Tuesday, October 31, 2017

Idea Hadiah Perkahwinan Dan Ulang Tahun Perkahwinan

Idea Hadiah Perkahwinan Dan Ulang Tahun Perkahwinan | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa saya harap semuanya sihat la ya..


Adakah anda yang sedang mencari untuk di hadiah kepada rakan-rakan yang akan melangsungkan perkahwinan ataupun bakal menyambut ulang tahun perkahwinan. Dah terfikir nak beri hadiah apa? Mesti pening kan nak pilih barang apa meh saya bagi pendapat dekat korang satu laman web yang saya suka sangat nak berurusan dengan pakar Printcious ini, Jom usha dekat bawah ini apa yang menarik ada di printcious korang boleh cuci mata dan buat lah pilihan hadiah yang sesuai. Saya ingin mencadangkan beberapa barang yang menarik di printcious antaranya ialah:-

1. Cushions
Cushions

Cushions ini satu cadangan yang baik boleh bagi dekat rakan anda boleh ambil design sedia ada ataupun anda nak design sendiri abadikan gambar kenangan anda di chusions pun boleh sangat. 

2. Ceramic Tiles 
Creamic Tiles

Creamic Tiles sesuai juga nak di hadiahkan sebabnya boleh diletakkan di atas meja sebagai hiasan. boleh pilih nak design macam ner tak pun anda pilih jer design dalam tu dan boleh edit sendiri. 

3. Matching T-Shirt  

T-shirt untuk lelaki


T-shirt untuk perempuan

Kalau rakan anda itu suka sangat pakai t-shirt sedondon gitu saya candangkan dengan anda hadiahkan matching t-shirt ini tapi sebelum nak menempahnya anda kena la taw saiz kedua-dua pasangan itu dulu la ya, nanti tak pilih saiz tak muat pulak hahahaha, terdapat banyak pilihan design yang sedia ada yang menarik untuk dipilih. Kalau anda rasa nak sendiri pun tak ada masalah boleh jer nak edit nanti, Janji anda seorang kreatif bab design ni.. Boleh bayang kan kalau ada baju couple ni sweet gitu pakai pergi mana-mana sama jer, saya pun suka baju gini nanti boleh la nak tempah gak la.. hihihihi..

4. Mug  
Colour Mug
Magic Mug

Terdapat dua Mug yang boleh kita pilih untuk dijadikan hadiah untuk di hari majlis perkahwinan dan ulangtahun nanti, nak tengok contoh design colour mug boleh tengok dekat SINI. Manakala design untuk Magic Mug boleh tengok dekat SINI

5. Puzzle 
puzzle

Puzzle juga boleh dijadikan idea untuk dihadiahkan, puzzle teka teki nampak menarik kan.. mesti orang yang menerima ni akan suka apabila gambar kita dijadikan puzzle bestnya boleh main susun gambar tu kan. 

Ok la itu saja yang saya cadangkan untuk anda yang sedang mencari barang untuk dihadiahkan di majlis perkahwinan dan ulang tahun perkahwinan, usha-usha la Printcious, Nak daftar akaun secara percuma pun boleh jer 



Printcious.my – Precious Gifts From Your Heath

Monday, October 30, 2017

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Slot Akasia TV3

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Slot Akasia TV3 | Cerita yang akan mengantikan slot akasia Titian Cinta nanti akan bersiaran mulai 31 Oktober 2017 nanti. Jangan lupa peminat drama slot akasia ya..



Cik Ash tengok iklan dekat TV3 nampak macam menarik jer drama ni.. tambah-tambah pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu drama Sayangku Kapten Mukriz hihihihi... Herion dia pernah gak tengok dia berlakon drama apa entah tak ingat dah lupa.

Drama ini merupakan adapitasi daripada novel Mr. Hot Guy karya daripada Danisyarahmat, diberi judul untuk drama iaitu Lelaki Itu Pilihan Hatiku. Merupakan terbitan syarikat A.Aida Production Sdn Bhd, Dibawah arahan pengarah Zul Huzamiy Marzuki. Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Raja Afiq,Puteri Aishah, Julia Farhan Marin, Syazuwan Hassan dan ramai lagi turut berlakon.

