Sunday, December 31, 2017

Tutorial Cara Nak Shortener URL Link

Tutorial Cara Nak Shorten URL Link| Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar, hari ini cik ash nak kongsikan dengan anda semua cara nak pendekkan URL link yang panjang jadi pendek..



Sebelum ni ada yang tanya cik ash untuk pendekkan link di facebook so hari ini nak tunjukan cara nak pendek url yang panjang tu.. selalu url yang panjang datang daripada blog, website, link youtube,facebook dan lain-lain.. 

  Sebenarnya terdapat 4 cara untuk  untuk pendekkan url link yang cik ash taw antaranya ialah seperti bawah ini :- 


2. Tiny:  https://tiny.cc/
3.  Shorturl :  https://shorturl.com/

Cik Ash lebih suka guna google punya untuk pendekan url lagi pun rasa ok dengan google.. yang lain pun ok gak atas diri anda suka guna yang mana satu.. hihihi.. sebagai contoh cik ash tunjuk cara nak pendekkan url ni dekat bawah..

Link:https://cikash.blogspot.com/2017/12/peria-goreng-telur-hancur.html

Klik : https://goo.gl/  (tapi sebelum itu anda kena login dulu account google ya.)

Selepas itu akan keluar kotak macam dekat bawah ini anda kena masukkan url panjang dalam kotak yang cik ash tengok pada gambar.

url pendek

Bila dah masukkan link URL tu dalam kotak sila klik Shorten selepas itu akan keluar macam dalam gambar dekat bawah ni


Apabila dah keluar macam tu anda dah boleh copy link tu dan tekan done.. senang sangat boleh share link url pendek tu dekat mana-mana yang anda suka.. hihihihi.

Ok la itu cara cik ash guna, terpulang pada anda nak guna yang mana rasa senang yang mana.. pilih la di antara 4 di atas tu ya.. cik ash hanya berkongsi apa yang cik ash taw jer. selamat memcuba sahabat blogger cik ash.. jumpa lagi di entri yang lain pulak.. hihihihi...

Saturday, December 30, 2017

Makanan Kucing Daripada Royal Canin

Makanan Kucing Daripada Royal Canin | Assalamualaikum.. baru sempat nak update pasal makanan kucing yang Cik Ash dapat sample aritu.. hahahahha.. gini la bila mood menaip dah datang ada jer la yang nak ditaipkan..

makanan kucing

Cik Ash dah lupa request sample Makanan kucing daripada Royal Canin ni bila sebab Cik Ash ni bab barang free request bila nampak free hahahaha..bila dapat request aritu dapat mesej kena pergi tebus dekat kl.. hahahaha jauhnya tak berbaloi langsung la.. fikir tak ada rezeki juga mula-mula tu. 

Lama gak menunggu tu tertengok ada sampai itu kak ipar yang kata ada barang sampai duk dekat pagar posman tak muat nak masukkan dalam peti surat la tu.. nasib baik la kak ipar perasan masa tu kalau tak memang tak taw ada surat.. 

Cik Ash ini pelik apa benda la bersampul putih ni tertiba sampai nak kata beli barang ke apa tak ada pun.. buka-buka sampul tu terkejut tengok wahhh makanan untuk mekcik la bertuah mekcik dapat gak merasa makanan kering daripada Royal Canin.. Cik Ash campurkan dengan makanan sedia ada untuk bagi dia try.. nampak makan berselera sangat.. hihihihi.. boleh cuba untuk ubah selera dia nanti ni..

Ok la itu jer cik ash nak bagitaw pasal makanan kucing jer pun hahahha.. apa la makanan kucing nak cerita kat blog kan biasa la blog untuk meluahkan apa yang datang daripada hati kita untuk menulis.. hihihihi.. ok la jumpa lagi..

Thursday, December 28, 2017

Balm Bayi Tok Syed Berasaskan Bahan Semulajadi Halal Lagi Suci

Balm Bayi Tok Syed Berasaskan Bahan Semulajadi Halal Lagi Suci | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semunya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..Pernah tak korang dengar Balm Bayi Tok Syed. Kalau tak pernah dengar Cik Ash nak kongsikan dengan anda semua dekat bawah ni.

