Garam Kunyit Kelantan | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat.
Sebenarnya garam kunyit dah lama Cik Ash buat baru sempat nak share dekat blog hihihi.. biasa la nak taip entri kena ada mood jugak.. garam kunyit ma Cik Ash di kelantan selalu ajar cara membuatnya, sebab dekat rumah memang guna garam kunyit ni. bila guna untuk ayam,daging, ikan guna garam kunyit memang berbau wangi sangat.
Baca :
Rahsia untuk orang kelantan pada zaman dulu guna garam kunyit dalam masakan.. garam kunyit di tumbuk-tumbuk lumat tapi zaman dah moden ni guna blender jer...garam kunyit buat sendiri memang terbaik sangat, bila gaulkan dekat ikan, ayam daging perap seketika lepas tu goreng dalam minyak panas ,wangi jer bau makan pun sedap sangat.
Cara untuk membuatnya pun senang sangat, kena rajin la kalau nak makan style gini kalau malas memeng tak menjadi la hihihihi.. jom usha cara untuk membuat garam kunyit sytle kelantan ni..
Resepi Buat Garam Kunyit
Bahan-bahan
1 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
2 labu Bawang putih
Separuh Garam (cik ash guna garam halalgel double action tu nak garam biasa pun boleh)
Air
2 keping lada kering ( nak bagi nampak merah sikit2)
*Kuantiti bawang dan halia paling banyak, kunyit hidup biasanya kurang sedikit.
*Garam pulak sama banyak dengan hasil kita blender tu sekarang mudah ada blender kalau zaman dulu tumbuk-tumbuk sampai lumat.
Cara-cara membuatnya :-
1. Kupas kulit bawang buang kat bahagian tengah tu, kalau tak buang nanti jadi pahit masakan kita. Bersihkan.
2. Halia, bawang putih dan kunyit di blender sampai lumat.
3. Selepas itu, sediakan la botol untuk untuk campurkan garam sama banyak dengan hasil blender di atas , bersama sedikit kunyit serbuk.
4. Campurkan air sehingga agak-agak cair sedikit dan lembap.
5. Siap boleh di simpan dalam peti sejuk tahan untuk sebulan.. hihihi.. jarang guna lama la tahan..
Ok la itu jer cara Cik Ash buat garam kunyit style kelantan..kalau nak buat sikit dalam untuk goreng ayam sahaja boleh jer ikut resepi tapi buat sikit agak2 cukup dengan ayam kita nak buat.. hihihihi.. kalau nak buat ayam goreng ala kak wok guna bancuhan garam kunyit ini memang terbaik ayam taw sedap sangat.. hahahhaha...
sdap terr ayam goreng dia..:)
ReplyDeletehom supo makr ayam goreng kak wok doh ni
Deletefirst time tengok hehe
ReplyDeletekena cuba la nanti hihihi
DeleteOo siqah biasa pakai serbuk kunyit yang ada je. Haha. Nampak tak malas kat situ :D Nanti cuba, save dulu entri ni :D
ReplyDeleteakak pun guna yg tu gak hahhaha loni jah rajin tengok ma duk garam kunyit tu yg rajin nak buat hahahha
Deletetq for sharing kak ash
ReplyDeletesama2
DeleteGV pernah makan ikan goreng versi pantai timur. Mmg dorg letak lada kering atau cili boh di dalam pati garam kunyit ini. Rasa ikan goreng lebih sedap. Hihi. Btw, good resepi kak cik Ash. :)
ReplyDeletememang best bila guna kunyit dalam masakan ni bau wangi
DeleteWah, resipi yang menyenangkan bila masak.. boleh buat nie.. hihi thanks Cik Ash..
ReplyDeleteterima kasih SR.. sama2
DeleteMesti sedap kan.
ReplyDeletememey best hihihihi
Deletetq cikash..xpenah tahu pon benda ni.
ReplyDeletesama2.. cik ash sebab resepi ma yg bagi selalu duk tumbuk2 dengan lesung jer ni malas nak tumbuk hahahhaha blender terus...
DeleteDulu pun masa sebelum kawen, duduk rumah mak, memang rajin buat garam kunyit sendiri. tapi just letak pure kunyit hidup dengan garam je. Tak ada tambahan lain. Sekarang ni senang beli yang jenis serbuk punye. Tapi serius lah ada beza pakai kunyit hidup dengan kunyit serbuk. Saya lagi suke kunyit hidup
ReplyDeleteFR memang pakai kunyit serbuk gak sebelum ni.. sejak buat garam kunyit style gini goreng ikan ayam masakan jadi sedap,patut ma masak selalu sedap hahahahah.. kalau x nak simpan banyak buat sikit pun boleh jer tumbuk2 jer..