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Kisah bermula Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila. Mula hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. 

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. 

Nurin Kamila Abdullah Hisyam a.k.a  'cik adik sayang' pulak tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncantan buat di Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata. 

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and Diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr. Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hott Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. 

Dapatkah si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya nanti kemunculan drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku di tv3 nanti..


Feminine Wash JSD

Feminine Wash Jamu Susuk Dara | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafat ya.. 




Hari ini terajin nak kongsikan pengalaman cik ash menggunakan produk daripada Jamu Susuk Dara ini, mesti ramai dah kenal produk ni selalu ada iklan dalam televisyen pasal produk ni, dekat facebook cik ash ramai yang menjual produk ni. 


Bagaimana cik ash boleh menggunakan produk Feminine Wash Jamu Susuk Dara sebelum ni cik ash ada join contest dekat facebook dan tak sangka sangat cik ash adalah pemenangnya dah dapat hadiah feminine wash daripada situ la cik ash terus menggunakannya selama 10 bulan.. nak baca pasal entri cik ash menang tu boleh rujuk dekat SINI.


Cik Ash ni berbadan agak gempal la tu akibat selalu sangat berpeluh dan rasa gatal-gatal jer, selama 10 bulan menggunakan Feminine Wash JSD ni kegatalan dekat situ sudah beransur kurang sikit demi sikit. best sangat guna memang setiap bulan mesti beli stock untuk simpan. 

Jom baca penerangan mengenai produk Miss V  Feminine Wash Jamu Susuk Dara ni ianyanya dapat membantu anda mencegah daripada jangkitan kuman dan bakteria yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit dan bau yang kurang enak, Jamu Susuk Dara Feminine Wash ni mengandungi herba-herba semulajadi yang bukan sahaja berkhasiat untuk meningkatkan kesihatna bahagian intim wanita, tetapi mewujudkan haruman yang segar untuk keselesaan seorang wanita sepanjang hari.

Kelebihan Feminine Wash JSD 


Tarikan bau orignal cik bunga untuk si kumbang
❤ Kandungannya pekat. Hanya guna sedikit. 
❤ Menjimatkan tahan sehingga 2 bulan
❤ Sejuk macam dalam peti ais
❤ Terasa nyaman bila digunakan
❤ Kesegaran berpanjangan
❤ Memberi keyakinan diri

 Fungsi Feminine Wash JSD
❤ Mengeluarkan keputihan lama.
❤ Menghilangkan bau kohong
❤ Antiseptik (menghalang bakteria dan fungus)
❤ Menghilangkan kegatalan
❤ Merawat luka-luka kecil akibat G-mak
❤ Menganjalkan dan memelihara kulit
❤ Menstabilkan PH cik bunga
❤ Mencerahkan
❤ Menutup permukaan cik bunga.

Cara pengunaan Feminine Wash JSD 

❤ Tuangkan sedikit pencuci Feminine Wash JSD ke tapak tangan.
❤ Gosok dengan air sehingga berbuih
❤ Usapkan pada bahagian intim
❤ Untuk kesan yang lebih baik, biarkan selama 10 saat sebelum dibilas dengan air bersih.
❤  Bilas dan keringkan.

Ok la itu saja cik ash nak kongsikan dengan anda semua mengenai produk Feminine Wash JSD ni..


Sunday, October 29, 2017

Senarai Lagu Konsert Pertama Gegar Vaganza Musim 4

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgs56E597G2dkDi7d0DrejIcutnHVpy98_v0RrI-2MKGZfJyIHI73mRND58XUriNS4Dn4QWF5ZaZwolUFZvzjfIV-X94Dxh-sRbBXcyfbweoP7vbqQhpeF8E5B-CJgj83A70e0sX2f07N3T/s1600/GV+2017.jpg
GV 4

Seramai 12 bintang GegarVaganza musim keempat (GV4) bakal berentap di konsert pertama yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil malam ini.

Bintang-bintang tersebut adalah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.

Konsert minggu pertama ini menyaksikan 12 bintang berkenaan membawakan lagu popular mereka sendiri.