Balm Bayi Tok Syed

Cik Ash pun pertama kali diperkenalkan dengan produk Balm Bayi Tok Syed ni, Balm Bayi Tok Syed merupakan keluaran  syarikat tempatan Tok Syed Distribution Sdn. Bhd. Balm ini seharusnya ada di setiap seisi rumah kerana ianya satu produk yang dapat membantu melegakan batuk,selsema,hidung tersumbat dan pelbagai masalah lagi, sebab itu balm di katakan ianya balm serbaguna yang telah diproses di kilang yang bertaraf GMP ini, yang telah diadun daripada bahan-bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan bagi bayi sahaja, malah ianya juga selamat digunakan untuk semua golongan sehingga orang dewasa. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Setelah melalui beberapa peringkat R&D ini, didapati bahan-bahan terutama yang terkandung di dalam balm ini dapat memberikan kesan yang sangat baik kepada yang menggunakannya. Ini kerana sebahagian besar kandungan bahanya diperkaya dari bahan-bahan yang halal lagi suci merupakan warisan herba sepanjang zaman. 

Tesktur Balm Bayi Tok Syed

Antara kandungan bahan-bahan yang digunakan didalam Balm Bayi Tok Syed ini seperti di bawah ini 

Beeswax 
Beeswax
Beeswax ataupun dikenali juga sebagai Lilin Lebah ini merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan daripada lebah serta dapat membantu radang kulit. 

Minyak Kelapa Dara 

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara yang sangat terbukti kebaikkannya yang diiktiraf di seluruh dunia. Ianya sangat terkenal di dalam industri penjagaan kesihatan.

Minyak Bunga Matahari 

Minyak Bunga Matahari

Minyak bunga matahari yang diekstrak dari bijinya kaya dengan nutrien yang seimbang komposisnya. Kandungan Viramin E dan asid lemak Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luar. 


Pati Minyak Lavender 

Pati Minyak Lavender

Pati Minyak Lavender ada bahan utama berfungsi mengurangkan tekanan. Dengan wangiannya yang menenangkan. Pati Minyak Lavender ini bukan sekadar sebagai bahan aromaterapi, kebaikannya di dalam demam dan selsema juga sangat terbukti. 


Cik Ash sangat berpuashati dengan Balm Bayi Tok Syed ni kerana ianya selamat digunakan dapat memberikan keselesaan kepada bayi anda dan juga golongan dewasa.  Ramai dah yang memcuba produk Balm Tok Syed ni mereka mengatakan sangat berpuashati dengan produk keluaran tok syed ini , so anda boleh tengok testimoni daripada pengguna dekat bawah ini pengalaman pengguna balm bayi tok syed ini :- 

Testimoni Balm Bayi Tok Syed

Testimoni Balm Bayi Tok Syed

Testimoni Balm Bayi Tok Syed

 
Testimoni Balm Bayi Tok Syed

Cara untuk menggunakan Balm Bayi Tok Syed ini ialah seperti di bawah ni 


1. Sapukan balm dan urut perlahan-pelahan pada tapak kaki


2. Urut pelahan-lahan di belakang badan 


3. Urut pelahan-lahan di bahagia dada


4. Ia juga boleh disapu sedikit di bahagian "T" muka.  

Review Pengalaman Menggunakan Balm Bayi Tok Syed 
Di sini Cik Ash sertakan pengalaman cik ash menggunakan Balm Bayi Tok Syed ini, Cik Ash ada sapu balm ini kepada ibu mentua cik ash di bahagian tapak kaki, tulang belakang, dada, di  bahagian muka "T" tu, alhamdulilah  ibu mentua dapat tidur lena sikit sebab dia mengalami batuk kuat, semasa sapu balm ini dekat ibu mentua, ibu mentua Cik Ash ada bagitaw balm ini tidak melekit lagi bau yang sedap jer, panas pulak tak ada pedih balm ini panas halus-halus gitu tak macam minyak panas tu. Ibu mentua Cik Ash kata dia tidur malam batuk dah berkurang,tekak dia rasa selesa bernafas.  Manakala untuk suami Cik Ash ada juga bagi dia guna balm ni, suami selalu gatal-gatal kalau salah makan benda yang boleh buat dia alergik, masa gatal-gatal tu la Cik Ash kesian tengok dia, apa lagi Cik Ash terus la sapu balm ni di tempat yang gatal tu, suami kata selepas Cik Ash sapu balm di sekitar kawasan gatal hilang terus gatal tu. Suami ada bagitaw masa pakai balm ini berangin sekejap tak ada melekit pun. Untuk Cik Ash juga ada cuba pakai dekat kawasan muka sapu dalam kawasan 'T' muka tu untuk hilangkan selesema dan sakit kepala, Alhamdulilah syukur sangat keserasian kami sekelurga guna produk Balm Bayi Tok Syed memang terbaik sangat balm serbaguna untuk menyelesaikan segala masalah.. Cik Ash rekemen kan anda semua harus memcuba produk ini taw.. 


Cara untuk mendapatkan Produk Balm Bayi Tok Syed ini melalui agen-agen yang berdaftar di Stockist yang ada di seluruh dunia. Selain itu anda juga boleh dapatkan balm ini secara terus menerusi butiran seperti dibawah ini :-  

Laman Utama : http://www.toksyed.com/
Page Jualan : http://www.toksyed.com/product/balm-bayi
Facebook Rasmi : http://www.facebook.com/toksyedori
Page Pengedar : http://www.toksyed.com/stockist  
Instagram : https://www.instagram.com/toksyedori/
Youtube:https://www.youtube.com/channel/UCp_nMwkF4a8kOshiZV9-48A
No Hotline : 016-8262990 
Harga Produk : RM80 (Tak Termasuk Postage)




Wednesday, December 27, 2017

Peria Goreng Telur Hancur

Peria Goreng Telur Hancur | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar hari ini sihat ke tu, malam ni Cik Ash update blog nak share resepi peria goreng telur hancur style Cik Ash hihihi.. 

Peria Goreng Telur Hancur 


Dalam peti ais ada stock peria aritukan Cik Ash cerita pergi shopping dekat pandang serai nuh beli peria ibu mentua mengidam nak makan peria goreng telur hancur, kena masak ikut selera hihihihi.. alhamdulilah mujur cara Cik Ash buat menepati citarasa ibu mentua dan suami cik ash.. tengok dia makan bertambah nasi dah lalu makan tandanya dia dah sihat la tu. 

Resepi Cik Ash buat senang sangat guna jer bahan-bahan yang ada dekat rumah dalam peti ais, Cik Ash nak kata pandai masak tak pandai pun hahahhaha, alhamdulilah sejak jadi surirumah ni memasak jer kerja Cik Ash di samping buat kerja skill memasak dah mahir sikit ibu mentua pun puji hahhahah.. Jom korang usha resepi dekat bawah ini :- 


Resepi Peria Goreng Telur Hancur 

Bahan-bahan 

1 Biji Peria
3 ulas bawang putih 
1/2 labu bawang besar 
Segengam ikan bilis  
3 biji cili padi 
1 biji telur 
1 sudu kecil kfc serbuk kunyit
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa

Cara membuatnya : 

1. Basuh peria, belah dua cuci buang biji bersihkan rendam air garam sejam, lepas dah sejam rendam tapiskan air tu. 
2. Goreng ikan bilis hingga  garing , lepas tu masukkan bawang putih dan bawang besar , cili padi ,tumis hingga naik bau.. masukkan peria gaul bagi sekata dengan bahan tumis tu.. 
3. Lepas tu masukkan telur biar seketika kacau-kacau bagi hancur dan sebati dengan peria tu masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga peria bersalut dengan telur. 
4. Siap boleh dihidangkan dengan nasi yang panas tak makan lauk lain pun tak pe. 




Ok la, itu jer cara Cik Ash masak Peria Goreng Telur Hancur sangat simple kan, hahahaha, memang masak style suami suka makan begitu, hihihihi... mungkin cara rakan blogger Cik Ash masak lagi sedap kan. Cik Ash boleh masak untuk suami dan ibu mentua, kadang-kadang anak saudara mari kat rumah siap dapat pujian sedap la mok su masak tak macam ummi la hahahhaha.. tersenyum lebar bila dapat pujian gitu kan. selamat memcuba resepi Cik Ash ini... pagi tadi Cik Ash ada shatre resepi Bendi Goreng Telur  jemput la baca ya. Kalau rasa teringin nak tengok koleksi resepi Cik Ash yang lain boleh klik kat Resepi.




Bendi Goreng Telur

Bendi Goreng Telur | Assalamualaikum... Hai,Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 

Bendi Goreng Telur

Baru-baru ni Cik Ash pergi shopping lauk pauk untuk seminggu makan di pasar borong di pandang serai nuh,kalau  pergi kat sana sangat best semua benda ada. Cik Ash dan suami saja-saja pergi dulu nak kenal tempat kak ipar yang ajak pergi beli sana sebab ikan kat sana jauh lebih murah daripada tempat yang Cik Ash beli kat pasar borong kenari nuh.. 

