Tuesday, August 22, 2017

Akhirnya Dapat Juga Rasa Susu Kurma Farm Fresh

Akhirnya Dapat Juga Rasa Susu Kurma Farm Fresh | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..


Susu Kurma Farm Fresh

Setelah sekian lama teringin nak merasa Susu Kurma Farm Fresh ni akhirnya cik ash dapat juga merasa kenikmatan meminum susu yang dikata sedap sangat.. korang yang berada di sekitar kulim lepas ni senang tak yah nak cari dealer untuk susu ni taw sebabnya cik ash ada nampak susu kurma ni dah di ada di pasaraya giant dan tesco kulim..

Sebelum ni memang tak ada taw cik ash selalu usha kat kawasan air tu ada yang susu putih jer pun hahahaha, cik ash susu putih agak kurang la sikit nak minum selalu beli yang coklat tu jer la, tu kalau time nak jer la kan.. Masa duk usha tu ternampak susu kurma farm fresh ni apa lagi cik ash ambik dalam 2 botol harga untuk satu botol RM7.90 sahaja dekat tesco ..manakala dekat giant pulak harga RM7.99 sahaja.



Aritu cik ash ada pergi shopping barang dapur ajak suami pergi usha kawasan air tu sebab cik ash terbaca dekat status rakan facebook mengatakan Susu Kurma Farm Fresh ni dah ada di semua tesco. Bersungguh-sungguh cik ash nak juga cari hahahahaha... nampak sangat terlalu lama nak  minum susu ni.

Sebenarnya ada jer orang COD susu kurma ni kerumah tapi cik ash tak berapa nak suka cara begitu hahahaha.. nak kena tempah dulu la pulak orang nak cod tu tak masuk kawasan perumahan kami la ajak suruh jumpa di tempat lain.. suami agak kurang macam tu dia kata banyak urusan lagi kita nak buat hihihihihi.. so cik ash tak jadi nak order la susu kurma itu..

Sekarang tak payah duk risau bila nak minum Susu Kurma Farm Fresh boleh saja terus dapatkan di Tesco Kulim ataupun di Giant Kulim , memang setiap bulan shopping barang dapur dekat sana pun hihihihi, susu kurma ni akan masuk dalam senarai air cik ash suka kalau pergi shopping dapur hasrus beli 2 botol hihihihi..botol dia pun comel  boleh guna letak air simpan dalam peti sejuk hahahahaha...

Review cik ash mengenai Susu Kurma Farm Fresh ni sedap sangat sebabnya cik ash pernah buat susu kurma macam ni sebelum ni, rasa dia macam kita minum air cendol taw kalau ada cendol ni mesti lagi sedap minum. Mil cik ash pulak bila rasa air dia agak kurang sikit biasa la orang tua kan minuman yang pelik-pelik kurang nak minum taw, Mil cik ash suka minum teh o jer setiap hari. hihihihihi.. Manakala suami cik ash pulak tanya dia pasal air Susu Kurma Farm Fresh ni pulak dia senyap pulak mesti tak suka ni hahahahha... memang suami cik ash segala jenis susu susah sangat nak minum kadang-kadang cik ash membebel kat dia.

Ok la korang semua cik ash undur diri dulu ya, jumpa lagi di entri yang lain pulak..korang harus susu kurma farm fresh ini sedap sangat taw... hihihihi..



10 comments:

  1. sdapkan susu tu, tapi cik nor buat sendiri jer..haha.blh ltk kurma banyak2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... boleh jer buat sendiri saja malas hahahahaha

      Delete
  2. ohhh kat Giant pun dah ada ya.. ok la tu, makin mudah kita nak beli susu kurma nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kat giant pun ada kak eyda.. baru ni g giant cari pampers untuk mok...

      Delete
  3. ramai orang puji cakap sedap. entah bila dapat minumnya. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sebab shopping kat tesco ternampak tu yg beli selalu hihihihi.. dapat la minum

      Delete
  4. boleh cuba ni nanti.. susu kambing farm fresh ye..

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com