Thursday, November 23, 2017

author photo
Telur Dadar Kulat Sisir | Assalamualaikum.. Hai,saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.

telur dadar
Baru-baru saya ada pergi dekat pasar pagi kulim nuh dengan suami, duk jalan-jalan cari minyak panas untuk kegunaan bila lenguh-lenguh kaki tu, sambil jalan-jalan tu suami la terjumpa kulat sisir ada orang jual, saya bab kulat tak tahu mana lagi pun tak pernah makan, pernah makan yang letak sayur itu jer pun..

Sebenarnya kulat banyak jenis ada.. ibu mentua bagitaw kulat sisir ni jenis paling mudah ditemui hidup pada batang kayu getah yang mati, ia juga tumbuh pada batang kayu pokok lain yang dah mati tetapi jumlah yang kecil. Kulat Sisir yang dikutip menggunakan tangan boleh terus dimasak selepas dikutipnya ataupun disimpan beberapa lama dengan kaedah mengeringkannya di bawah matahari.

Ramai yang tidak mengetahui kulat atau cendawan tradisional ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi utntuk kesihatan kita. Kulat sisir mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.


Eh panjangnya saya bercerita pasal kulat sisir ni.. hahahahah... sebenarnya saya nak share resepi terlur dadar kulat sisir jer pun.. hahahaha.jom usha resepi dekat bawah ni..

Resepi Telur Dadar Kulat Sisir

Bahan-bahan 
2 biji telur
Segengam kulat sisir
garam
kunyit
serbuk penaik sikit

Cara Membuatnya
1. Rendam kulat sisir cuci-cuci bagi hilang segala kotoran ya, selepas itu panaskan minyak sikit dan goreng kulat sisir bagi masak.
2. Pecahkan telur kacau bagi sebati masukkan la kulat sisir yang dah di goreng itu.
3. Panaskan minyak masak, bila minyak dah panas tuangkan la telur kedalam kuali.
4. Goreng telur dadar hinga kedua-dua bahagian masak dengan sempurna.
5. Siap boleh dihidangkan dengan nasi panas, makan telur saja pun kenyang.. hihihihi..

Ok la itu jer resepi yang saya nak share dengan anda semua, resepi ringkas pasti meletup bila dimakan, tambah-tambah yang makan insan-insan yang tersayang kan.. hihihihi.. ok jumpa lagi entri resepi nanti.

This post have 6 komentar

avatar
SIQAHIQA delete November 23, 2017 at 8:08 AM

Menarik idea goreng telur dadar letak bahan selain bawang dan yang biasa tu. hehe

Reply
avatar
Shikin Razali delete November 23, 2017 at 8:27 AM

Nampak sedap pulak telur dadar nie, and first time sy dgr buat telur dadar guna kulat sisir..

Reply
avatar
I am LZ delete November 23, 2017 at 10:25 AM

Baru first time tahu telur dadar goreng dengan kulat sisir..
Nampak sedap.. Tapi malangnya kulat sisir susah dapat di sini..

Reply
avatar
Hanachie delete November 23, 2017 at 11:48 AM

Thank you for sharing! Belum masuk waktu lunch cik Ash dah buat Hana lapar! hahah :D

Reply
avatar
azlina ina delete November 24, 2017 at 7:59 AM

kreatifnya... kena cuba ni satu hari nanti. Save dulu ya resipinya.Tq

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post