Eh terlebih bercerita pasal Cik Ash pergi beli lauk pauk pulak, hahahaha, ibu mentua dia ada  mengidam nak makan bendi dan peria, so Cik Ash beli bendi,pucuk jagung, peria rm10. lepas tu ikan sardin 2 kg rm18 ayam 2 ekor rm 26..  itu jer la yang Cik Ash shopping kat sana. 

Sebenarnya Cik Ash update entri ini nak share bendi goreng telur dengan korang semua, saja-saja ubah selera sikit bendi selalu Cik Ash celur jer suami nak makan dengan budu hihihihi... hari ini jer terlebih rajin ubah cara masakan best sekali sekala ubah habis licin bendi goreng telur Cik Ash taw. Jom usha resepi dekat bawah ni :- 



Resepi Bendi Goreng Telur
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
4 biji Bendi 
1 biji telur 
Segengam ikan bilis 
2 ulas bawang putih 
1/2 bawang besar merah 
sedikit garam 
sedikir serbuk perasa 
1 sudu besar cili kisar

Cara membuatnya :- 
1. Cuci Bendi dan potong serong-serong 
2. Bawang besar dan bawang putih ditumbuk.
3. Goreng ikan bils hingga garing.
4. Selepas itu masukkan bawang putih dan bawang besar tumis hingga bawang kekuningan. 
5. Masukkan cili kisar tumis hingga cili kisar garing.
6. selepas itu masuk telur biarkan seketika dan kacau hingga hancur. 
7. Masukan garam dan serbuk perasa. 
8. Goreng bendi sampai masak dan siap boleh di hidangkan nasi panas. 

 Ok la itu resepi yang Cik Ash nak share dengan korang semua, senang sangat kan.. hahahahah..biasa la Cik Ash masak yang simple-simple jer suami suka macam tu.. kalau dia buat permintaan nak makan gulai, baru Cik Ash buat tengok kalau ada stock santan kotak la.. hahahahaha..

Tuesday, December 26, 2017

TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!

http://www.tengkubutang.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html 

Jom memeriahkan giveaway ni... hadiah menanti pemenang jumlah wang tunai, menarik so apa tunggu pergi cepat join giveaway ini nak join klik banner dekat atas tu..

Tarikh tamat giveaway ini pada 31/12/2017 jam 11.59pm. 




Bubur Nasi Simple

Bubur Nasi Simple | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar sihat tak, alahai terlupa nak sharing entri ni terlama simpan dalam draf hahahhaha.. 


Bubur Nasi Simple ni Cik Ash pernah buat masa tu ibu mentua Cik Ash tak sihat kebetulan suami pun tak sihat cik ash buat la bubur nasi tapi tak hancur buat macam nasi kita masak nasi cuma lebihkan air tu.. Cik Ash main agak-agak jer barang dia buang yang bahan yang ada dekat dapur ni tak ada guna apa-apa pun.. 

Jom la usha resepi Bubur Nasi Simple dekat bawah ini, selamat memcuba resepi yang Cik Ash buat ni 

Resepi Bubur Nasi Simple 

Bahan-bahan 

Beras 
tulang ayam 
Kuib ayam
Daum Sup
Bawang Goreng
Bawang putih
Halia
garam
lada hitam
lada sulah
carrot
bunga lawang
cengkih
kayu manis
buah pelaga 

Cara Membuatnya :- 
1. Mula-mula sekali kena cuci beras hingga bersih ya, saya tak guna sukatan pun agak nak masak untuk makan 3 orang jer aritu pun. Terpulang kalau nak buat banyak mana pun cara dia tetap juga sama
2. Masukan beras yang telah dibasuh kedalam periuk yang bertutup. Isikan air sehingga tenggelam beras dalam periuk tersebut. rebus la nasi sehingga kembang.bila nasi dah kembang tutup api biar sekejap.
3. Tumis bawang putih, halia yang telah di tumbuk hingga naik bau bersama dengan 4 sekawan, masukkan tulang ayam masak hingga mendidih. 
4. Selepas itu tambahkan kuib ayam, carrot,lada hitam kisar, lada sulah, garam dan secukup didihkan sehingga mendidih.  
5. Tuang sup ayam ke dalam nasi air yang dibiarkan sekejap tu masak la hingga mendidih jadi pekat. 
6. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap boleh dihidangkan.. 