Berikut merupakan senarai lagu bintang GV4 minggu ini:

1. Liza Hanim – Siapa Sangka Siapa Menduga

2. Syura – Nazam Berkasih

3. Raja Azura – Hati Terkunci

4. Aqasha – Embun

5. Tia Jimbara - Farhana

6. Hazami – Mungkir Bahagia

7. Ferhad – Kasih Berubah

8. Elyana – Tak Tercapai Akal Mu

9. Aishah – Janji Manismu

10. Firman Siagian – Kehilangan

11. Lan Kristal – Seragam Hitam

12. Haida – Zapin Usik – Mengusik
 

Mee Tarik Warisan Asli Di Kulim

Mee Tarik Warisan Asli Di Kulim | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam kedaan walafiat ya.. Alhamdulilah masih berpeluang menaip entri dekat blog.. 
 
Mee Tarik Warisan Asli



Pada 2 oktober aritu lepas balik daripada Alor Setar ,cik ash bagi candangan dekat suami pergi try makan Mee Tarik Warisan Asli dekat kulim.. padahal ada jer dekat alor setar tu sebab tak lalu dekat Aman Central yang tak singgah lagipun kalut nak balik sebab nak kejar masa suami nak kerja pulak malam.



Sebenarnya dah lama cik ash tak pergi Giant dekat Kulim Landmark ni sekarang nama dah bertukar jadi Kulim Centre ,selalu duk shopping barang dapur dekat Tesco jer pun.. Tak taw pun ada buka kedai baru Mee Tarik Warisan Asli ni.. cik ash taw ada ternampak bloggger sis eyda share dekat facebook tu.. nampak sedap sangat.. terasa nak cuba akhirnya dapat juga try.. 


Mee Tarik Warisan Asli ini telah dibuka ditingkat bawah berhampiran dengan tangga escalator yang kita nak naik atas tu kan.. kalau tak silap cik ash masa dulu tapak Mee Tarik Warisan Asli itu adalah tempat letak kenderaan sekarang dah berubah sebab dah diperbaiki banyak kedai baru yang di buka di situ.


Ruang Hiasan Dalaman Yang Cantik
Sebelum cik ash masuk ke kedai ni cik ash sempat snap gambar ruang di dalam kedai ini nampak hiasan dalamannya memang memberi tarikan untuk orang ramai datang makan, lagi pula turut di tayangkan demo cara untuk membuat Mee Tarik Warisan Asli, masa tengok teruja sangat hahahaha.. first time tengok orang buat mee begitu kan.. 



Antara menu yang terdapat di Mee Tarik Warisan Asli ialah dekat gambar bawah ini, itu pun sebahagian daripada menu dan banyak lagi sebenarnya yang itu cik ash sempat snap hihihihi..

Muka Depan menu

menu 1

menu 2

menu 3

Di bawah ini cik ash sertakan sejarah asal usul Mee Tarik Warisan Asli untuk korang baca mungkin ada belum taw kan.. cik ash pun baru jer taw.. hahahahaha...

Sejarah Mee Tarik ( nak tengok klik bagi besar)


Dekat bawah ni menu yang kami order memang masa nak order rasa jangal sangat first time makan mee tarik ni.. hahahaha.. selalunya jarang sangat nak singgah makan kat restoran macam ni..

Teh Cina

Friend Wet Mee With Sliced Beef

Wee Mee With Braised Chicken

Kami makan licin taw


Harga Menu
Ok la itu saja pengalaman cik ash dan suami pergi makan Mee Tarik Warisan Asli di Kulim Landmark kini nama barunya Kulim Centre. So kalau ada korang yang datang ke kulim ini boleh la singgah dekat Restoran Mee Tarik ni.



Saturday, October 28, 2017

Keputusan Pemenang Super Spontan SuperStar 2017

Keputusan Pemenang Super Spontan SuperStar 2017 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. 

Superspontan SuperStar 2017

Semalam telah berlangsung final Super Spontan Superstar 2017  dengan meriah sekali, pembukaan untuk malam tu nyanyian oleh Floor 88 -Zalikha, Game Beku Finalis Super Spontan Superstar 2017 dengan kehadiran artis undangan Johan dan Zizan memeriahkan lagi super spontan superstar 2017 ini. 