DeleteFirst time ni dengar garam kunyit versi kelantan. Bahan-bahan di blend rupanya. Nak cuba lah kat umah nanti.
ReplyDeletelia sebenarnya zaman dulu2 tumbuk semua itu tapi zaman moden CA guna blenderr jer hihihihi nak jimat masa katanya
DeleteGaram kunyit? Selalu beli serbuk kunyit yang ada kat pasaran tu je....
ReplyDeletecuba la buat lain rasa awak.. kunyit hidup bau wangi bila goreng
Delete😮this is interesting, never heard about it until this post. Thanks for the info dear! Great piece of recipe to try!
ReplyDeletesama2 ying cuba la resepi ni
Deleteouh... saya orang Kelantan juga. Memang febret ni. Tak pernah buat stok pun dalam rumah. Elok la untuk saya yang full aktiviti dengan kerja harian. Balik rumah calit dan tenyeh je pada lauk. Sedap!
ReplyDeletema saya dekat kelantan yang ajar suruh buat banyak2 nak guna ambik 1 sudu gaul2 dekat ayam ke ikan ke.. perap seketika lepas tu goreng.. memang tak xde la kalut sangat buat stock gini..
Deletewah..bolehlah cuba nanti. sedap pulak bila terbayangkan goreng ayam dengan garam kunyit ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
hahahhah memang sedap MH rasa xcukup makan sikit nak tambah2 lagi...
DeleteAyam goreng kunyit! Dengar pun dah air liur meleleh
ReplyDeletehihihihi.. memang sedap sangat makan dia tak ingat..
DeleteNoted resepi ni, macam menarik resepi ni , selalu kalau nak goreng ikan or ayam salut kunyit dengan garam je . Ni ada bahan tambahan specil . Confirm sedap .. mesti buat !!
ReplyDeletesedap CCL hihihihi.. cuba la resepi ni
DeleteWah first time tau pasal garam kunyit ni. Biasa kalau perap ikan guna serbuk kunyit je
ReplyDeletehihihihi.. dulu buat gitu gak.. balik kampung aritu tengok ma punya tu teringin nak buat gini
DeleteSelalu goreng ayam/ikan letak garam dan kunyit jer..lps ni buat mcm ni pulak lah. Tq cik ash.
ReplyDeleteBertambah satu lagi menu masakan. 😊
sisintan.blogspot.my
hihihihi terima kasih...
DeleteKawan yang dok Kelantan dan Ganu pun ada buat macam ni. Bella baru tahu hari ni. Bella nk cuba lah buat macam ni. Btw, separuh garam tu macam mana? Tak paham? Hehe. Guna garam biasa boleh ke?
ReplyDeleteseparuh bahagikan dua bahagian.. banyak takut masin pulak nanti..
Deleteboleh guna garam halus yang biasa
DeleteWahh menarik ni. Mudah! Tahan lama pulak tu.
ReplyDeletememang tahan lama..
DeleteSelalu kita main agak2. Sekarang mcm dah tahu sukatan yg jadikan masakan goreng lebih sedap. Tq sharing ya
ReplyDeletesama2
Deletewow makan ayam ikan yg guna gorengan kunyit garam style kelantan pun mkn boleh bertambah ini macam
ReplyDeletememang bertambah2 ayam rasa sampai ke dalam hihihihi
DeleteSelalu bonde masak buat terus guna, next time nak buat stok jugalah macam ni... senang bila nak masak boleh guna terus... tq kongsikan cara ini
ReplyDeleteiffah cik ash sebelum ni buat gitu.. balik kampung ma suruh buat buat stock bila nak guna ambik 1 sudu kecik jer gaul2 dekat ayam or ikan
Deletebaru tahu pasal resepi ni..thanks sharing
ReplyDeletesama2
Deletebabru tengok video cara buat garam kunyit ni.. tapi banyak sangat garamnya.. tak masin ke nanti.. huhu..
ReplyDeletemasa nak guna ambik 1 sudu kecil jer agak2 cukup dengan ikan kita nak tu...
Deletetak pernah try lagi garam kunyit ni, macam menarik je ni nak cuba nanti,
ReplyDeletetak pernah tahu sebelum ni. maknanya, tinggal gaul je dengan ikan atau ayam la kan sebelum goreng.
ReplyDeleteJanji Kita
owh gitu eh cara dia..igt garam ngan kunyit je.,.boleh lah buat nnt
ReplyDeleteNice sharing. Selama hari ni garam kunyit zumal just garam campur serbuk kunyit jer. Hihi
ReplyDelete