Ok la korang semua itu cara sepontan Cik Ash masak bubur nasi dekat ibu mentua dan suami memang kebetulan sangat last minute buat barang ambik yang ada dekat dapur tu. alhamdulilah ibu mentua Cik Ash dapat makan bubur ni dia kata bubur ni tak lembik hahahhaha, memang la Cik Ash buat khas untuk ibu mentua dia kan berapa nak suka makan style lembik nasi air dia kata kembang pipi.. hihihihi..

Hadiah Menang Giveaway Sepanjang 2017

Hadiah Menang Giveaway Sepanjang 2017| Assalamualaikum.... Hai reader blog Cik Ash, apa khabar semua, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan walafiat. Sepanjang 2017 ini Cik Ash banyak join giveaway /contest yang di facebook, blog dan instagram. Alhamdulilah sepanjang Cik Ash join tu ada rezeki di blog cik ash ni.. syukur sangat rezeki blog Cik Ash masih ada lagi.. 



Hadiah Menang Giveaway Sepanjang 2017


Alhamdulilah bersyukur sangat Allah bagi rezeki dekat Cik Ash selalu menang contest yang join, di bawah ini antara hadiah yang giveaway Cik Ash dapat. terima kasih kepada semua yang memberi barang-barang hadiah dekat Cik Ash. Semoga kepada yang memberi peroleh kejayaan dalam perniagaan dan blog nanti..

Saturday, December 23, 2017

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.


sejuksedap lawa cara moden

SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]

Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 

sejuksedap lawa cara moden

Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 

Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.



Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 

Q sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.


Friday, December 22, 2017

Hadiah Daripada Blogger Sis Gee

Hadiah Daripada Blogger Sis Gee | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafat ya.. lama tak update entri waktu malam la, hari ini rajin nak update waktu malam.. hahahhaah.. harap ada yang sudi baca la ya..


Alhamdulilah diberi kesempatan untuk menulis dekat blog hari ini, kesihatan tak berapa nak ok pulak ni rasa nak demam jer, doakan Cik Ash ya.. Baru ini Cik Ash ada up entri pasal menang giveaway sis gee

Alhamdulilah barang gee telah selamat terima pada Cik Ash hari apa tak ingat dah hahahaha.. aritu mamai baru bangun tidur barang tu sampai..  terkejut sangat dapat barang ni sebab macam-macam ada barang yang penting suka Fridgit Magnet tu boleh tambah koleksi dekat peti ais hahahahaha.. dekat peti ais loni semua hadiah daripada kawan-kawan blogger cik ash lekatkan situ. penuh satu ruang atas peti ais.. 

Antara barang yang Sis Gee bagi dekat Cik Ash adalah Planner, keychain penyu, bag mekap up, dan fm penyu.. teruja taw awak dapat hadiah banyak macam ni.. alhamdulilah rezeki Cik Ash dalam blog sentiasa ada walaupun tak macam selalu. sambil-sambil support kawan blogger join giveaway yang Cik Ash ternampak dekat dashboard ni..

Ok la itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua best dapat hadiah daripada rakan blogger ni so yang mana nak kenal-kenal dengan sis gee boleh la pergi terjah blog dia ya dekat SINI , Cik Ash kenal dia sejak join group bloggerpantaitimur. 

Thursday, December 21, 2017

Kuah Kari Ikan Pak Brahim's

Kuah Kari Ikan Pak Brahim's | Assalamualaikum.. Hai, selamat pagi, lama nak entri dalam draf lupa sokmo nak share hahhaha.. biasa la nak mengarang ni kena ada mood gak kan... 



Korang pernah masak guna pes brand brahim's tak?? cik ash kiranya pertama kali menggunakan pes brahim's ni, saja-saja nak ubah selera kan, aritu shopping dekat tesco ternampak pes ni dekat tesco cik ash ambik satu kuah kari ikan dan sambal tumis. cik ash sebenarnya jarang sangat nak masak kari ikan kat rumah taw sebab suami tak makan mana.. hahahaha.. pes brahim's cik ash ambik senyap-senyap tak bagitaw dia pun biasa la nak buat kejutan dekat suami masak lauk lain hihihihihi.. 