Antara  game yang mereka main pada malam final itu ialah Beku, Emosi Tak Stabil, Sinetron Kehidupan, Sketsa Mengecut, Muzik Video Spontan, dan Dahiku Dahimu.

Part yang cik ash memang gelak tengok apabila Kamal Adli dan Zizan bertemu, sebabnya kedua-dua mereka sebelum ni ada kaitan dengan Emma Maembong kan. Kesian tengok Kamal Adli menjadi bahan lawak kepada para peserta , mentang-mentang kecoh kontroversi pasal kamal putus cinta dengan emma dan zahirah tu.

Dekat bawah ini ialah keputusan Pemenang Super Spontan SuperStar 2017 malam tadi. 

Juara Milik Kamal Adli membawa pulang wang tunai RM100,000 . Tempat kedua dimenangi Fad Bocey yang membawa pulang hadiah wang tunai  sebanyak RM50,000.Tempat ketiga pula diraihakan rakan seperjuangan, Achey yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak rm25,000. 

 Manakala tempat keempat hingga lapan pulak membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 setiap seorang iaitu tempat keempat bini johan Ozlyn , tempat kelima Syuk Joras, Tempat keenam Mamat Puteh, Tempat Ketujuh Shahrol Shiro dan tempat kelapan Sharif Zero. Super Spontan SuperStar 2017 meriah sangat dengan dihoskan oleh Datuk Ac Mizal.. 

 Ok la itu saja yang cik ash nak kongsikan dengan korang semua mengenai keputusan pemenang superspontan superstar ini.. 


Thursday, October 26, 2017

CPUV Nuffnang 24 Oktober 2017

CPUV Nuffnang On Going La | Assalamualaikum... Hai korang semua,apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat..

cpuv 24 oktober 2017

Hari ini terajin la buka nufnang, saja-saja nak tengok sebab lama tak buka.. hihihihi.. eh tak sangka ada On Going CPUV pada 24 oktober 2017, campaign yang On going dua benda tu semuanya tentang kanak punya.. hahahaha

CPUV untuk kali dua jenama brand produk yang sangat popular masa kini, iaitu Dugro Core So Much More dan Cetaphil Baby (Grace).


dugro




Image result for Cetaphil Baby (Grace
Cetaphil baby
Ok la itu jer cik ash nak kongsikan dengan anda semua.. alhamdulilah rezeki dengan masih ada lagi..harap encik nuffnang bagi lagi banyak iklan ni.. hahahaha

Cucur Bawang Goreng

Cucur Bawang Goreng | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. 

Cucur Bawang Goreng

Pada hari selasa 10 Okt airtu cik ash ada buat cucur bawang goreng , ni baru share dekat blog hahahaha.. nampak sangat kemalasan nak menaip entri ni duk tersimpan dalam draf jer. 

Sebab petang tu suami request nak makan cucur bawang goreng, cik ash pun try la buat cucur bawang goreng style cucur kembung tu hahahaha.. saja-saja suka nak mereka kan resepi kan.. puas duk saja kita buat la.. alhamdulilah menjadi juga buat style kembung-kembung tu.. hihihihi.. 

Untuk membuatnya pun senang jer guna 3 bahan jer pun.. memang mudah dan senang sangat buat , yang tak pandai boleh buat jer pun.. jom usha resepi dekat bawah ni.

Resepi Cucur Bawang Goreng 

Bahan-Bahan
Tepung gandum
Bawang besar (digoreng dulu) 
Air panas

Cara membuatnya : 
1. Bancuhkan tepung gandum dengan air bagi serbati.
2. Bila dah sebati masukkan la bawang besar yang kita goreng tadi. 
3. Gaul bagi sekata. 
4. Panaskan minyak boleh ambik doh buat bulat-bulat kembung.
5. Goreng hingga kekuningan boleh di angkat.
6. Siap.

Ok la itu jer resepi yang cik ash nak share dengan korang semua senang sangat kan.. hahahahaha....


Wednesday, October 25, 2017

Pemenang Giveaway Be My Lucky Followers

Pemenang Giveaway Be My Lucky Followers  | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. 





Alhamdulilah pagi ni buka blog terima komen daripada blog Seindah Cerita mengumumkan pemenang, memang tak sangka sangat Cik Ash adalah salah satu pemenang yang bertuah itu. Syukur rezeki untuk blog Cik Ash masih ada lagi.. hihihihi.. 

