Sunday, September 17, 2017

Nasi Tumpang Dari Dapur Mama

Nasi Tumpang Dari Dapur Mama | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat dan dipermudahkan segala urusan. Alhamdulilah kesihatan sihat dah ok sikit tapi masih ada sakit tekak tu.


Baru ini masa Cik Ash balik kelantan dapat jugak merasa nasi tumpang yang sedang viral dekat facebook aritu, kakak Cik Ash ada la tanya sebelum ni nak order nasi tumpang tu kalau nak join sekali boleh la, Cik Ash tak join pun sebab masa tu tak taw sampai pukul berapa sebab bertolak balik kelantan hari kebangsaan duk berasa sampai lewat sebab jalan jem.



Balik kali ini jalan tak berapa nak jem la sangat tapi dekat jalan highway banyak la kereta jugak semua pakat nak balik kampung kebetulan sangat cuti panjang kan hari kebangsaan,raya haji ada sampai 4hbln cuti sebab najib bagi cuti umum untuk sukan sea aritu...suami Cik Ash cakap kalau lalu kat highway ada banyak kereta berani sikit kan kat highway jalan sunyi jer.. Hihihihihi..

Cik Ash  sampai kat kelantan dalam pukul 3.30petang gitu lewat sikit pada selalu biasa la mak mentua Cik Ash ada balik jugak biarpun kesihatan dia tak berapa baik lagi lepas jatuh tu aritu..Cik Ash dan suami tak sampai hati nak tinggal dekat rumah kak ipar sebabnya mak duk dengan kami kita orang macam ner keadaan beliau..Bila balik kelantan banyak rumah kena singgah hihihihi sebelum sampai teratak rumah family Cik Ash tu suami singgah rumah adik mil dekat dengan rumah cik ash lepas tu baru hantar mil.dekat rumah adik nya dekat taman sri purnama tu, lepas hantar mil baru la cik ash pergi rumah family hihihihi.. Tapi masa sampai hanya ada aboh dan abe mie jer.. Ma dan family kak poh tak ada pergi keluar cari barang kut.



Lama juga la Cik Ash tunggu ma dalam pukul 6 lebih gitu ma dan family kak poh balik ma terkejut tengok Cik Ash dah sampai hihihihi.. Masa tu kakak Cik Ash buat masuk nasi tumpang besar molek nasi tumpang viral kat facebook ni.. Tengok jer la sebab tak join order aritu, tapi tak sangka sangat ada rezeki untuk kami suami isteri ada lebih kakak cik ash beli dapat la jugak merasa nasi tumpang yang dah kempunan lama sangat..



Pengalaman Cik Ash mengenai nasi tumpang viral kelihatan lauk didalam tu kita boleh nak request lauk apa, sebab macam-macam lauk yang disediakan, Cik Ash dan suami makan nasi tumpang lauk ikan,telur dan serunding sikit.. sedap makan kenyang juga makan sebab banyak tak macam Cik Ash duk makan dulu-dulu tu.. nak taw sebalik nama nasi tumpang ni korang boleh baca dekat SINI.  Untuk Resepi pulak korang boleh baca dekat SINI. Nasi tumpang guna beras biasa jer buat macam nasi impit tu, lepas tu diletakkan berselang seli nasi lauk lauk. Dibungkus dalam daun pisang buat bentuk kon.



So kepada orang kelantan yang balik ke kelantan terasa nak try nasi tumpang yang viral ni boleh jer contact kakak kita iaitu di facebook beliau Wan Saqifah Nahik ataupun boleh order dekat pages Dapur Mama.

44 comments:

  1. ohh,baru SA tau, rupenya begini nasi tumpang.

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasi tumpang... blk kg ayah slu beli ni... hehehe...

    ReplyDelete
  3. Cik ash balik kampung hati hati memandu

    makan nasi tumpang ya

    Aneh namanya tu

    pandai branding

    ReplyDelete
  4. aira suka sangat nasi tumpang! family aira memang selalu tempah dekat pasir hor (kalau tak silap) untuk majlis-majlis dekat rumah. hehe

    ReplyDelete
  5. Nasi tumpang @ nasi tupey dalam bahasa kelantan sudah lama wujud. Cumanya dulu tidak wujud media sosial maka kewujudannya hanya disedari masyarakat setempat je. Memang sedap sehingga menjilat jari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la betul tu abe jaq dulu pemes dekat luar jah loni masuk dalam media sosial tu jadi viral kan

      Delete
  6. pergi kelantan baru ni tak beli lah pulakk..