Brahim's ini adalah jenama Produk Makanan Segera yang terdiri daripada Sos Thai, Kari Hijau, Rendang, Nyonya,Masak Merah, Nasi Tomato, Nasi Briyani,Nasi Goreng,Kurma Daging, Sambal Ikan Bilis, Kuah Percik, Masak Lemak, Sambal Tumis, dan Masala. Brahim's merupakan jenama produk islam yang diusahaan oleh Syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd yang beroperasi di Bangi, Selangor. Syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd ini dimiliki oleh orang Islam.

Masak kuah kari ikan guna pes brahim memang memudahkan kerja cik ash sebab hanya tambah air 200ml jer masuk ikan, bahan-bahan lain bendi, cili padi, tomato, masak atas dapur hingga mendidih siap boleh dihidangkan dengan nasi panas..sebab di dalam pes dah termasuk bahan-bahan yang tak perlu di tumis pun dan santan sekali. 

Masa percubaan pertama menggunakan pes brahim ni suami pelik buat kuah kari ikan beli santan kat mana, hihihihi... cik ash bagitaw dekat suami tak perlu guna santan dalam ni dah tersedia santan dah.. pes pak brahim's ni memang best sangat makan kuah kari ikan ni macam makan lauk kari ikan mamak kat kedai pulak di tambah pulak ada bendi tu lagi la membangkitkan selera kami bertiga dekat rumah ni.. mujur la cik ash tak makan dah malam cuma ambik rasa kuah jer hihihihi... kena diet makan malam kan.. buat kuah kari ni pada waktu makan malam ya.. hahahha nampak itu entri dah lama buat tersimpan dalam draf.

Selepas ini cik ash akan memcuba pes brahim's yang lain pulak, banyak juga pes brahim's ni nanti boleh usha-usha lagi bila pergi shopping dekat tesco kan, tengok yang mana best dan senang dibuat. macam-macam  ada tu menarik lagi kalau yang suka travel luar negara untung kalau bawa pes paket begini jimat dan tak membazir masa nak menumis or cari makan kat luar kita boleh masak sendiri dekat rumah. 

Ok la korang semua cik ash nak undur diri dulu ya, ada nak buat kerja dekat rumah ni biasa la tugas surirumah ada kerja yang kena buat kami bukan goyang kaki pun. 

Wednesday, December 20, 2017

Tasneem Naturel Balm Untuk Bayi Yang Lebih Selesa

Tasneem Naturel Balm Untuk Bayi Yang Lebih Selesa | Assalamualaikum.. Hai, Cik Ash harap anda semua sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan untuk hari ini.. 

Anak anda selalu ada masalah susah nak tidur malam, selalu kembung perut, kerap selesema dan batuk. Sebagai ibu bapa mesti lah pening bagaimana untuk memberi keselesaan kepada bayi anda kan. Ini ada satu produk yang bagus untuk kegunaan bayi sehingga golongan orang dewasa. Produk yang cik ash ingin kongsikan dengan anda ialah Tasneem Naturel Balm yang mempunyai pelbagai fungsi untuk menyelesaikan masalah yang cik ash bagitaw ini.

Tasneem Naturel Balm

Tasneem Naturel Balm merupakan produk keluaran Malaysia yang diperbuat daripada bahan semulajadi 100% pati minyak (Esential Oil) yang asli. Tasneem Naturel Balm ini juga tiada SLS, tiada bahan pareben, dan tiada bahan kimia. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan balm ini adalah minyak pati carrier oil. Bau yang sangat menyenangkan, sangat sesuai la dengan bayi anda mesti mereka lebih selesa selepas menggunakannya. 

Tasneem Naturel Balm Balm ini didatangkan dengan 4 Jenis bau aroma yang berlainan dan setiap jenis balm ini ada terdapat fungsi yang berbeza untuk menyelesaikan masalah. Antara fungsi-fungsi yang terdapat di dalam balm ini ialah :- 

Coughful Time 
CF- Rub

Fungsi :- 
- Membantu mengurangkan selesema 
- Membantu mencairkan kahak 
- Membantu melegakan asthma 
- Membantu mengurangkan suhu ketika demam

Cara Mengunakannya :- 
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan. 

"Ramuan yang terdapat dalam CF-Time ini ialah Lemon, Sweet Orange, Eucalyptus, Cyress, Tea Tree".