Terima kasih Nieyl dan sponsor hadiah itu.. so kepada yang mana ada join Giveaway Be My Lucky Followers tu cepat-cepat pergi chek adakah anda salah seorang pemenang ke  Cik Ash dapat hadiah daripada sponsor ShafyqaAzahar.


 
Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua mengenai kemenangan ni.. alhamdulilah rezeki Allah bagi dekat Cik Ash.. jumpa lagi nanti ya.. nak sambung buat kerja rumah ni.. hihihihi

Tuesday, October 24, 2017

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html 

Klik Banner untuk Join Giveaway ini, jom memeriahkan.. senang jer syarat-syaratnya nak tengoknya kena pergi dekat INI la. Hadiah yang bakal menanti pemenang pun best-best juga taw.. cik ash pernah menang giveaway aku travel dapat tabung tapi sayang bila sampai tabung tu pecah mungkin proses penghantaran tu posman yang cuai la kut..tapi cik ash bab membaik pulih barang pecah tabung tu boleh jer guna sampai sekarang. letak duit syiling main hentam jer hahahaha.. 

Eh terlebih-lebih buka cerita lama.. ni giveaway baru la jom join hadiah yang bakal menerima pemenang nanti 3x pemenang top up RM10 & 2x pemenang sebuah buku. Tarikh tamat GA pada 20 Novermber 2017.

Ok la jumpa lagi nanti ya.. meh cepat join giveaway ini.. support rakan blogger, siapa lagi nak support kalau bukan kita kan..

Thursday, October 19, 2017

2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC



http://www.atiehilmi.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.html 

Klik Banner Untuk Join Giveaway Ini.. 

Tarikh tutup : 30 Oktober 2017..

Hadiah menarik sangat 6 orang pemenang bertuah akan dapat wang tunai daripada Dental Clinic taw.. Jom cepat join giveaway ini.. 



October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa | Assalamualaikum.. Hai , ada peluang blogwalking cik ash mood rajin nak join giveaway rakan blogger ni.. hihihihi..

Giveaway Siqahiqa

Klik SINI Untuk Join.

Tarikh Tutup : 12 November 2017







Terima Kasih Blogger Shikin Razali

Terima Kasih Blogger Shikin Razali | Assalamualaikum... Hai, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..





Alhamdulilah setelah lama tak blogwalking di blog rakan-rakan blogger bulan lepas Cik Ash kembali aktif singgah blog rakan blogger yang lain, tak sangka sangat bertuah masuk dalam list blog top commenter di blog Shikin Razali.

Terima kasih Cik Ash ucapkan hadiah yang shikin bagi ni.. Cik Ash suka sangat hihihihi...sayang pulak nak guna benda ni.. mask muka kalau tak silap Cik Ash.. biasa la Cik Ash mask muka tak taw sangat la.. 

Jemput la singgah ke blog Shikin Razali banyak pengkongsian yang menarik dekat blog beliau... lagi ada satu yang menarik Cik Ash teringin nak cuba tapi tak sayang jauh kalau dekat dah siap pergi dekat shikin ni.. hahahaha.. Shikin Razali merupakan seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita muslimah. So kalau anda yang berminat ingin mencuba boleh pergi ke blog beliau dekat sana detail untuk sebarang pertanyaan.. hihihihi..

Ok la Cik Ash nak undur diri dulu taip entri dekat blog ni... ada urusan nak buat jumpa lagi nanti di entri yang baru.. hihihihi..


Wednesday, October 18, 2017

Gegar Vaganza 4 2017

12 Peserta Gegar Vaganza 4  2017 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar semua, cik ash harap semuanya cik ash la ya.. 

Gegar Vaganza 2014
Wahh Gegar Vanganza 4 kembali lagi di atsro ria, rancangan febret ibu mentua cik ash ni hihihihi.. lepas ni mesti terjoin sama tengok program ni.. Antara artis yang cik ash teruja nak tengok persembahan la semua yang tersenarai hahahaha... tapi duk nampak ferhad, liza hanim, dan elyana hihihihi.. 




