Perhitungan Semula Datuk Lee Chong Wei Dan Brice Leverdez | Assalamualaikum.. Hai, harap semuanya sihat la.. saja-saja update blog masa ni hihihihi.. kalau ikut lama dah cik ash tak tulis pasal sukan dekat blog ni hahahaha.. sejak jadi wife jarang sangat nak update isu sukan.. biasa la jadi wife malas nak ikuti sukan sangat.. so hari ini terlebih rajin la pulak.. Jom baca artikel ni cik ash ambik daripada petikan utusan Malaysia.
Di dalam petikan Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 15
Nov. – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan bertemu
semula dengan pemain yang menyingkirkannya di pusingan awal Kejohanan
Badminton Dunia, Brice Leverdez di pusingan kedua Siri Super Premier
Terbuka China, esok.
Chong Wei yang sedang dalam misi
mencari kejuaraan pertama selepas lapan bulan bermula cemerlang apabila
mudah mengatasi halangan awal dengan menyingkirkan Hsu Jen Hao dari
Taiwan 21-5, 21-7 dalam aksi 26 minit yang berlangsung di Fuzhou, hari
ini.
Tidak pernah meraih sebarang kejuaraan sejak
memenangi gelaran All England keempatnya pada Mac lalu, pemain berusia
35 tahun itu akan sekali lagi bertemu Leverdez yang turut mara selepas
menyingkirkan Sourabh Verma dari India dengan keputusan 21-14, 15-21,
21-11.
Chong Wei sebelum ini mencatat
keputusan buruk dalam dua penampilan terakhir selepas tersingkir pada
pusingan kedua Terbuka Denmark dan pusingan pertama Terbuka Perancis,
bulan lalu,
This post have 5 komentar
Dah lama tak layan badminton kiki
ReplyDah lama akak tak tengok game LCW ni.
Replylast masa bujang layan game nii.. hukhukhuk. segala urat dah keras
ReplyLama gile dah tak layan badminton
ReplyJemput join ;)
https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html
last tengok game LCW ni mase olimpik latest rasanya, hehe
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon