Thursday, August 3, 2017

author photo
Drama Kasih Di Wajahmu | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya..


Kasih Di Wajahmu



Sebenarnya drama Kasih Di Wajahmu ni sudah tamat siarannya di TV1 aritu duk tayang tapi Cik Ash kongsikan dengan korang kebaikan drama ini sebab ada mesej yang di sampaikan dengan kehidupan realiti kita masa kini.. 

Drama Kasih Di Wajahmu di terajui pelakon-pelakon yang hebat iaitu Azizan Mahzan  sebagai Saerah dan Dato' Jalalludin Hassan sebagai ishak. Turut dibantu oleh Bil Azali,Jue Aziz,Lisa Abdullah,Ann Abdullah dan Mikail Andre. 

Drama Kasih Di Wajahmu adalah arahan Harris Fadzillah , merupakan drama sebanyak 26 episode ini mengisahkan Azizah (Saerah) memegang watak sebagai Saerah yang bergandingan dengan Dato' Jalalludin Hassan yang memegang watak sebagai Ishak seorang suami kepada Saerah serta anak-anak mereka yang terpaksa sabar menghadapi kereneh isterinya dan emaknya yang mengidap penyakit Alzheimer. 

Sinopsis Drama Kasih DiWajahmu 
Sumber daripda RTM

Kisahnya bermula dengan keterujaan Saerah untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinannya yang ke-37.Dia merajuk kerana suaminya ishak tidak mengingatinya. Begitu juga anak-anaknya yuna, hisham, dan Aliya. Tetapi kemudian dia sedar dia tersilap hari. Hisham pula memberitahu ibubapanya bahawa dia mahu mempercepatkan perkahwinannya. Namun Saerah tidak bersetuju dengan permintaan itu. 

Sejak dari peristiwa itu Saerah mula berubah, Penyakit pelupanya semakin menjadi-jadi termasuklah apabila bersama hisham dia terlupa mahu makan rojak yang dibelinya. Begitu juga permintaan Yuna dan anak-anaknya yang mahu Saerah masakkan ayam masak merah tapi sebalik Saerah memasak rendang ayam. Saerah juga terlupa di mana dia letak kunci kereta Aliya puas duk mencari last-last hisham yang jumpa di dalam peti sejuk.. 

Apabila anak-anak Saerah dan ishak kembali ke rumah mereka, Saerah rasa sunyi dan seperti tidak disayangi oleh mereka. Perkara yang remeh melibatkan kereta Aliya yang rosak ketika itu diperbesrkan oleh Saerah dan situasi itu memberi tekanan kepada suaminya ishak yang mula mengidap pening kepala. Sementara itu Hisham rasa kurang tenteram dia pun balik ke kampung untuk melihat ibu dan bapanya. Dia khuatir dengan keadaan ibunya yang didapati semakin pelupa. Saerah telah memasukkan garam ke dalam lauk dua kali dan dia juga membuang ubat suaminya ke dalam tong sampah tetapi semua itu dilakukannya dalam keadaan lupa. 

Situasi itu mendorong Hisham mengumpul adik-beradik di rumah kakaknya Yuna untuk membincangkan hal ibunya tetapi Aliya berteak dengannya menyatakan hisham mengada-adakan cerita. Dalam pada itu ishak semakin buntu dengan sikap Saerah yang dilihatnya semakin pelupa malah isterinya menuduh ishak mencuri duitnya. Hakikatnya Saeraj telah memberikan duit tersebut kepada Aliya. Sedar sikap pelupanya. Saerah merayu memohon maaf kepada Ishak. 

Ishak membawa isterinya berjumpa dengan doktor dan doktor mengesahkan Saerah menghidap Alzheimer. Aliya tidak boleh menerima berita itu dan menangis. Doktor memberitahu tahap Alzheimer Saerah sudah mencapai pertengahan membuatkan dia akan mula lupa banyak perkara. Ketika ini Saerah perlu diawasi dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Hanya Hisham yang mengambil berat tentang ibubapanya, Aliya sentiasa sibuk dengan kerja manakala Yuna ambil sikap acuh tak acuh dengan berita ibunya mengidap Alzheimer. 

Makan minum Cikgu Ishak juga tidak menentu menyebabkan dia stress dan pengsan. Apabila dibawa ke hospital, doktor memberitahu Cikgu Ishak kena strok. Hisham meminta Yuna menjaga ibu mereka sementara bapa mereka di hospital. Namun tindakannya tidak disenangi Hamdan suaminya. Aliya pula hanya mampu bertahan sekejap sahaja melayan kerenah ibunya. 

Muncul Mahani, adik Ishak yang mahu membolot tanah pusaka milik keluarganya. Begitu juga kehadiran bomoh yang mendakwa Saerah ada saka. Takdir menentukan Ishak meninggal dunia. Saerah terkapai-kapai dalam dunianya sendiri. Hisham nekad menjaga ibunya kerana sedar kakak dan adik perempuannya lepas tangan begitu saja. Hisham turut memutuskan pertunangan dengan Fazira. 

Sementara itu Hisham telah menceritakan pengalamannya menjaga ibunya dalam sebuah novel. Hisham gembira ada penerbit mahu mencetak novelnya itu berjudul 'Kasih Di Wajahmu'.  

Ok la itu sinopsis drama yang cik ash kongsikan dengan korang semua, drama ini memang bagus sangat sebab banyak mesej yang ditinggalkan dah macam kehidupan realiti kan.. 

This post have 4 komentar

avatar
nini delete August 3, 2017 at 9:12 AM

Bestla cerita ni cik ash..kalau ada novel pun macam best ajer =)

Reply
avatar
Cik Ash delete August 3, 2017 at 1:22 PM

nini memang best drama ni.. mil ekin layan drama ni

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete August 3, 2017 at 1:46 PM

takdeee tv huhuhu.. memang CT tak update drama2 kat tv..
baca sket2 tahu sket2 bila kawan2 citer..

Reply
avatar
famandi delete January 25, 2023 at 7:57 PM

Alhamdulillah. Memang realiti. Tapi kami ni lain sikit. Adik beradik semua berebut nak jaga tapi parents pulak, duduk dua hari rumah kami terus nak balik. Ayah dia sihat je tapi nak duk rumah sendiri. Mak pulak alzheimer, bising bising selalu ajak ayah balik rumah kat kampung. So sekarang ni kami bergilir la ambil cuti balik kampung. Tu pun 2 atau 3 hari je sebab masing masing ada keluarga. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post