Pengacara untuk rancangan Gegar Vanganza masih dikekalkan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse, cik ash teruja nak tengok Jihan Muse hihihihi sebabnya dengar kata sedang mengandung loni. Manakaa Juri tetap masih dikekalkan Datuk Ramli MS.

Rancangan Gegar Vanganza 4 akan bersiaran di astro ria pada hari ahad jam 9.00 bermula pada 29 Oktober 2017 nanti.. Jangan lupa tarikh ni kalau korang peminat tegar Gegar Vangaza ya.. 

Antara artis yang masuk Gegar Vanganza 4 ni ialah Ferhad, Aqasha, Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan Kristal, Tia Jinbara, Syura, Elyana, Firman, Haida dan Raja Azura. 

Ok la itu saja jer yang cik ash nak bagitaw dengan peminat tegar gegar vanganza ni.. jangan lupa kita tengok sama-sama program ni artis lama dah tak muncul televiesyen berentak di atas pentas nanti.


Monday, October 16, 2017

Filem My Pet Dinosaur

Filem My Pet Dinasour | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.. baru ni Cik Ash berpeluang layan filem english rasa filem ni dah lama main tak silap Cik Ash ,ni baru ada masa nak layan.. 

My pet dinosaur
Sebenarnya Cik Ash kalau filem english nak tengok malas hahahaha.. sebabnya memang agak kurang minat nak layan, tetapi bila tertengok dalam Kodi ada filem My Pet Dinosaur ni rasa teruja la nak tengok filem ini so Cik Ash pun layan la pada 9hbln tu.. 

Filem My Pet Dinosaur ini telah ditayangkan pada 22 April 2017 (Australia), dengan panjang filem kira-kira 1 jam 38 minit. Filem ini juga diterbitkan oleh Megan Williams/Matt Drummond, dan juga dibintangi oleh Joanne Samuel membawa watak sebagai Doris Mercher, David Roberts sebagai Doctor, Jordan Dulieu sebagai Jake Emory, Belth Champion sebagai Jennifer Emory, Sam Winspear-Schillings sebagai Max Merriman, Rowland Holmes sebagai Kol. Roderick, Annabel Wolfe sebagai Abbey Tansy, Harrison Saunders sebagai Mike Emory, Tiriel Mora sebagai Trevor Brown, Tom Rooney sebagai Charles Altman, Darius Williams sebagai Jimmy Jonas, Christopher Gabardi sebagai Fred Tansy, Scott Irwin sebagai Officer Alan Farraday, Stephen Davis berperanan sebagai Will Spencer, dan Meghan Drummond sebagai Waitress. 

Sinopsis My Pet Dinosaur

Filem ini mengisarkan tentang sebuah bandar yang mempunyai pelbagai masalah, bandar ini penuh dengan kekacauan, apabila seorang budak lelaki secara tidak sengaja telah berjumpa kawan baru iaitu Dinosaur. Dengan Dinosaur berkembang pesat setiap hari, Jake merasa semakin sukar untuk mengekalkan rahsia rakan sekerja barunya.


Rakan-rakan jakes dan kawan perempuan yang bernama Abbie memahami bahawa mereka bukan sahaja berminat dengan dinosaur kecil yang aneh dan nakal ini..So nak taw kisah filem ni boleh tengok Online movie ni 123 movie atau go movie ya.. selamat menonton korang.

Review My Pet Dinosaur


Pengalaman Cik Ash menonton filem My Pet Dinosaur ni menceritakan tentang sebuah bandar yang mempunyai pelbagai masalah, yang mana bandar tersebut telah berlakunya kekacauan, di mana ada seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja menjumpa kawan baru,iaitu dinosaur. Dinosaur tu kiut sangat masa kecil dalam beberapa saat setiap hari dinosaur cepat membesar taw..  Cik Ash bila tengok cerita ini duk suka-suka hahahaha.. comel sangat dinosaur ni ikut arahan jake tu.. jake cakap apa dia ikut jinak la dinosaur tu.

Masa pasukan askar nak bunuh dinosaur tu Cik Ash nak marah hahahaha.. siap kata jahat la askar ni nak bunuh magnes yang comel tu... jake dan kawan-kawan meneruskan misi untuk menyelamatkan magnes daripada askar, selepas itu nak taw apa yang terjadi dengan dinosaur korang kena la tengok hahahahha.. kalau cerita tak syok la ya.. 