Sleep Time 

Sleep Time


Fungsi :- 
- Membantu anak supaya mudah tidur dengan lena. 
- Membantu anak bangun dalam keadaan mood yang ceria. 
-Membaiki kualiti tidur yang baik. 

Cara Mengunakannya :-
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta di pergelangan tangan. 

"Ramuan yang terdapat di dalam Sleep Time ini ialah Cedar,Vetiger,Roman Charmomile, Sweet Orange, Marjoram, Targerine,Fruit Fermet, Ylang Ylang". 


Calm Time 

Calm Time
Fungsi :-
-Memberi keselesaan kepada bayi dan dewasa 
-Mengurangkan keletihan dan tekanan 
-Membantu anak lebih tenang

Cara Mengunakannya :- 
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga, serta pergelangan tangan. 

"Ramuan yang terdapat di dalam Calm Time ialah Lavender,Navol,Orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense,Bergamat,Charmimile". 

Tummy Time  

Tummy Time

Fungsi :-
- Bertindak seperti minyak telon dan yuyi
- Membuang angin di dalam perut 
- Membantu melegakan perut sebu dan kembung. 

Cara Mengunakannya :- 
Sapu pada perut dan tapak kaki. 

"Ramuan yang digunakan di dalam Tummy Time ini ialah Femnel,Ginger,Wild Mint, Tagerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper".

Keempat-empat Tasneem Naturel Balm yang cik ash kongsikan di atas itu ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi Cik Ash la di dalam setiap rumah wajib dapatkan produk Tasneem Naturel Balm ini kerana dapat memberikan keselesaan kepada bayi sehingga golongan dewasa, lagi pulak produk tasneem naturel tidak ada bahan kimia dan mendapat kelulusan KKM. Cik Ash sangat berpuashati dengan produk ini ianya selamat digunakan dapat memberikan keselesaan kepada bayi anda dan juga golongan dewasa. Ramai dan yang memcuba produk ini dan mereka sangat berpuashati dengan produk ini dan cik ash tengok terdapat testimoni daripada pengguna jom tengok pengalaman pengguna tasneem naturel ini dekat bawah :- 

Batuk Hilang selepas menggunakan Coughful Time 
anak mengalami perut kembung gunalah  tummy time
sesuai juga untuk dewasa untuk tidur lena guna lah sleep time 
Bayi kurang tantrum dan sudah lega guna lah Calm Time

Review Pengalaman Menggunakan Tasneem Naturel Balm 
Di sini Cik Ash sertakan pengalaman menggunakan produk Tasneem Naturel Balm, Cik Ash bagi dekat Husband menggunakan balm ini dia ada mengadu katanya perut kembung, Cik Ash apa lagi ambik la balm Tummy Time tu sapu dekat perut dan tapak kaki dia, selepas menggunakan balm ini Husband kata balm yang ini tidak terlalu panas dan panasnya tidak secara mendadak.. husband Cik Ash juga selalu mengadu sakit pinggang dan berasa keletihan Cik Ash try sapu Calm Time pulak dia kata rasa la ada kurang sikit letih tu. manakala untuk kegunaan Cik Ash sendiri pulak susah sangat nak tidur malam cuba la pakai yang Sleep Time ikut cara pakai dan 3 malam tidur ok tenang jer bangun pagi esok..hihihihihi.. selalunya nak  tidur kemain susah taw. Untuk Coughful Time pulak Cik Ash cuba bagi guna dekat ibu mentua cik ash sebab dia ada batuk dan asthma.. semasa menggunakan CF time ibu mentua cik ash kata bau dia best sangat suka jer bau rasa nak makan pulak. itu jer pengalaman Cik Ash dan keluarga menggunakan balm ni.. 


Cara untuk mendapatkan Tasneem Naturel Balm ini melalui agen-agen berdaftar yang ada di seluruh Malaysia termasuk negara jiran seperti Brunei, Thailand, Singapura, Myammar, Korea dan Jepun. Selain itu anda juga boleh dapatkan balm ini secara terus menerusi HQ Tasneem Naturel di butiran seperti di bawah ini :- 



TASNEEM NATUREL NETWORK 
15-1, JALAN PUTRA KAJANG 2, TAMAN PUTRA KAJANG, 
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE:011-20964665 (ORDER), 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS) 
Instagram: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
Facebook: TASNEEM NATUREL HQ 
Website : www.tasneemnaturel.com