti.
ReplyDelete