Ok la itu jer review cik ash mengenai filem My Pet Dinosaur, bagi Cik Ash cerita sesuai la untuk budak-budak tengok sebab kisahnya menceritakan pasal dinosaur dan jake jer ni.. jumpa lagi entri yang baru.. 



Sunday, October 15, 2017

Tahniah Amyra Rosli Dan Ammar Baharin Dapat Anak

Tahniah Amyra Rosli Dan Ammar Baharin Dapat Anak | Assalamualaikum.. Hai, malam ni terajin nak taip entri dekat blog hihihihi.. biasa la line clear kan..



Petang tadi Cik Ash nampak status pelakon amyra rosli share pasal kelahiran anak sulung mereka, alhamdulilah beliau dah selamat bersalin secara di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Tahniah Cik Ash ucapkan kepada kedua-dua pasangan Amyra Rosli dan Ammar Baharin di atas kelahiran baby lelaki ni, Semoga baby menjadi anak yang soleh buat mama dan papa ya..

Ok la Cik Ash undur diri dulu nak berehat nak layan cerita drama dendam aurora hahahaha.. jumpa lagi esok pagi ya..

Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun

Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semu anya berada dalam keadaan sihat walafiat.

cinta laura dulu


Dulu-dulu masa cik ash zaman remaja ada la layan sinetron Upik, Abu & Laura. yang main tv3 ke tv9 tak ingat dah la.. waktu main petang kalau tak silap cik ash la, memang tak miss layan sinetron ni hahahaha.. suka tengok cinta laura berlakon dah comel sangat.. Lama menyepikan diri daripada dunia lakonan.. Kalau tak silap cik ash ada single lagu You say Aku masa memang popular lagu cik ash sempat la layan.. hahahaha..

Selepas 10 tahun berlalu kini Cinta Laura,24 tahun, gadis yang berdarah campuran Jerman-Indonesia ini sudah kembali melangkah setapak ke hadapan dan aktif dalam dunia perfileman Hollywood.

Cik  Ash pernah juga menulis entri Cinta laura akan berpindah Hollywood. Untuk melajutkan pelajaran di Columbia Univesity dan bakal menyambung pengajian sarjananya. Jom kita tengok transfimasi terkini Cinta Laura yang dianggap persis Ariana Grande! memang cantik sangat kan.






cinta laura 3




cinta laura 2

Ok la itu jer yang cik ash nak kongsikan dengan korang semua pasal cinta laura ini kalau korang nak taw lagi perkembangan beliau boleh la usha-usha instagram Cinta Laura.



Saturday, October 14, 2017

Tahniah Dato' Siti Nurhaliza Mengandung 4 Bulan

Tahniah Dato' Siti Nurhaliza Mengandung 4 Bulan | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar,cik ash harap semuanya sihat walafiat..

 Cik Ash peminat Dato' Siti Nurhaliza sejak dulu lagi zaman budak-budak lag, siap nyanyi lagu Dato'  CT jerat percintaan demam pun boleh hilang bila layan lagu tu.. hahahaha..

Agak lama kan tak nampak Datuk Siti Nurhaliza dekat media tv ke apa-apa majlis kan, semalam kecoh datuk siti nurhaliza mengadakan sidang akhbar untuk memberitahu cerita tentang dia.. Akhirnya terjawab persoalan semalam Dato' Siti Nurhaliza mengumunkan beliau kini sedang hamil 4 bulan , tahniah cik ash ucapkan buat Dato' Ct dan Suami dengan kesabaran yang cukup lama selama 11 tahun diberi peluang untuk mengandung, sebak cik ash bila taw berita yang gembira ni, kuat dan tabah datuk ct, semoga dipermudahkan buat Dato' CT dan kandungan. Jom usha gambar Dato' CT dengan baby bump yang comel geram la nak pegang perut dia..





Harap masa untuk cik ash ada zuriat akan ditercapai la nanti.. doakan cik ash dan suami dipermudahkan juga ya.. kami sedang berusaha dan bersabar sehingga kini.