Tuesday, September 26, 2017

author photo
Ayam Masak Merah Kenduri | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar..Cik Ash harap semuanya sihat la ya.

Ayam Masak Merah Kenduri

Hari ini baru nak update masakan yang Cik Ash masak untuk suami makan minggu lepas hahahaha... nampak sangat malas nak taip entri dekat blog, hanya share dekat facebook dah instagram jer.

Ayam Masak Merah ada Cik Ash tertengok dekat facebook aritu sama dah simpan resepi ni.. dalam resepi itu buat banyak cik ash ni buat untuk makan 3 orang jer.. Cik Ash tengok cara masak lebih kurang sama jer Cik Ash masak. mungkin disebab nama ayam masak merah kenduri tu setiap majlis kenduri apa-apa mesti orang akan sediakan menu ni.. 
 

Memang ayam masak merah kenduri ni sedap kalau kena cara membuatnya.. sebabnya Cik Ash pernah makan lauk ayam masak merah di tempat-tempat kenduri ada jumpa pelbagai rasa.. ada yang kurang sedap, ada juga yang sedap rasa nak bertambah-tambah lagi.
 
Masa buat ayam masak merah ni suami makan bertambah-tambah nasi sampaikan Cik A sh pun join sekali hahahahaha... sedap jugak jarang-jarang masak ayam pedas ni.. kami suami isteri agak kurang  makan pedas sebab perutnya tak tahan nanti ada yang berulang ke tandas la pulak.

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri 
Bahan-bahan 
6 ketul ayam (lumurkan kunyit dan garam) 
1 biji bawang holand (dikisar) 
2 ulas bawang putih (dikisar) 
1 inci halia (dikisar) 
10 keping cili kering (dikisar)
3 sudu besar sos cili 
3 sudu besar sos tomato 
1 kulit kayu manis 
2 biji bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
1 batang serai
Garam
secukup rasa
minyak masak

Cara membuatnya :- 
1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit. Lepas itu goreng hingga masak jangan garing ya. 
2. Panaskan sedikit minyak,tumis kuliy kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
3.Kemudian masukkan serai.Tumis sekejap. 
4. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing. 
5. Lepas tu letak cili kisar. Tumis hingga garing.
6. Masukkan gula,sos cili,sos tomato. Biar seketika dan kacau sekali.
7. Lepas perasakan dengan garam secukupnya. Kemudian masukkan ayam telah digoreng tadi. 
8. Gaul bagi rata. Boleh dihidangkan.

Ok la itu saja cara cik ash masak untuk 3 orang makan.. hihihihi.. selamat memcuba resepi ini.. kalau korang nak tengok resepi lain boleh baca kat SINI.



This post have 10 komentar

avatar
Mar Mansor delete September 26, 2017 at 8:33 AM

memang sedap cik ash..makan dengan nasi minyak ke nasi berserai ke..kalau saya letak tomato puri
Janji Kita

Reply
avatar
Sha Mohamed delete September 26, 2017 at 9:06 AM

Sedap makan ngan nasi panas-panas..

Reply
avatar
PeRdU cINta delete September 26, 2017 at 9:08 AM

Sedap ni...terima kasih kongsi resipi ya..

Reply
avatar
Mama Hakim delete September 26, 2017 at 9:47 AM

Assalamualaikum selamat pagi cik ash

rajin cik ash belajar masak ya

Reply
avatar
Shalimar Yusof delete September 26, 2017 at 11:27 AM

lauk kenduri memang lain mcm sedapnya Ekin...

Reply
avatar
el delete September 26, 2017 at 12:17 PM

ayam masak merah ni mcm2 resepi
tp hat ni resepi mmg paling senang hihi

Reply
avatar
Sheila Adziz delete September 26, 2017 at 3:30 PM

perghhh ayam masak merah kenduri lagi... menu cliche time kenduri wajib ada.... hehe

Reply
avatar
azlina ina delete September 26, 2017 at 4:41 PM

lama dah tak masak lauk ni.. nnt boleh sa cuba resipi cik ash pula ye.trmksh

Reply
avatar
Lin Liena delete September 27, 2017 at 8:37 PM

sedapnya cik ash...bolehla kak lina cuba resepi ni nanti

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post