    ReplyDelete
  7. walaupun mek origin kelantan dan depan tempat kerja mek adalah pasar siti, tp tk pernah pulak try nasi ni. mungkin sebab mek tak suka nasi impit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi orang xsuka makan nasi impit memang kurang nak makan nasi sebab style nasi impit kan..

      Delete
  8. Tak pernah rasa lagi nasi tumpang, nampak mcam sedap je.. dekat area hulu langat ni susah nak dapat ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dekat kedah pun xjumpa balik kelantan aritu dapat merasa

      Delete
  9. Last makan nasi tumpang tahun 2016. Memang sedapp!

    ReplyDelete
  10. nama nya unik.. tak pernah dengar.. ini baru 1st time dengar nasi tumpang.. terbaikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi tumpang unik diperbuat pun sangat berhati2 ni

      Delete
  11. Nasi tumpang? Tak pernah makan pun. Lain kali pergi Kelantan wajib cari dan rasa ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi kelantan seharusnya kena try nasi tumpang lain dari yang lain taw.

      Delete
  12. pertama kali dengar nasi tumpang ni. menarik! kalau pergi kelantan nanti nak cubalah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Oh, baru nak tanya apa lauk nasi tumpang ni. Rupa-rupanya ikut suka nak tambah lauk apa. Menarik!

    ReplyDelete
  14. Nama nasi tumpang atau nasi tupey ni rasa dia macam mana? guna beras apa? mereka bungkus dalam daun apa tu? masak kukus ke? masak guna santan ke camana? ce akak review kasi saya faham apa yang menarik tentang nasi ni. nak cuba juga, kuantan ada tak? kelantan jauh angatttttt. hahaha

    ReplyDelete
  15. Pernah makan memang sedap sangat nasi ni... tapi tak cukup makan satu he he he

    ReplyDelete
  16. Ala bilalah ada rezeki ke Kelantan. Jauh sangattt. Haha. Apapun memang nampak sedap dan uniklah. Hopefully taklah terlewat lagi kalau sampai ke Kelantan suatu hari nanti. Aminnn..

    ReplyDelete
  17. Tengok pun nampak sedap. Orang kata teknik balutan kena betul dan kemas. Pernah makan sekali macam2 lauk ada. Sedap juga

    ReplyDelete
  18. first time dengar nama nasi tumpang nie. kalau jumpa nanti nak cuba lag. menarik !

    ReplyDelete
  19. Pernah dengar pasal nasi tumpang tapi x pernah makan. Teringin nak rasa sendiri. Sebab unik sangat balutan dia tu

    ReplyDelete
  20. I've never tried this before! Oh my I wanna give this a try and see what it taste like.

    ReplyDelete
  21. Sedapnya Nasi Tumpang ni, dulu rasanya Fizo Omar ada perkenalkan dan kongsikan berkenaan Nasi Tumpang ni di media sosial beliau.
    Menarik dan Unik pembungkusannya kan!

    ReplyDelete
  22. Tak pernah lagi try nasi tumpang nie. Teringin gak nak rasa. Agak2 kat KL ada tak yang best nak rekomen?

    ReplyDelete
  23. Macam menarik nasi tumpang ni. Tak pernah cuba lagi. Tq for the info

    ReplyDelete
  24. Teringin nak makan...
    Ingat thun dpn nk ajk suami pi ke klate..senang cari tak nasi tumpey ni ekin?
    Teringin lama dah sebenarnya

    ReplyDelete
  25. lama nya tak makan nasi tumpang ni...kalau kat jb ada kan best

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum cik ash...baru tahu apa itu nasi tumpang...mcm nak rasa juga ni...

    ReplyDelete
  27. First time dgr nama nasi tumpang ni. Nampak menarik. Xde kat KL nasi mcm ni kan.

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com